Thursday, December 13, 2012

Baru sekarang dapat rasa

Durian crepe...atau nama saintipiknye Ketayap doyan.

Sana sini orang dok post pasal durian crepe ni. Sedap bebeno keee???

Sabtu hari tu whatsapp Tini nak order durian crepe. Nak sangat merasa. Tini call dan-dan tu jugak. Kebetulan memang malam tu dia nak anta order orang. Ada buat lebih katanye. Cantekk sangat...

Si Tini pulak anta order sampai ke tengah malam. Sampai tetido aku menunggu. Bila dia sampai je kat bawah terus tukar seluar sebab time tu aku dah pakai seluar tido. Tidak sopan rasanye bila keluar umah dengan berseluar gambar robot.

Sampai je bawah, Tini bagi rasa seketul. Sebekas dah dalam tangan ni dia bagi free. Wah kemain rasa kan?? Rasa lemak berkrim sangat.. wa sukeeeee... Terasa doyan dengan whipped cream tu. Kulit ketayap pun lembut je. Pandai sungguh kamu buat Tini.. sabasssss!!!

Malam tu jugak licin nam ketul yang kununnye nak simpan makan pagi besok. Sambil tido sambil sendawa doyan. Seb bek wa tido sorang. ;p

Published with Blogger-droid v2.0.9

1 comment:

Cik Mai said...

haha..tapi sedapkan durian crepe a.k.a ketayap doyan ni...anak aku minat gler...

p/s - org perak memang suka durian...hehe