Tuesday, July 31, 2012

Ramadhan Ke-11 : Hujan itu rahmat

Ingat nak buat post letak gambar. Tapi bila dah insert, gambar tak muncul-muncul. Kekdahnya terpaksa lah hold post tu dulu. Moh kite bebel pasal benda lain.

Pagi tadi guruh dah berdentum-dentam. Pukul 7.30 pun gelap-gelita lagi. Terus kelam-kabut bersiap sebab taknak kena hujan. Bukan apa..parking kereta jauh. Nak berpayung malas. Leceh.. Elok je masuk kereta terus hujan turun dengan lebatnya. Nasib baik jugak hujan-hujan ni jalan tak jem. Minggu lepas punya tension dari depan umah ke opis kereta bersusun panjang nak pergi kerja. Maybe minggu pertama puasa kot orang belum pandai nak ekjas timing. Minggu ni dah ok. Pergi kerja pun kurang buat dosa. Hihihi

Oh ya, result exam nak keluar 2 Ogos ni. OMG!!!! Awat cepat sangat. Baru je abis exam 2hb hari tu. Mintak-mintak lulus semua, pastu boleh konvo. Tak larat nak sambung dah. Nanti-nanti lah... Apa yang penting sekarang ni gunakan kelulusan yang ada tu untuk tingkatkan lagi taraf hidup. Gogogogogogogooo!!!

Mengantuk la pulak. Nak kira GCR jap. Berpinar bijik mata den.. 




Friday, July 27, 2012

Google Doodle - Olimpik 2012



Sukan Olimpik 2012 atau secara rasminya Games of the XXX Olympiad (Sukan Olimpiad XXX) akan diadakan di London, England, United Kingdom dari 27 Julai hingga 12 Ogos 2012. London akan menjadi bandar pertama menjadi tuan rumah Sukan Olimpik tiga kali, selepas berbuat demikian pada 1908 dan 1948.

Sumber : Wiki

Ramadhan Hari Ke-6 : Chocolate Fudge


Balik terus singgah Secret Recipe, Galeria PJH. Sebelah ofis saje pun, parking tepi jalan sudaaa.. Tekak teringin nak makan kek. Dalam kepala dah terbayang Chocolate Banana, takpun Chocolate Indulgence. Sekali tengok takde. Frust gile. Tapi disebabkan tertelan air liur gak lah kan mentengok kek-kek tu semua so tertangkap lah Chocolate Fudge ni. Janji coklat. Tak pernah makan pun selama ni. Malam tadi rasa sikit je. Ada lagi balance dalam peti ais tu ha. Takpe malam kang boleh sambung balik. Tapi tekak ni macam nak cheese cake pulak. Acaner tu? #angkat-angkat kening


Wassap dude?

Samsung S ni kan memang mencabar kesabaran aku. Dok heng..heng...henggggggg... Ade yang kena baling ke dinding ni kang. Nak berwassap-wassap pun susah. Haihhhh...


Ingat nak tukar author only selamanya tapi rindu pulak nak berceloteh pada kengkawan. So hari ni officially bukak balik to everybody... #bajetfofular ;-)

Friday, July 20, 2012

Parking ok u

Aku dah setting author only untuk belog ni 2 hari lepas. Saja nak menyepikan diri. Ala bukan orang nak carik pun kan? 

Semalam seksyen aku ada buat makan-makan kat Ayam Penyet Wong Solo Bandar Baru Bangi. Sebenarnya kitorang bukan nak sangat pergi pun. Masing-masing terpaksa. Saya yang menurut perintah katanya. Kang tak pergi kang melawan arahan. Bakal mendapat markah LNPT paling teruk. Sialan kan? Terpaksalah bermuka-muka. Taiklah.

Orang kata, kalau hati tu tak ikhlas macam-macam halangan akan kita hadapi. Memang betol pun. Dari masalah nak pilih tempat, ke masalah nak pergi sana dengan kereta yang takda, ke masalah kereta aku kena block dengan kereta orang cacat mana ntah. Selamba katak dia block kereta aku mengong. Kalau pun aku terparking tempat dia sekali pun jangan lah buat cenggitu. Aku parking tu tempat oku. Ok memang salah. Kot ye pun kau tu oku dan parking tu parking kau, takde pulak nombor plat kau kat situ. Maksudnya mana-mana oku boleh parking kan? Lagipun kereta kau pun bukan ada sticker oku. Ke kau tak mengaku tapi bab parking kau ngaku pulak oku? Wah ni kang ada pulak yang kata aku keji dengan golongan oku. No no no! Aku cuma menkeji dia ni sorang je. Menyusahkan orang. Elok-elok aku nak parking sekejap pastu nak alih, jadik terus parking kat situ. Padan kau lah kena maki. Bukan aku sorang je maki kau kan. Sebelah-menyebelah kereta aku pun kompom maki kau jugak. Har har harun.

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Jangan over makan, jangan over membazir. Elok-elok setan yang kena ikat, kau pulak yang menyetan. InsyaAllah, malam ni nak start sembahyang terawih. Lama gila tak pergi terawih kot. Last masa belajar dulu-dulu. Dasarrrrrr...

Nak minum milo cicah biskut kejap. Tata.


Tuesday, July 17, 2012

He love me, He love me not


Tuesday, July 10, 2012

Blog tak update. Aku belum mati lagi.




Saturday, July 7, 2012

Pagi

Baru sampai melaka jam 6 pagi tadi. Gerak dari putrajaya jam 4 pagi, menunggu rombongan mak lina dari ipoh. Iyong pun ikut gak rupanya. Hujan sepanjang perjalanan tadi. Aku yang drive. Nasib baik dah standby tido, kalau idak toksah haraplah. Baik aku membute kat belakang. Ngantuk sebenarnya ni tapi takleh nak tido. Nak regangkan badan jap. Kbai.

Friday, July 6, 2012

Biskut Milo


Aku belum pernah try lagi. Cantekkkk sangatlah sebab dalam almari banyak lagi. Nak bancuh malas. Huhuhu...

Wednesday, July 4, 2012

Burrrppppp

Burrrrpppppp!!! *bunyik sendawa
Kenyang sudah.

Tu lah berlagak sangat taknak makan tengahari. Pukul 3 mengagau carik makanan. Nak beli jajan bukan kenyang. Jadik terpaksa terbeli 'kari berapi'. Punyalah malu kat kawan-kawan sanggup sorok-sorok bawak se-mug air panas dengan mangkuk dari pantry sambil mata toleh kanan-kiri bajet macam pencurik. Kari berapi main rendam je tutup dengan kertas. Kau boleh???

Pastu ada pulak suara-suara pencari bau kari berapi. Dia kata dari dari pintu depan dah berbau. Aku yang dok menyorok makan kat belakang makin mentikus. Hakhakhak. Last-last kantoi gak sebab idung dok sok-sek-sok-sek mentahan ingus dari keluar pentanda memang sangat berapi kari itew.

Dah licin baru tersandar menyesal sebab azam taknak makan megi memakan diri. 

Hmmmm...aku dah kata dah.


Tuesday, July 3, 2012

Final exam semalam


Nak lompat-lompat result belum keluar. So nak bergumbira sangat pun tak boleh. Manalah tau kan. Takmo cakap, kang masin mulut aku kang. Mintak-mintak lulus semua. Aminnnn...

Semalam last final exam. Paper Microeconomics. Tempat cam biasa kat DRMM. Sedih gak rasanya semalam sebab exam sorang-sorang tanpa rakan-rakan karib. Selalu ada Sarah, Cik Mai, Idda or Makcik Kepoh. Pas melantak kat Ali Corner, kitorang pasti melepak kat tingkat 2, DRMM tu. Bukak sliding window tu sikit bagi aircond keluar. Fehhh..feeling dow. Pastu masing-masing gigih mengreview nota-nota. *lap air mata kejap

Calon ePJJ untuk paper semalam ada 2 orang. Tapi yang datangnya aku sorang, mana ntah hilang sorang tu. Time kelas hari tu pun aku sorang je budak ePJJ yang 4 orang lagi tu budak PLK. Kebanyakan yang amik paper ni budak-budak yang sangkut (tak lulus le maksudnye), kecuali sorang dua (termasuk aku...nak jugak bagitau..keke) yang baru nak amik. Macam aku, paper ni aku terlepas pandang. Dalam study structure aku takda paper ni, alih-alih awal semester hari tu dapat call dari pejabat UiTM kata aku belum amik dan wajib amik sebab paper ni last ditawarkan sem ni. Mengagau okeh. Ingatkan nak bawak paper Applied Research Report je. Dah lah waktu clash. Terpaksa lah aku tuang masuk kelas Research Report tu sebab nak masuk kelas Micro ni. Nasib baik jugak Sarah ada tolong coverkan research kitorang, kalau tak maut aku.

Dahlah semalam dok row ketiga dari depan. Urusetia exam asyik-asyik kulu-kilir keletak-keletuk-keletak-keletuk bunyik kasut. Takleh nak fokus sangat. Gila tak gila, paper ni aku study 2 hari je. Punya pemalasssss... Seperti yang aku dah agak, apa yang aku baca tonggang-tebalik tak masuk. Boleh pulak kuar soalan pasal nak kira government tax. Dahlah tak baca langsung! Time tu hikmat segala tok-nenek gorengan aku bedalkan. Jangan tak lulus sudah, matik...matikkkkk!!!


Puan lecturer, jangan failedkan saye okes? Thnx.






Si Muka Singa

Aku jarang minat mamat-mamat Kpop ni. Tapi............................




kerna GONG YOO (siap highlight merah ok, motip???) si muka singa (bak kata Sarah, dia memang dengki taw!) aku terjatuh chenta padamu. Sabtu malam hari tu punya pasal lah. Tetiba bukak KBS World (channel 391) tertengok drama korea BIG. Baru episod 1 dan 2. Malam tadi pulak episod 3. Wahhh...ini sudah baguihhhhh. Pasni malam-malamku akan diisi dengan wajah si singa kacak berbadan six pack ini!!!!! 

Sukaaaaaaaaaannnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa...geediksss!!!


pst. meleleh ayaq lioq tengok six pack dia...peh pehhhhhhhh!!! shhhhhhh...~ ;-)