Monday, June 18, 2012

Makin botak kepala aku

Mana taknya...asyik-asyik megi megi megi... Bukan boleh ada stok megi kat umah. Selagi tak abis asyik ulang makan tu je. Jap kang megi goreng, jap kang megi sup, jap kang rendam pulak. Haih dah lah masalah keguguran rambut semakin berleluasa ni. Macam-macam produk rambut dah beli, tinggal tak pergi Yun Nam Haircare je.


 Apa motip ko letak frame minah bunga ni hah?

Ni kelmarin punya menu tengahari. Sanggup bawak megi datang ofis sebab malas nak singgah beli makanan, boleyyyy???

Megi rendam je pun tapi nampak sedap kan? Jangan tipuuuuu...tu telan air liur tu haaaaaaa...

Kelmarin datang ofis dah petang pun. Sementara nak tunggu kawan aku datang sempat jugaklah siapkan kerja sikit. Pastu kawan dah datang setelkan tesis sampai ke pukul 8. Patutnya hantar 20hb kang tapi aku dengan Sarah ni partner jarak jauh so susah sikit lah. Nak tak nak kena siapkan sabtu tu jugak sebab ahad nak kena hantar kat lecturer untuk confirmation. Ahad pun kebetulan aku ada kelas last so bagus sangat lah tu kan. Pasni standby untuk presentation tesis sabtu ni dan final exam 2 Julai kang. Pastu insyaAllah horey horeyyyy...

Eh aku puasa ganti hari ni. Ok nak balik memasak. Ecewahhh 


2 comments:

Emas Putih said...

hai... jom join contest ni http://kisahemasputih90.blogspot.com/2012/06/hari-ni-di-beri-seru-oleh-sahabat-ku.html super simple contest

armouris said...

terjumpa info ni, pasal botak… sharing is caring :) - Botak, Keguguran Rambut Masalah Keturunan