Tuesday, July 3, 2012

Final exam semalam


Nak lompat-lompat result belum keluar. So nak bergumbira sangat pun tak boleh. Manalah tau kan. Takmo cakap, kang masin mulut aku kang. Mintak-mintak lulus semua. Aminnnn...

Semalam last final exam. Paper Microeconomics. Tempat cam biasa kat DRMM. Sedih gak rasanya semalam sebab exam sorang-sorang tanpa rakan-rakan karib. Selalu ada Sarah, Cik Mai, Idda or Makcik Kepoh. Pas melantak kat Ali Corner, kitorang pasti melepak kat tingkat 2, DRMM tu. Bukak sliding window tu sikit bagi aircond keluar. Fehhh..feeling dow. Pastu masing-masing gigih mengreview nota-nota. *lap air mata kejap

Calon ePJJ untuk paper semalam ada 2 orang. Tapi yang datangnya aku sorang, mana ntah hilang sorang tu. Time kelas hari tu pun aku sorang je budak ePJJ yang 4 orang lagi tu budak PLK. Kebanyakan yang amik paper ni budak-budak yang sangkut (tak lulus le maksudnye), kecuali sorang dua (termasuk aku...nak jugak bagitau..keke) yang baru nak amik. Macam aku, paper ni aku terlepas pandang. Dalam study structure aku takda paper ni, alih-alih awal semester hari tu dapat call dari pejabat UiTM kata aku belum amik dan wajib amik sebab paper ni last ditawarkan sem ni. Mengagau okeh. Ingatkan nak bawak paper Applied Research Report je. Dah lah waktu clash. Terpaksa lah aku tuang masuk kelas Research Report tu sebab nak masuk kelas Micro ni. Nasib baik jugak Sarah ada tolong coverkan research kitorang, kalau tak maut aku.

Dahlah semalam dok row ketiga dari depan. Urusetia exam asyik-asyik kulu-kilir keletak-keletuk-keletak-keletuk bunyik kasut. Takleh nak fokus sangat. Gila tak gila, paper ni aku study 2 hari je. Punya pemalasssss... Seperti yang aku dah agak, apa yang aku baca tonggang-tebalik tak masuk. Boleh pulak kuar soalan pasal nak kira government tax. Dahlah tak baca langsung! Time tu hikmat segala tok-nenek gorengan aku bedalkan. Jangan tak lulus sudah, matik...matikkkkk!!!


Puan lecturer, jangan failedkan saye okes? Thnx.






No comments: