Monday, September 3, 2012

Raya Orang Bujang

Macam raya tahun-tahun lepas, pasti ada slot raya orang bujang. Selalunya raya pertama dah melepak ke Teluk Intan. Tempat feberet kalau tak KFC pasti Secret Recipe. Tahun ni upgrade sikit. Asyik-asyik Teluk Intan je kan. Kali ni lepak Ipoh pulak. Dewasa katanya. 

Raya kedua baru dapat lepak dengan gegurl ni. Raya pertama bizi sangat melayan tetamu. Padahal buat ayor je pun, pastu sambung tengok Karot Komedia. 

Keluar time tu dah petang sangat. Pukul 6 baru keluar sebab Yan bizi. Macam biasa, raya umah Aemy je. Gossip-makan-gelak. Lepas maghrib baru boleh keluar. Kang keluar time maghrib kena terajang ngan bapak dia pulak. Sempat gak lah aku meng-Ogawa-kan diri selepas senak makan lemang. Pehhhh..ilang sengal-sengal badan segala.

Pehtu terus gi Aeon Section 18. Sampai pun dah pukul 9 lebih. Jalan-jalan kejap kedai pun sibuk nak tutup. Apekehei lah time raya-raya ni tutup awal sangat. Tak sempat langsung nak bersoping.



Penyiasat Remaja? Oh no...penyiasat tua yes. Hahaha.. Sempat lagi pompuan ni kumpul komik feberet dia. Aku suka komik "Dragon Balls ada 7 bijik semuanya" tu. Lain-lain kalau dah takde sangat baru boleh layan.



Tersembul pipi aku kan pakai tudung ni? Sebabkan maleh nak seterika tudung bawal terpaksalah rembat tudung Kakni ni. Tapi tudung-tudung cengini memang aku pakai kat kampung je. Segan nak pakai gi kerja. Tak koser mak. Penah dulu sekali aku pakai pegi kerja. Dorang ingatkan aku Kak Odah kalau tengok dari belakang. Sentapppp mak okkkk! Sian Kak Odah terjebak dalam ni padahal tak bersalah pun. Ampuuuunnnnn...



Kedai semua dah tutup. Kita serbu pulak Old Town White Coffee. Ingat nak lepak Old Town area Section 18 tu je. Sekalinya penuh...sentappp! Terus blah. Kitorang gi area Gunung Rapat pulak. Tengok cam ada seat lagi kat dalam-dalam tu walaupun kat luar dah penuh dengan budak-budak MLM. Malam-malam pun berbaju kot bagai. So sape lagi kan?





No comments: