Thursday, September 6, 2012

Ini bukan gangnam, ini cacaca...


Semua tengah demam oppa gangnam style, tapi aku buat caca style..boleh?

Bukan caca pun, kunun nak buat runaway model sekali jadik camtu. Photographer baru nak amik gambar, aku dah terkekeh-kekeh ketawa. Muka dah merah padam. Terus tak cun. Lagipun badan segajah camtu mana layak jadik model dow. Model semua kuruih kedingkiang.. ada ke model sebesar gajah ini. Tengokkkk... nak masuk frame pun tak muat muka. Huk aloh...

Aku rasa kan, aku ni tak sesuai pakai baju kain cotton. Kain cotton kan keras. So kalau pakai tu nampak mengelembong. Dah macam ikan kembong aku nampak badan aku ni walaupun itu sebenarnya ilusi. Ilusi lah sangatttttt... 

Bukan apa, kalau hari ni aku pakai cotton.. mesti ada yang tegur, "Ko nampak berisi lah yat.. hati senang ke?". 

Esok kang pakai baju biasa... ada jugak yang tegur., "Eh ko makan pil apa? Nampak solid sikit lah.. ke sebab posa???". 

Minggu depan kang ada budak terserempak aku pakai tshirt and jeans.. tegur lagi, "Pakai baju kurung nampak kurus, pakai seluar.. mak aiiiii.. peha ayam ko!!" Celaka ke tak?

Jadi, sememangnya pakaian itu memainkan peranan yang amat penting. Haaaa ko ayatttt... Nangis cikgu rosli samot kalau baca ayat bahasa melayu aku. Tak sia-sia dia ngajor walaupun SPM BM aku dapat 3 (3 ni kalau sekarang B rasanya). Ahak ahak..

Kena carik baju-baju yang bagi aku nampak kurus ni. 

Duit.. duit.. duittttt... ke mari lahhhhhhhhhhhhhhhhhh dikauuuuuuuuuu



No comments: