Tuesday, August 14, 2012

Sahur bersama BFF

Suara rock tetap maintain. Siang elok je batuk-batuk ayu. Malam siap. Batuk macam nak tercabut je anak tekak. Malam tadi lepas berbuka terus makan ubat batuk dan telan panadol dua bijik pastu terus terbungkang. Aku ni susah nak sakit, tapi sekali sakit...nahhhh rasakan. Mau makan dua minggu gak nak elok. Makan pun tak berapa nak lalu. Semalam sadis berbuka makan megi saja. Dah nasib orang bujang, susah senang sendiri tanggung. ;O)

Hari tu whatsapp dengan Aemy, dia kata nak turun kl. Jumaat dia gerak katanya. Cantek sangatlah boleh lepak-lepak. Lepas berbuka pukul 10 camtu, Yan datang amik aku and then terus amik Aemy pulak kat Putra Height. Cam biasa...sesat. Jalan siang dengan jalan malam lain. Tapi ok gak lah boleh jumpa. Kalau tak jumpa memang dah balik sambung tido. 

Kitorang lepak kat McDonald tepi highway Seri Kembangan tu je. Paling dekat kot. Nak ke kl malas pulak meredah jem segala tok nenek tu. So lepak punya lepak, beli set dinner, air tambah tiga kali, sedar tak sedar jam dah nak pukul 4 pagi. Ce ko suruh pegi qiamullail, hado? 




Raya nanti kami bertiga lagi. Peace :)

Cargas hantar Aemy balik. Sampai rumah dah pukul 5 pagi. Apa lagik? Terus terbungkangggg... 

Malam tu pulak nak majlis iftar bersama ex-STESMA 97/98. Neves...nevessssss!!!


1 comment:

Cik Mai said...

ehem2..pakai henpon mahal ke..hehe...