Friday, July 20, 2012

Parking ok u

Aku dah setting author only untuk belog ni 2 hari lepas. Saja nak menyepikan diri. Ala bukan orang nak carik pun kan? 

Semalam seksyen aku ada buat makan-makan kat Ayam Penyet Wong Solo Bandar Baru Bangi. Sebenarnya kitorang bukan nak sangat pergi pun. Masing-masing terpaksa. Saya yang menurut perintah katanya. Kang tak pergi kang melawan arahan. Bakal mendapat markah LNPT paling teruk. Sialan kan? Terpaksalah bermuka-muka. Taiklah.

Orang kata, kalau hati tu tak ikhlas macam-macam halangan akan kita hadapi. Memang betol pun. Dari masalah nak pilih tempat, ke masalah nak pergi sana dengan kereta yang takda, ke masalah kereta aku kena block dengan kereta orang cacat mana ntah. Selamba katak dia block kereta aku mengong. Kalau pun aku terparking tempat dia sekali pun jangan lah buat cenggitu. Aku parking tu tempat oku. Ok memang salah. Kot ye pun kau tu oku dan parking tu parking kau, takde pulak nombor plat kau kat situ. Maksudnya mana-mana oku boleh parking kan? Lagipun kereta kau pun bukan ada sticker oku. Ke kau tak mengaku tapi bab parking kau ngaku pulak oku? Wah ni kang ada pulak yang kata aku keji dengan golongan oku. No no no! Aku cuma menkeji dia ni sorang je. Menyusahkan orang. Elok-elok aku nak parking sekejap pastu nak alih, jadik terus parking kat situ. Padan kau lah kena maki. Bukan aku sorang je maki kau kan. Sebelah-menyebelah kereta aku pun kompom maki kau jugak. Har har harun.

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Jangan over makan, jangan over membazir. Elok-elok setan yang kena ikat, kau pulak yang menyetan. InsyaAllah, malam ni nak start sembahyang terawih. Lama gila tak pergi terawih kot. Last masa belajar dulu-dulu. Dasarrrrrr...

Nak minum milo cicah biskut kejap. Tata.


No comments: