Wednesday, November 14, 2012

Buka buku baru

Assalamualaikum..

Besok kita akan menyambut Awal Muharram ataupun Maal Hijrah. Iaitu hari dimana segala catatan amalan kita untuk hijrah ini ditutup 'diangkat' dan diserahkan kepada Maha Pencipta kita Allah swt. Lalu diganti dengan 'buku catatan amalan' yang baru.

Sebelum catatan amal aku ditutup, aku ingin meminta maaf kepada rakan-rakan sama ada yang mengenali atau pun tidak. Kalau aku ada buat salah tu mohon maafkan lah ye. Kita buka 'BUKU' baru.. :)

Jangan lupa baca doa akhir tahun selepas Asar (sebelum Maghrib) dan doa awal tahun selepas Maghrib nanti.. ;)


Allahuakbar!

Monday, November 12, 2012

Menyesalkah kita?

Tipu kalau aku cakap aku tak pernah menyesal. Kadang-kadang ada jugak. Cumanya aku mengambil sikap positif (lahhh sgttt) yang semua tu berlaku ada hikmahnya. Susah sebenarnya nak terima hakikat. Yes memang susah giler wa cakap lu. Lebih-lebih lagi bila kita ingat benda tu kununnya yang terbaik yang kita pilih tapi malangnya tidak. Sakit kan hati? Rasa nak je pusing balik masa untuk betulkan keadaan tapi malangnya tak mampu. Apa yang boleh kita buat, teruskan hidup dan jangan ulanginya lagi. Fikir sebelum bertindak tapi itu yang susah bagi aku. Nak lagi bila time marah, suka buat keputusan melulu. Kadang-kadang ok tapi yang banyaknya k.o.. ╮(╯3╰)╭

Aku harap dapat berfikir dengan waras selepas ni. Ingat Yat..semua yang jadik ni ada sebabnya..bawak-bawak bersabo...∩__∩


Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, November 10, 2012

Mandi

Bukan aku yang mandi. Ni nak tunjuk si budak besi tengah mandi bogel. Haha. Yela..bogel. Ada ke kete pakai baju?

Gila lama kot tak mandikan dia. Kat Putrajaya susah nak carik carwash. Kalo ada pun bukan main berderet kete tunggu turn. Area Bangi aku tak reti la pulak katne. So sudahnya carik ke Equine jugak la. Kedai ni je yang aku tau. Alang-alang jap lagi bole la cuci mata ke Aeon pulak. Huhu. Baek punya planning kan?

Sebelum tu tadi pegi buat hair treatment. Akak keguguran dek...keguguran rambut. Taktau acane dah nak buat. Semua produk akak dah guna tapi gitew jeeee... Agak-agak akak kena botakkan ke hah? Mungkin kalo terpaksa itu la cara terakhir. Uhukuhuk.

Ok nak sambung tengok dorang cuci. Kena monitor kang tak bersih pulak. Babai.. ;)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, November 9, 2012

Muka lagho @Kenny Rogers Roasters

lagho ke tak lagho? └(^o^)┘

Published with Blogger-droid v2.0.9

Do you miss me?

Eeeuuuuwww...

Ada ke yang rindu kan aku? Lama gila menyepi kot. Bukan takat menyepi siap set blog private gitew. Malas beno nak menghapdet blog. Tapi dok rajin baca blog orang dan-dan rasa rindu nak berblog jugak walaupun takda idea nak tulis apa.

Hari ni nak open to public. Besok-besok taktau kot nak privatekan balik. Kalah retis kan bajet artis katanya. Haha.