Sunday, December 16, 2012

A361

Penerima scroll ke-361.

Pehhh kematu bontot aku hari tu. Sidang ke-19 hari tu je ada 2 fakulti. Fakulti aku, FSPPP dan Fakulti Sains Sukan. Nak ngabihkan dekat 1000 orang jugak tu. Sakit pinggang kemain rupanye besoknye tu bendera jepun. Haha.

Nasib baik jugak sidang aku pagi. Senang nak carik parking. Kalo sidang petang..seksaaaa...kena parking luar pehtu naik bas. Tu pun mak dah kepenatan kena naik tangga tinggi. Tentiu mak sebab gagah tengok orang naik pentas. ;)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, December 13, 2012

Baru sekarang dapat rasa

Durian crepe...atau nama saintipiknye Ketayap doyan.

Sana sini orang dok post pasal durian crepe ni. Sedap bebeno keee???

Sabtu hari tu whatsapp Tini nak order durian crepe. Nak sangat merasa. Tini call dan-dan tu jugak. Kebetulan memang malam tu dia nak anta order orang. Ada buat lebih katanye. Cantekk sangat...

Si Tini pulak anta order sampai ke tengah malam. Sampai tetido aku menunggu. Bila dia sampai je kat bawah terus tukar seluar sebab time tu aku dah pakai seluar tido. Tidak sopan rasanye bila keluar umah dengan berseluar gambar robot.

Sampai je bawah, Tini bagi rasa seketul. Sebekas dah dalam tangan ni dia bagi free. Wah kemain rasa kan?? Rasa lemak berkrim sangat.. wa sukeeeee... Terasa doyan dengan whipped cream tu. Kulit ketayap pun lembut je. Pandai sungguh kamu buat Tini.. sabasssss!!!

Malam tu jugak licin nam ketul yang kununnye nak simpan makan pagi besok. Sambil tido sambil sendawa doyan. Seb bek wa tido sorang. ;p

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, December 7, 2012

Pre-Konvo lagi


Tah habis-habis gambar nak konvo. Haruslahhhhh... After 4 1/2 years okkkk.. Tua mak di situuuu...

Ni kununnya shoot pre-konvo bersama laghos sehari sebelum hari kejadian. Lepas ujan lebat giler... So paling dekat sebelah opis je la.. Shoot bape keping je pun. Tak sempat nak berposing bagai sebab mak dah otw ke rumah. Sebagai anak mithali haruslah pulang segera untuk mengemas rumah. Rajin sangatttttt... ;p

Besok-besok baru update konvo sebenar. Babai..

Tuesday, December 4, 2012

Pre-konvo

Teruja menunggu hari esok. Hari konvokesyen kuuuuu... Sesiapa nak datang, sila datang pagi ok...petang aku dah balik...hehe

Published with Blogger-droid v2.0.9