Monday, August 13, 2012

Kita mulakan dengan kisah iftar di ofis saya...

Lagi seminggu nak raya baru terhegeh nak cerita pasal iftar. Mood tarak beb. Badan pun tak berapa sihat ni. Dari minggu lepas tekak perit, batuk-batuk, selsema pulak. Dok ulang tu je lah. Suara pun dah rock ni. Kurang sikit dosa aku sebab suara takda. Hakhakhak.

Oleh itu, tetiba rajin nak berblog. Dah sakit baru carik blog, boleee???



Aku pun dah tak ingat hari apa majlis iftar ni. Rasanya minggu lepas. Hari selasa kot. Tak bajet pun nak berbuka kat opis. Dah 3 tahun kot tak join. Kebetulan malas nak masak (ecewah) dan Yan pun ajak, aku pun on lah.

Tahun ni menu nasik beriani. Opis aku ni kan, mentang-mentang menteri suka nasik beriani..tu je menu yang diordernya. Kalau menteri tu puasa ok gak kan. Ni dah lah tak puasa, non muslim pulak tu. Takan majlis iftar pun nak ikut tekak menteri? Orang lain maybe suka, tapi tekak aku kureng sikit. Tapi habis jugak sepinggan. Konpius...konpiusss...

Kenapa gambar tu aku nampak gemok eh? Ke memang? 


No comments: