Thursday, August 16, 2012

Setelah 14 tahun tak berjumpa

Finally, lepas 14 tahun baru dapat jumpa balik budak-budak teknik manjung. Perasaan tak tau nak cakap camne. Yang pastinya happy dan nevessssss giler. Mana taknya, ntah camne rupa seko-seko. Ada yang dah jadik mak budak, bapak budak, bujang pun ramai lagi rupanya. Fufufu nasib baik ada geng. Haha

Kalau ikutkan aku malas nak pegi. Segan dow. Sekolah teknik aliran elektrik dan elektronik dah tentu ramai budak lelaki. Aku pulak sekolah dulu low profile. Takde orang kenal pun. Maklum le...kalau rupa paras tu tak sajak memang kompom tadek orang kenal. Tapi ape ade hal..aku pun bukan jenis kenal orang sangat so nak bajet orang kenal aku? Puihhhhh. (Ni cam ayat redoooo je...hahaha)

Tengahari tu, kawan baik aku yang lama giler tak jumpa ni si Aida datang amik kat umah. Aku dah cakap kat dia, kalau taknak amik aku taknak pegi. Keji kan. So terpaksa lah dia amik jugak. Siap tersesat-sesat. 2 jam lepas tu baru sampai umah aku. Then kitorang ke Midvalley pulak. Shopping!!! Midvalley yang selalu pegi tu pun sesat jugak. Memang minah sesat betul lah. Padahal dah nampak tu, tapiiii nak jugak masuk jalan lain. Sejam jugak carik jalan tu.

Abis shopping pergi umah Airin pulak kat Villa WangsaMas. Zai pun dah tunggu situ. Nak ke umah Airin ni pun sesat jugak. Haha..memang geng sesat betol lah. Pukul 6 camtu baru gerak ke restoren. Makin neves ni. Dubdabdubdabbb...



Ni sajolah geng-geng wanita yang hadir. Wanita sangat ok. Dulu belemoih sekarang sudah hot-hot gitew. Ramai budak kelas aku T1...Aida, Airin, Zai, Intan dan Ida. Mai dengan Along dari kelas T2..and Zura dari kelas EN. Ada 5 orang je yang kompom bujang, sorang buat-buat bujang dan selebihnya mak orang. Budak-budak lelaki ramai jugak yang datang. Masing-masing tunjuk perut boyot, bolehhh?? Kemain sungguh perut masing-masing. Semua dah bermuka bapak-bapak. Kalau dulu kecik cinonet, kurus melidi...kali ni datang..fuhhhh gagah pekosa..eh gagah perkasa...tapi perkasa tang perut je lah. -_-


11 Ogos 2012

Oh lupe pulak. Iftar julung-julung kalinya ni kitorang buat kat Restoren Nelayan, Titiwangsa. Makan buffet rm37 per pax. Sesapa bawak bini anak kena tambah bayar kecuali budak bawah umur 4 tahun free. Bukan lalu sangat nak makan pun. Semua sibuk nak bersembang. Maklum le lama dow tak jumpa. Hebat tak hebat sampai tutup kedai jugak lah kitorang melepak. Siap ade meeting lagik. Meeting untuk 1st reunion kitorang bulan 11 nanti. Cadangnya nak buat kat Teluk Batik dan ada lawatan ke sekolah lama. Fuyohhh lagik tak sabar. Nak sambung bersembang lagi. Hehe

Abis makan, ingat nak pegi Danau Kota tapi jalan jem giler. Kensel. Tukar gi Wangsa Walk pulak. Layan karok jap pastu tengok wayang. Tu pun dorang ajak lepak lagi. Tapi tak larat beb. Dah lah sebelum ni balik 5 pagi, kali ni balik 3 pagi pulak. Ce tunggu malam lailatul qadar...ade ke camni??? Tettttt...

No comments: