Thursday, December 19, 2013

Aku hidup je lagi ye

Lama gile tak berhapdet. Last post bulan Jun. Rindu nak berbelogging tu ada tapi malas ye amat. Ni pun update guna henpon. Kat opis tak bole nak update. Ate sume nak diblocknye. Nak ber alam sosial pun kemain le susah. Dah nak update belog sendiri susah, nak bace belog orang pon lagi susah. Asal taip url je pc dah restart..vangang je.

Nanti le kite cerita panjang. Melilau mata aku menaip guna henpon ni. Tunggu la lagi nam bulan kot baru berhapdet............

Thursday, June 27, 2013

Fasa Induction Atkins

Aku copy paste dari facebook Kelab Diet Atkins Malaysia. Bukan peeee....asik semedang kelautnye. Lagi-lagi musim jerebu ni kemain asik mengelat je..rajin benor nak mengunyah nak-nak yang haram atkins. Bila baca komen kat KDA tu kemain semangat tapi bila depan makanan terussss punahhhhh...haihhh.
 
Berat skang dok memain 65-66kg. Aku target sebelum raya ni dapat 58kg. So bulan posa kena pulun gila-gila. Kena start induction balik. Tang best induction ni..sehari bole turun 1kg. Memang tebaekkkk...Aku bolehhhh!!! :))
 
 
Semasa 2 Minggu Induction:
 
1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
 
Boleh Makan:
 
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
 
Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.
  • AIR KOSONG SETIAP 25KG BERAT = 1 LITER
 
Kredit : AtkinsMalaysia
     

Tuesday, April 23, 2013

Hello Panda

Post instagram pagi ni. Pagi-pagi dah makan jajan. Padahal baru je tabik ikrar nak diet atkins. Dah kantoi carbo n sugar disitewww.. <(ˍ ˍ*)>

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, April 18, 2013

Gwiyomi Song

Watch "Gwiyomi Song with English Translation LYRICS" on YouTube

The Gwiyomi song or Kiyomi song, is a K-pop single by South Korean singet Hari and was released on February 18, 2013 ~wikipedia

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, April 11, 2013

Saya mahu tv baru...pelisss

Malam tadi tengok tv tanpa gambar. Ada suara je semata. Dah macam dengar radio tapinya bukan dengar lagu tapi dengar drama, iklan dan berita.

Sebelum ni ada gambar tapi satu kaler je. Hijauuuu semedang..baju kemain kerlass meghelip tapi tetap ko kaler ijau. Dah macam tengok cite hulk tapi ni sume orang jadi hulk takde yang tak hulk. Tapi tang bibir je kaler lain..biru. Tau la pilihanraya nak dekat kan..kaler pun yang tu je kuar.

Dah taktau nak buat ape..tv pun takde gambo..jadiknye tido je la. Nak layan internet pun boring gak. Nak layan wasap..wechat..line..viber..lagiiii bosannn.. Haihhh kena beli gak tv baru ni. Hari tu ada orang tu nak bagi adiah besday katanya..aku nak mintak henbeg baru gantikan henbeg sedih aku tu..tapi dah alang-alang tv rosak ni bek aku mintak tv lagik baguih kan? Hmmm..baguih gak idea ni..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, April 7, 2013

The ring

Tadi lunch kat Seoul Garden IOI Mall dengan si laghos. Request by Pza. Kemain beria mengajak kitorang berkepop. So dah ko yang ajak, kemain gigih membuat bajet n tentatif program. Dah macam buat kursus pulak kan..

Plan kuar hari ni pun sebab nak menyepraiskan si laghos. Zira punya plan la ni suh jangan bagitau dorang..kasik sepraiss kakyat. Aku pun ok kan je. Dalam wasap kemain beria dorang ucap tahniah bagai..ada yang tahniah merisik la..bertunang la..dah nikah la..sume bab kawin..haha. Gelak guling2 aku bace..

Sblom tunjuk seprais tadi siap suh Pza n Kekda tutup mata. Punya eksaited memasing pejam2 mata. Aku dah rasa nak terkincit tahan gelak. Pastu aku pun sarungkan ke jari manisku...

Taraaaaaaaa....

Taraaaaaaaaaaaaaa........







Ok gambar kat atas tu tadi. Ce tengok 'the ring' di jari manisku itewww...hahahahak

Alhamdulillah..

Hutang makin bertambah... bhahaha

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, April 3, 2013

#repost : instagram @haniszalikha

so meaningful.. ;)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, March 7, 2013

Sejuk sangattt

Siap beli stoking kaki dan tangan sebab sejuk gileeee... Stoking beli kat daiso aeon taman equine haritu. Kemain beria kan..tapi nak buat cane kan dah sejuk sangat. Ni pakai stoking pun bole rasa sejuk dia lagi. Shawl pun pakai jugak ni. Bape temperature aircond korang pasang ni hah???

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, March 3, 2013

Pergi wedding Ayu & Mizi di Melaka bersama kereta baru Kekda

Gambar yang aku share dalam instagram sabtu lepas. Pergi dah lewat jugak dalam kul 12 baru gerak. Sampai kul 1 lebih..laju jugak keta baru Kekda ni..haha. Sampai2 pengantin dah abis sanding. Makanan pun dah tak banyak. Sembang, posing then balik. Nak carik coconut shake kat Klebang.

Selamat pengantin baru buat Ayu & Mizi. Semoga berkekalan hingga ke jannah.

Sorang laghos dah kawin...so whooooosss nextt???

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, February 26, 2013

Tuesday beluesss

Semalam cuti.  Patut semalam monday blues tapi tukar hari pulak. Jadik lah tuesday blues.

Tempat baru ni keja tak banyak. Lagi banyak makan dari buat keja. Memula syok jugak sebab dah 7 tahun kot bergelumang (amboi ayat) dengan keja yang menimbun. Dok psm hari-hari ada keja. Hari-hari mengeluh bile lah keja nak kurang..dapat sehari takde keja alangkah heavennya. Walhal keja banyak pun melagho tetap ada masa pulak. Bhaha. Abisss...dah bos kate takde keja kannnn... Time melagho tu nampak aje, time buat keja takde langsung nak menjenguk. Kekadang tensi jugak..salah satu sebab nape aku nak tukar.

Awal-awal tahun ni dorang kate keja tak banyak. Tunggu ujung tahun karang. Time akaun nak tutup. Time tu la nak kencin pun tak sempat. Tu dorang kate lah..kite tunggu je ujung taun kang.

Haihhhh...nak gi kencin jap lah. Minum air banyak ni asik nak tekencin je. Maklum le nak habiskan 3 liter air sehari.

Setiap 25kg berat, kite kena minum 1 liter air. Kalo berat aku 66kg..kena minum dalam 3 liter gitu lah. Memang pengunjung setia jamban lah nampaknya..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, February 23, 2013

BR1M

Gilerrr ramai kan orang bujang.. Haha

Aku baru balik amik duit BR1M tadi kat Kompleks Kejiranan Presint 11. Majlis start pukul 7.30 pagi tapi mengkenangkan mesti ramai punye yang berbaris tu kang so 7.30 tu aku baru hegeh-hegeh nak bangun tido. Siap gosok baju bagai then mandi. Dalam pukul 8.30 camtu baru gerak. Pi isi minyak dulu kat petronas. Tengah isi minyak tadi tekejut jap ada kete langgar dinding tepi kedai petronas tu. Keta honda driver lelaki..ensem gak. Aku pun tak paham apsal dia langgar dinding tu. Maybe brek dia tak berfungsi kot. Tak ramai yang perasan pun sebab kat hujung sangat. Nasib baik jugak dia tak langgar keta persona kak misi sebelah dia tu. Kalo tak lagi haru.

Masa nak cari kompleks tu tadi sesat la jugak. Kekda kate lepas terowong amik trafik light ke 2 sebelah kanan. Aku konpiden je ikut keta banyak2 hala ke situ..sekali salah daaa..keta-keta banyak tu pegi sekolah anta anak. Cisss...Dah pening aku pun kol Sapik tanya jalan. Dia kate straight je..so aku follow memang betul. Tapi punye sesak..ramai gile orang parking. Aku dapat parking belakang kompleks..kena jalan jauh sikit.

Lepas je pendaftaran lepak jap tunggu abis ucapan. Tak lama pun dalam 5 minit cengitu sume dah berbaris nak amik baucar. Sesak tu biasa la..aku tak kisah..pandai selit punye.. Pas amik baucar Q lagi untuk tebus wang tunai. Tu pun tak lame sangat. Aku rasa tak sampai sejam sume dah setel. Kalo dah amik baucar taknak cashkan pun bole..bole je cashkan hari lain. Valid sebulan kat 4 bank yang dorang sebut..yang aku dengo maybank, cimb, public bank n satu lagi aku tak ingat.

Sempat gak tadi lepak ngan Sapik. Minum jap sambil sembang-sembang. Punye lama tak jumpe..last 3 tahun lepas kot lepas dia kuar dari NRE. Macam-macam kitorang sembang. Rindu sangat zaman dulu..Sapik, Nanie, Linda, Suhaila, Supa, Kecik...best sangat. Pasni kena lepak lagi..kompom!

Ngantuk ah..nak tido kejap. Kbai..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, February 22, 2013

Bachelorette Party untuk Ayu

Budak ni baru umo 22 tahun. Aku baru 32 tahun. Eh tak tak..baru 31 tahun 11 bulan. Hehehe

Muda lagi dah nak kawin kan? Majlis 2 mac ni. Sentap ahkak tau. Asik kena langkah je. Tapi takpe la jodoh dah sampai kan. Jodoh ahkak semedangnya sesat. Dah bagi alamat, dah tunjuk jalan sampai lani tak sampai2 jugak. Ahkak sangat sentap dik.

Party tak berapa nak liar ni buat kat JustK Karaoke The Mines je. Amik bilik karok sampai 3 jam. Start kul 10 lantak sampai ke kul 1. Pelik gak apsal bebudak jage karok tu lalu lalang depan bilik kitorang rupenya kitorang paling last. Kuar je dorang dah tutup pintu terus. Huhuhu..

Kiranya party ni seprais jugak la. Jenuh ok plan..miting geng laghos tak abis2 sampai ade yang kecik ati. Memang kelako. Sebelum karok tu kitorang makan dulu kat Thai Up. Not bad la janji makan. Pastu terus masuk karok. Ayu time tu tak pasan lagi..dok syok nyanyi. Kitorang kat seblah dok bertukar jadi maskot..setting kapkek dia bole tak sedo. Pastu pe lagi dia toleh je terus kitorang jerit sepraissssss!!!

Pas tangkap gambo..makan kapkek balun memekak. Dari lagu terkini sampai ke lagu lama..lagu kawin pun ade..lagu dangdut lagi power kot..siap gelek2 kemain..tapi cam bese aku miming je la. Orang dok sua mic terus suara malu nak kuar. Haaa gitewww..pemalu sangattt

Pas abis karok gi lepak minum pulak. Tapi jalan2 downtown depan mines tu dulu. Takde benda pun nak carik. Ngantuk kot. Pehtu lepak minum kedai mamak je dekat2 situ. Pehtu balik umah dah kul 3 pagi.

Ok mintak2 turn aku pulak pasni. Nak tawennnn...nak tawennn..Hahahaha

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, February 13, 2013

Nak banned ke tidak?

Tadi lepak Killiney kopitiam kat Galeria dengan Kak Aida. Taktau nak lunch ape dah so ingat nak makan light2 je sambil nyembang. Kak Aida sajes gi Killiney je.Aku say ok walaupun sbenonye maleh dah nak gi Killiney ni sebab service dia sellowww sangat.. Penah makan dengan Elyza & Zira dulu..service memang super duper selloww even dah datang awal..customer pun tak ramai lagi tu tapi sellow nak mam...ko isi la tempat kosong.

Itu baru tang service..belom citer tang makanan. Nak citer lebih memburukkan bisnes orang pun tak bagus gak kan..so baik pegi rasa sendiri.

Ingatkan pegi 2nd time ni dah ok. Rasanya dekat setaun sejak 1st time pegi dulu aku dah tak jejak Killiney ni. So tadi kul 12.30 camtu aku & Kak Aida dah sampai sana sementara orang tak ramai lagi. Kak Aida order nasik lemak ayam rendang & aku order set half boiled eggs,toast & tea. Light2 katanye kan..

Lepas setengah jam, air Kak Aida sampai. Ok sabar. Selang 15min nasik lemak sampai tapi bukan ayam rendang, ayam kari dibawaknye. Ok sabar. Ngap je. Sejam kemudian air teh aku sampai. Wahh..ok sabar. Bos dia lalu so aku tanya mana order aku tak sampai2 ni? Ok dia pegi cek. Then datang balik kata roti lambat skit. Skitttt???? Berjam aku tunggu dia kate lambat sikit???? So aku tanya roti tu ada ke takde sebenarnye? Dia kate takde pastu dok ulang sorry..sorrry... Perghhhh tak hangen ke? Camne kopitiam bole takde roti ni? Kalo takde pun bagitau la awal2 takde la aku order menu yang berkaitan roti. Sipot btol laaaaa....

So disebabkan dah 2 kali terkena service hangit camni maka dengan ini aku banned Killiney branch Galeria. Tempat lain aku taktau tapi kat sini memang selloowww nak mam...

Tobat aku nak jejak dah. Kbai.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, February 4, 2013

Lapor diri

Pagi tadi lapor diri kat MOA. Orang yang jaga pertukaran kate bos dorang mc so kena dok library je. Kemain jauh nak ke library. Kat blok podium tingkat 4. Beso gak library dorang. Luas dan tak senyap langsung sebab pasang tv. Best gak ngadap sinetron pepagi.

Ada 4 orang lapor diri sekali tadi. Patut 5 orang tapi sorang lagi tangguh. Sume mak-mak, aku je trang tang tang..segan lak rasa. Tapi yang best dorang ingat aku adik. Kahkahkah itew aku sukeee...

Lunch dorang ajak makan kat cafe MOA. Ingat kul 12 tu aku nak cabut balik umah..sekali ujan lebat daa.. Dah le parking open air tepi NRE tu..lenjun gak kalo nak menapak. Kensel program.. Time lunch psm call mintak naik..bos dorang yang mc tu datang nak berkenalan..nak buat penempatan. Kul 2 kitorang dah terpacak depan kaunter psm sambil tengok tv. Nasib baik gak aku tak jadi balik tadi. Aku perati MOA ni tak ketat macam opis lama. Pasang tv ok je.at least kitorang takde la bosan. Syok gak tengok drama petang2 ni. Hehe

Sesi pekenalan dengan bos dorang. Aku rasa psu je kot. Dia kate aku patut masuk psm buat servis ganti budak dia tapi aku mintak tanak dok psm dah. So dia kate nak pertimbangkan. Kite tengok le besok dapat surat kena posting ke mane. Kalo tak dapek department lain takpe la..maleh nak banyak songeh. Dia kate dah takde pape kul 4 bole la balik. Jam baru kul 2.45 gile kau aku nak tunggu sampai kul 4. Pe lagi balik umah terus la..ujan pun nak dok opis lelame buat ngantuk je. Haha

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, February 3, 2013

Punch Out

Tu nagis ke gelak? Last punch kad hari khamis ritu. Takde jumpa semorang..takde salam2 semorang pun. Sape tau aku tukar, tau la..sape taktau takpe, malas nak kecoh2. Emel perpisahan pun takde. Biar semua orang tercari2.. Ade ke yang kisah? Huhuhu

Esok nak lapor diri opis baru. Teruja ade...nervous pun ade. Teruja nak hadap environment baru..kawan2 baru..keje baru..

Ok plan nak membebel banyak tapi dah terpause sebab baru settle gosok baju paling susah. Sejam ok mengosok bikin panas ketiak. Semata2 nak lapor diri sanggupkan jugak.

Dah ngantuk..jom tido. Nite kbai.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, January 31, 2013

Ini 7 tahun punya harta

5 kotak A4 saiz, 3 beg jinjit, bantal bontot dan pasu bunga. Pasu bunga pun ko nak angkut..hahaha

Ada antara kotak tu yang aku tak bukak langsung masa pindah sekyen 2 tahun lepas. Aku dah dapat agak muka ni memang kena cop. Asal job rotation je nama aku semedangnya naik. Kalo job rotation tu masuk bahagian lain takpe jugak..ni asik dalaman. Boring taw..

Tetapi..ada tetapi okk.. Tahun ni atas desakan banyak pihak (aku letew yang paling banyak), julung-julung kalinya psm buat job rotation yang membabitkan bahagian dan jabatan sekitar opis. Peh ayat gomen seh.. Nama aku awal-awal dah kena petik. Tu memang dah agak. Orang paling gumbira tak lain tak bukan... AKU leteww... Muehehe

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, January 25, 2013

Sebulan 2 kali bertukar...terbaekkkkk

Pagi tadi datang lambat. Lagi... Sejak tukar department makin maleh nak masuk opis. Punch kad still kat psm lagi blom masuk mekdi sebab penganti aku mintak tangguh 2 minggu. Aku dengan syahril je yang kemain beria nak tukar...langsung takde mintak tangguh.

Lepas bekpes scramble eggs with cheese wasap su kot dia nak ngajor aku. Sebelum dia blah baik aku blaja buat keje dia dulu kan..takde la pastu aku tekulat2 buat keje tak reti. Elok je lalu kaunter psm tu ada call masuk. Tekujut aku dapat call dari jpa mintak amik surat tukar. Dan2 tu jugak pegi amik. Dalam pada tu berdebor2 jugak ko..maklum le mane penah tukar kuar dari sini. Muka ceria dapat tukar mekdi tukar jadi ceria takut2 boleeee????

Dalam bulan ni 2kali dapat tukar...terbaeeekkkk la. Tak sampai seminggu dapat tukar terus dari sini. Pasni jadik orang pertanian pulak. Dorang kata gi riki dulu kot2 kalo tak best dok je mekdi tu. Tapi bagi aku...aku yang sok beria sangat nak pindah...nak carik pengalaman tempat lain..wat for aku nak riki2 kan? Tak kira la tempat baru ni lagi teruk dari sini...aku kena challenge diri aku. Insyaallah ini terbaik untuk aku mulakan tahun 2013 ni dengan suasana yang baru walaupun terkilan gak tak merasa dok mekdi.

Insyaallah...Allah berikan yang terbaik untuk kita.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, January 24, 2013

Detim gosip with kawan lama

Linda datang jumpa aku tadi. Kitorang lepak Alamanda je. Supa pun datang. Best giler sembang..gosip..gelak..rasa macam dulu2 pulak. Kitorang geng masa aku mula masuk keja. Ada lagi geng..Suhaila@Sumijelly dgn Nad Kecik. Tapi tu la harap je dok dekat tapi masing2 ade komitmen..ada keluarga..ada anak..tu yang nak lepak takleh. Aku je yang free semedang..maklum le orang bujang..

Lama jugak Linda cuti kali ni sebab jaga mak dia yang operate mata..katarak. Cam mak aku dulu.. Memang kena leklok..amik masa 3 bulan gak nak elok. Time Linda cuti lama camni la baru kitorang nak melepak. Lama kot tak jumpa..dah 2 tahun lebih rasanya. Yang si Supa ni harap je kitorang dok dekat tapi harem nak jumpe. Lagipun dia keja kat Wisma Putra skang ni asik dok balik lambat..jage bos katekan. Dapat lak bos yang gile keja..terpaksa la buat2 gile skali..

Detim tadi pun tak lame. Dari kul 3 petang sampai kul 8 malam je. Tupun Supa balik awal kul 7 sebab anak dia Fyra dah ngantuk..penat tunggu mak dia bergosip..

Lenkali nak reunion lagi..bole ajak Suhaila n Kecik skali. Tapi masing2 bawak 'henbeg' la kot..huhu. Miss u my oldfriends... Sonok gile masa korang ade dulu. Sobs sobs...

henbeg = anak

Published with Blogger-droid v2.0.10

Instaweather

Dah download instaweather application for android ni kat play store. Ok gak..bagi yang tak bape cerdik nak edit cam aku ni memang cantek sangat dah. Senang baituuu..

Dah lebih 2 minggu aku ber atkins. Baru tadi timbang dah 66kilo kawww... Omacik tak percayaaaa...gosok mate...gosok mate...pehtu baru bole terima kenyataan gitew. Hikhikhik..ngekk

Tu pun dah banyak hari ngelat..semedangnya cheat day...mule2 sari..alih2 jadik berhari2 lak..adoyaiiii.. Senin aritu start balik diet. Dah membuahkan hasil nampak gayanya. Mudahan dapat capai target trun smpai 58kilo. Perghhh...kena tahan segala dogaan. Yakinnnn boyehhhhh... :p

Salam Maulidur Rasul untuk semua. Selawat keatas nabi junjungan kita. Hepi holidayyy...


Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, January 14, 2013

Dapat tukar yeyy

Yesssssss...

Dapat jugak tukar akhirnyaa.. Hahaha.. Kemain seronot lagi aku kannn.. Tu baru kena tukar tingkat je tu kemain sonok..blom lagi kena tukar luar.. Huhuhhu..

Pehni keja suasana baru plak. Skop keje pun baru. No hal lah..janji dapat kuar dari sini. Walaupun sebenarnya sayang keje skang tapi takan nak dok sini sampai pencen? Bawak-bawak la anjakan paradigma skit.

Bai psm...hai mekdi.. ;))))

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, January 13, 2013

Aerobik

Hari tu zira cakap akak dia pegi aerobik kat padang presint 9 depan petronas tu. So semalam dia ajak kitorang pegi. Kemain berjanjinye..alih-alih aku jugak yang jadik tukang gegar kejutkan dia bangun. Cehhh..

Aku dengan ayu sampai sana dah kul 8.30am. Dah separuh masa..terus ke follow. Baru mula nak join steps memang kelaut la kan. Orang dok ke kiri..aku ke kanan..orang dok pusing..aku tercengang-cengang. Tape-tape kite tengok dulu..

Ce tengok instructor aerobik tu? Badan takde la slim pun kan...tapi stamina fififuyoh kalah kitorang sume ni. Dah hari-hari bersenam stamina tinggi la kan. Yang tak rajin cam aku ni sengah jam tu berpeluh kemain. Memang best laaa..selalu jogging kat treadmill tu tak penah berpeluh pun. Ape taknye dalam gym aircond kemain kuat. Peluh pun kering. Pehtu bagi aku senam dalam gym ni bosan. Takde pemandangan..ngadap cermin je la. Pehtu geng ajak berborak..cane nak fokus? Fokus la sangat kann..

Pagi tadi ingat nak pegi lagi tapi ujan pulak. Lebat lak tu pe lagi makin bergulung la kan. Aerobik ni tiap-tiap weekend ada. Best jugak..kalo sengah jam pun dah berpeluh gilerrrr..kalo satu jam cane??? Okok bayangkan...bayangkan..bole jadik rihanna tak? kuikuikui..

Published with Blogger-droid v2.0.10

If u love me, i'll make u my universe

Watch "Angus & Julia Stone - For You (LIVE)" on YouTube

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, January 11, 2013

Tiruselvam

Now, i'm CY..
Saje dengki dengan FY..

Lalalalalalalaa...

Youtube dah kena blocked ropenye. Patut aku dok bukak asik-asik kuar An error occured. Please try again later. Ceh! Tu pun aku tau dari FY ingatkan pc aku yang biol. Ni mesti ade yang tengok YT sampai tak buat koje..tu yang kena blocked. Mensusahkan orang lain.

Ok nak citer progress #atkinsdiet. Bangun je tido terus timbang berat. Dah turun sekilo lagi. Wallaweeehhhhoooo... Kalo ikutkan baru 3 hari dah turun 3 kilo..aku tak percayaaaaa aku tak percayaaaaa..(ala-ala Liyana Jasmay gitew)

Err tapi takut gak kot penimbang aku tu yang buat onar. Sengaja memperdagalkan tuan dia. Tapiiiiii..takpe laaaa...janji ada penurunan. Rosak ke..tipu ke..belakang kire...saya amat bersungguh sekaranggg!!!

Setakat ni pemakanan masih boleh control lagi. Bila teringin nak makan cekelat ke..minum air milo ke..mula la kepala pening. Dok berperang dengan perasaan. Hahaha. Tapi alhamdulillah setakat ni boleh lagi sabar. Harap-harap berat boleh turun sampai 60kg cam mula-mula masuk keje dulu. Hihihihi. Dah lame tak pakai kebaya ok. Sedihhh sangatttt...

Ok nak berlagho bersama laghos jap. Biase la hari jemaat kan rehat lame..cauuu

Wednesday, January 9, 2013

Gigih sangatttt


Perggghhhhhh... Kemain gigih kan aku? Harapnya tak kelaut la kewajaan semangat ni. Jangan hot-hot ciken shit sudaaaaa... Mati aku kena kutuk. Mati kena kutuk tu satu hal..badan semakin mengajah pun satu hal jugak.

Tadi terbaca satu entry dalam blog Bicikut..dia ada buat lawan-lawan sape banyak dapat kurangkan berat. Tengok situ ada table cabaran 10 hari diet atkins. Terus rasa teruja. Dalam sehari dua bole kurang sekilo dua tuuuu... Bagi aku dah cukup eksaited sangat. Pe taknye nak kurang sengah gram pun tak makan sari pun tak dapek dik. Hari-hari merundung nasib. Merundung je la...dietnya idak..banyak je alasan. Hihihi..
So setelah sedikit ekjasan dibuat. Ceng atas tu la table yang aku bole buat. Buat pakai excel je senang. Pehtu print A4 size. Balik umah bole conteng-conteng. Bole tulis berat badan..bole tulis bape kg dah lost...bole tulis ape yang kita dah melantak hari-hari. Harapnye tak kelaut jugak le table ni. Muahaaahaha.. Eh eh semangatttt semangattttt...

Ahaaaa...pagi tadi aku bekpes 4 bijik scramble eggs.Tu pun tak abis..kembang tekak makan telo banyak. Huhuhhu.. Lunch makan keli goreng seko n pak choi lesu skit. Mane tak lesu..masak sayur dah layu kot. Tang rasa pulak lagi sedih..langsung takde rasa..garam takde ke kak? Tau la akak menjaga kesihatan kitorang..takut darah tinggi kan..tapi hagak-hagak la sampai takde rasa langsung. Dalam takde-takde rase tu licinnn jugak. Kebulur katenyaaaa...Hahahaha..

Ok nak mandi sat. Plan nak joging tadi dengan set laghos tapi kensel pulak. Semedang je sume bizi lepas waktu bekeja...heran aku. Tapi baguih gak tak gi joging sebab dah rintik-rintik. Dapat gak aku update blog pakai henpon baru. Muahahaaahaaa....

Tapi...asik tapi-tapi tak abis dari tadi..Hahaha..Apps bogger droid ni banyak nau iklannya. Semak tui laaaa...ke ada apps lain yang aku tak tau??

Published with Blogger-droid v2.0.10



Diet hari pertama katanyeee

Semalam kate nak bagitau ape menu aku makan kan? Ekceli semalam tu tak di amik kire sebab pagi tu bekpes dah amik carbo. Opismate bawak sandwich pulak. Tetiba terlupa tengah berdiet. Ok lupe la sangatttt...padahal tak bole tengok makanan..asik dok nak mengunyap.

Tengahari tu makan ni jeee...


Ayam goreng dua ketul beli kat cafe opis sajo. Memang ni je pun lauk yang ade. Kat opis ni bukan bole turun lambat. Padahal lunch break kul 1 kan..tapi bila ko turun kul 1 maka semuanye udah licinnn.. So ni pun kire rejeki aku la ada ayam ni. Kalo idak mau tak jadik diet..muahahaha

Mula-mula nak ngadap ayam ni kena saiko dengan kengkawan. Macam-macam tohmahan dan cobaan dilemparkan wooo wooo wooo... Tapi buat pekak je la kan. Tapi dalam pada buat pekak tu dok berbalah jugak la. Kena back up jugak..kalo dok dengar buat pekak je hati sakit beb. Hahahaha... So far kengkawan bole paham. Tapi perit la dok dengar dialog-dialog..eeellleeeehhhh diet kononnnn...ni bole tahan sari je ke?bole cayeee keee?? Huh memacam lagi la dugaan nak berdiet ni.

