Friday, April 21, 2017

belated birthday Kekda dan aku

semalam #laghos ajak lepak. 
musti nak buat seprais kannnn?? wkakakaa



mekaceh uolssss!!
seprais belated birthday konon walaupun wa dah agak.
supaya tidak menghampakan wa tetap buat muka terkujat. hahahaha.

birthday kekda 25/3 aku 29/3.
memang tiap tahun kena share seprais.
jimat kekdahnya.. -______-

Thursday, April 20, 2017

Hari-hari lemau di ofis

hari-hari lemau je buat keje. 
sama macam cuaca hari ni. kejap panas, kejap redup, kejap kang ujan.
petang kalau ujan memang risau lah. fikir camne nak ambik budak oncet tu nanti.
dah lah lobi dewan dekat dengan taska tu takleh masuk. 
ramai parking berlapis-lapis sampai takleh nak masuk langsung. 
Tengok parking banyak je kosong. Ni kes dasar pemalas lah ni semua nak parking senang.
Kalau boleh nak angkut parking dalam rumah. Tapi tak boleh sebab kau duduk umah flat kan.

2 hari ni moody lak dak oncet ni. duduk carseat taknak. Jadinya terpaksa lah angkut daddy nya skali.
Hantar taska pon muka cebik-cebik. 
Lepas hantar jangan lambai-lambai confirm melalak. Hantar pastu cabut je.
Dah tu kena hantar daddy balik umah pulak. Tak ke jadi lambat?
Memang hari-hari merah punch kad aku.
Nasib bos tak banyak bunyik. Bunyik kat belakang tu taktau lah. 
Selagi tak bunyik depan-depan sudah. 


Cengini lah pesen dia nak tengok tv.
Tu belum dia lompat-lompat atas perut.
Nak oi..omak kau ni czer tau. Terburai kang perut aku.

Memang betul lah bila dah ada anak jangan harap nak tengok tv cite kita dah.
Asik lah melayan cite dia.
Ni baru setahun okkk
Tak didi & friends, baby shark doo doo doo
Naik hafal dah semua lagu. Kadang sambil buat keje pon boleh nyanyi. Hahahaha.

Eh terrrrrrajin pulak update blog. Hahahaha.
Kbai.

Tuesday, April 18, 2017

Dah tak pandai nak tulis tajuk... Tajuk makan-makan jelahhh


Rindu pulak nak bersiaran di blog sendiri. Ada ke tah yang ingat kat aku. Adudududu..
Last post tahun 2015, sekarang dah bulan 4 tahun 2017. Sekejapan je rasa kan. Sekejapan je dah tua. 
Kebanyakan update dalam fb or instagram je. Dah malas nak berblogging since dulu-dulu internet ofis cam haremmm.. sekarang ehhh elok pulak. Kalau tak tu semua nak di block nya. Pedahal nak block blog cokia ni kan. Hahahaha

So untuk cubaan comeback ni kita terus cite pasal makan jela kan. Jumaat hari tu #gengbilenakkurus plan nak short gateway pulak. Dekat-dekat je katanye..so ke Bagan Lalang sajela kita. Lagipun Nursarah nak velanja makanan sedap. Sempena kepulangan semula beliau ke Putrajaya nan permai ni. Hahahaha. Dapat gak balik sini kan beb. Kembali kepangkuan suami dan rakan-rakan.

Plan makan-makan sengaja dibuat jumaat malam tu sebab kalau pegi hari minggu memang sesak la. Ni pon nasib baik booking chalet 1 je duduk la 3 family beramai-ramai. Apa ke nama chalet tu.. Bagan Resort ke apa tah. Dekat la jugak dengan tempat makan yang kitorang nak pegi ni.

Start upacara makan malam jam 9 malam gitu. Aku ngan Nuridda awal sikit check in dalam pukul 7. Biasa la meredah jem orang balik keje kan. Tunggu pulak Nursarah lambat sebab menunggu Nur along balik keje pukul 6. Memang ngam sangat pukul 9 sampai terus pegi makan. Cuaca pun elok je tak ujan. Mula amik table luar tapi macam ada renjisan halus, takut pulak kot-kot lebat kang terus ke dalam. Boleh la makan bertenang-tenangan.



Kitorang makan kat Restoran Senandung Malam. Ni antara menu yang kitorang pilih. 

Siakap stim
Kailan ikan masin
Sipot pahat masak pedas
Butter prawn
Ketam bercili
Sotong goreng tepung - paling sedappppp... teringat-ingat sampai sekarang. aku is laparrrrrr..
Ikan siakap bakar - yang ni belum sampai lagi. Dah tak menahan lapar tak sempat nak tunggu.

Agak-agak bape henget makan macam ni?

Setel makan, balik chalet terus terbungkang. Yang laki-laki gigih la lepak kat luar sampai pukul 3 pagi. Yang mak-mak ni dah lebuhhh.. Konon nak bergosip pun dah tak larat.



Mak-mak dan anak-anak.
Hujung tahun ni insyaAllah ada pertambahan ahli.

Pukul 10 pagi kitorang dah check out. Nak sarapan pastu terus balik. Senang. Lagipun laki-laki ada yang kena pegi keja japgi. Masuk halfday. Next time boleh datang lagi. Overall chalet puas hati. Katil queen ada 1, ni kitorang suh laki memasing tido atas katil. Pandai-pandai kau la. Hahahaha. Kitorang pulak bentang toto bawak sendri kat ruang depan. Muat la 5 beranak tu pun tido sipi-sipi nak bagi ruang kat anak-anak tido. Tau jela kalau tido tu berpusing-pusing. Keras je mak kat tepi. Bilik air kecik tapi ok la bersih. 2h1m rm96 berbaloi la kan.

Terima kasih penaja makanan. Sape lagi nak belanja ni? Dengar-dengar nak karok pulak. Hahaha..