Thursday, April 20, 2017

Hari-hari lemau di ofis

hari-hari lemau je buat keje. 
sama macam cuaca hari ni. kejap panas, kejap redup, kejap kang ujan.
petang kalau ujan memang risau lah. fikir camne nak ambik budak oncet tu nanti.
dah lah lobi dewan dekat dengan taska tu takleh masuk. 
ramai parking berlapis-lapis sampai takleh nak masuk langsung. 
Tengok parking banyak je kosong. Ni kes dasar pemalas lah ni semua nak parking senang.
Kalau boleh nak angkut parking dalam rumah. Tapi tak boleh sebab kau duduk umah flat kan.

2 hari ni moody lak dak oncet ni. duduk carseat taknak. Jadinya terpaksa lah angkut daddy nya skali.
Hantar taska pon muka cebik-cebik. 
Lepas hantar jangan lambai-lambai confirm melalak. Hantar pastu cabut je.
Dah tu kena hantar daddy balik umah pulak. Tak ke jadi lambat?
Memang hari-hari merah punch kad aku.
Nasib bos tak banyak bunyik. Bunyik kat belakang tu taktau lah. 
Selagi tak bunyik depan-depan sudah. 


Cengini lah pesen dia nak tengok tv.
Tu belum dia lompat-lompat atas perut.
Nak oi..omak kau ni czer tau. Terburai kang perut aku.

Memang betul lah bila dah ada anak jangan harap nak tengok tv cite kita dah.
Asik lah melayan cite dia.
Ni baru setahun okkk
Tak didi & friends, baby shark doo doo doo
Naik hafal dah semua lagu. Kadang sambil buat keje pon boleh nyanyi. Hahahaha.

Eh terrrrrrajin pulak update blog. Hahahaha.
Kbai.

No comments: