Tuesday, July 31, 2012

Ramadhan Ke-11 : Hujan itu rahmat

Ingat nak buat post letak gambar. Tapi bila dah insert, gambar tak muncul-muncul. Kekdahnya terpaksa lah hold post tu dulu. Moh kite bebel pasal benda lain.

Pagi tadi guruh dah berdentum-dentam. Pukul 7.30 pun gelap-gelita lagi. Terus kelam-kabut bersiap sebab taknak kena hujan. Bukan apa..parking kereta jauh. Nak berpayung malas. Leceh.. Elok je masuk kereta terus hujan turun dengan lebatnya. Nasib baik jugak hujan-hujan ni jalan tak jem. Minggu lepas punya tension dari depan umah ke opis kereta bersusun panjang nak pergi kerja. Maybe minggu pertama puasa kot orang belum pandai nak ekjas timing. Minggu ni dah ok. Pergi kerja pun kurang buat dosa. Hihihi

Oh ya, result exam nak keluar 2 Ogos ni. OMG!!!! Awat cepat sangat. Baru je abis exam 2hb hari tu. Mintak-mintak lulus semua, pastu boleh konvo. Tak larat nak sambung dah. Nanti-nanti lah... Apa yang penting sekarang ni gunakan kelulusan yang ada tu untuk tingkatkan lagi taraf hidup. Gogogogogogogooo!!!

Mengantuk la pulak. Nak kira GCR jap. Berpinar bijik mata den.. 




No comments: