Tuesday, June 19, 2012

Sediakan bekas sebelum baca

Serius ni. 

Sediakan bekas sebelum mula membaca. Mana tau kot-kot ada yang termuntah hijau. Aku baru nak belajar menromantikan diri ni. Buwekkk


Lately aku sensitif sangat. Merempan tak abis-abis. Hari elok, sok kang marah balik. Malam ni hangin, sok pagi kang ok. Faktor usia kah? Ke perangai mengada-ngada mengalahkan budak?

Contoh, pagi tadi dia call. Baru syok aku nak bercerita dia diam macam tengah sibuk buat kerja. Terus mati mood nak bercerita. Tang tu suara pun dah tukar tune. Darah naik ke muka. Sakit hati lah pulak. Padahal hal kecik je kan? Efeknya sampai ke malam kang.

Aku perasan jugak, dengan dia ni aku sangat banyak mencari pasal untuk bergaduh. Agaknya sebelum ni aku banyak bersabar, banyak memendam rasa, banyak mengalah. So yang ni aku nak pulun keluar kan semua sekali. Sampai puas hati. Keji kan?

Aku taknak macam ni sebenarnya. Letih bai. Ingat merempan-merempan ni tak penat ke? Penat otak, muka kedut, tak berseri dah asyik monyok je. Dah tak ceria hidup aku. Dan aku taknak sebab sikap buruk aku ni hubungan kitorang terjejas dan berakhir dengan sad ending. Tamau, tamauuuuuuu...

Tarik nafas panjang-panjanggggg... hembusssssss...
Istigfar banyak-banyak.

Saya marah-marah tak bermaksud saya tak sayangkan awak. Saya yang bersikap buruk. Bantu saya ok.

Sarang heyo, joesonghamnida... I love u, i am very sorry... :(


No comments: