Wednesday, July 8, 2015

Salam Ramadhan Dariku Untukmu


Haluuuu haluuuu haluuuuu... 
Tatatatatataraaaaaraaaaaa...

Bising sangat ko kan FY suruh aku hapdet belog sendu ni. Malas tu satu hal, idea tarak pon ye jugak. Tak tau apa benda nak direpekkan kat sini. Nak update life story, idup ni biasa-biasa saje. 

Haaa... meh la story sikit. Kita dah jadik bini orang. Mihmihmih
Dah nak 7 bulan gak la. So far menjalani kehidupan sebagai isteri ni memang seronok. Memang berbeza lah masa hidup sebagai seorang bujang. Nak makan kena fikir suami, nak masak kena fikir suami, nak kemana-mana nak kena fikir suami, nak mandi kena fikir suami, nak tidur pon kena fikir suami... eh... waakakakaka

Ala sesapa dah kawen tau lah kan. Malas nak cite poyo banyak-banyak... huhuhu

Ramadhan tinggal beberapa hari je pon.. rasa nya tak terlambat aku nak mengucapkan Ramadhan Kareem kepada semua. Tunggu post raya pulak.. insyaAllah. Kot-kot takde meh lah nak ucap skali harung... Selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir & batin di atas segala kesalahan dan kesilapan yang pernah aku lakukan. Salam syukur untuk semua... Assalamualaikum wbt :)