Petang pulak geng ajak lepak minum. Pehhh dugaan maha hebat ni. Kemain fenin nak pilih menu ape. Takan nak tengok je dorang melantak kan? Fenin punye fenin oder chicken burger dengan air suam kauuuu.. Hahaha..tak penah lepak minum air suam je. Bege tu pun aku makan ayam dia je..roti aku bagi kat member. Tapi pedih le telinga nak dengar dorang kutuk kan.. Sabarrrrrrr..

Pehtu dorang ajak gi pasar malam pulak. Ok la bole jejalan kire senaman jugak tu. Tapi tak tahannye dengan dugaan makanan2 tu.. Adoyaiii.. Dalam pada mengelak tu kan beli jugak la puyuh berempah seko. Saje nak bagi anak tekak ni puas hati. Pehtu dengan telo 10bijik kunun nak buat scramble eggs for bekpes tomolo.

Balik ingat dah lepas dugaan2 tu sume. Tapiii tidakkk okkkk... Cik abang pulak ajak kuar minum. Ok dalam kepala ni dah fenin balik. Ape le yang aku nak oder ni kang. Tengok dia makan roti pisang cam sedap je. Terus oder tosai dengan teh o panas. Demmmmmm..terus kelaut diet aku semalam. Huwaaaaaaaaaaaaa..

So kena start semula hari ni. Berbekalkan 4 bijik telo yang telah discramblekan. Tu untuk bekpes and kudap sampai ke lunch. Mintak2 berjaya le aku menempuh dugaan yang mahaaaa dasat untuk hari ni pulak. Pelisss doakan aku yeeee... :p




Tuesday, January 8, 2013

Baca bagi faham dulu

Sambil-sambil buat kerja, sambil jengah blog orang. Bukan pe..penat kot asik dok tengok kerja je. Kematu ok sendi-sendi akak ni. Bontot pun dah makin melebo..so ayuh kite berjalan menjengah tempat orang lain pulak. Sambil jalan-jalan sambil bincang isu semasa. Oh semasaaaa sangatttt...

Badan dah semakin mengajah. Ok memang dah mengajah dari dulu tapiiii...sekarang makin sadis oi. Berat aku now dah tujuh puluh ok...tengokkk tak sanggup nak taip nombor so taip perkataan sajo. Tiap kali timbang hatiku sayuuuuuuu sangatttt..tapi langsung takde tak pikir kekdah nak turunkan berat kan. So hari ni akak dengan gigihnye meng-google diet-diet masakini. Semangat meluap-luap katenyeeeee... 

Klik punye klik...google punye google...akak tertarik hati dengan diet Atkins ni. Siap masuk Kelab Diet Atkins dalam facebook okkkk... Tapi akak baca je dulu. Nak bagi testimoni ke...nak bagi pertanyaan ke..nak bagi pendapat ke..belum lagi. Akak tengah memcari ilmu didada dulu. Bila akak dah paham..dah yakin..dah bersemangat waja...maka akak akan bagitau di sini okeih? Okeih ke tidak ni? Grrrr...

Now akak tengah mentelaah blog Bicikut ni. Tu pun akak dapat link dari KDA (Kelab Diet Atkins) ni. Memula baca..macam... errrrr... errrrr... ape ni.. eh sume tak bole.. itu tak bole.. ecelemekkk.. cano nak makan ni... gitu le pemikiran akak sekarang ni. 

Akak harap akak bole paham tentang diet ni dulu. Bile dah paham kang bole le buat kan. Kang tak paham buat pun sampai dipersimpangan dilema je. Akak dah penah dulu buat diet Atkins ni. Bole cargas 2 hari je..pastu kelaut... Semangat takde dik. Pehtu lak pengaruh kawan-kawan dan keadaan sangattttt kuat yarabbii... Pehtu berat pun takde yang turun..pehtu akak sentapppp..langsung tak buat. So bile bace blog-blog cengini kot-kot le bole menaik tarafkan semangat akak yang super slim ni..tapi badan super montel kan... 

Ok akak nak pi beli lunch. Starting from today le kununye.. Nanti akak telunjuk ape akak makan ye.. Muahssss (oooohhhh geliiiiikkkkkk) #puiiiii