Tuesday, June 26, 2012

Lega

Viva presentation dah setel. Punyalah tergagap-gagap sebab berdebar punya pasal. Start pukul 8.30 tapi group aku last sekali. Pukul 10 lebih gitu baru dapat present. Dah lah panel ada 3 orang, mana tak mengelabah??? Soalan bukan main banyak dow. Tapi alhamdulillah panel semuanya baik-baik belaka. Kelakar dan banyak bagi pandangan dan tak tanya merapu-rapu. Tengs jugak pada partner aku, Sarah yang banyak membantu aku yang mengelabah ayam ni. Huhuhu

Habis je presentation terus makan nasik lemak dalam lab. Punya kebulur dari pagi tak makan lansung. Aku lak dan-dan tu lah terceri-berinya. Berdebar punya pasal sampai nak bergambar dengan PM Dr Raufu Ambali kitorang punya lecturer merangkap supervisor pun tak sempat. Dah takde kenangan. Uh sedihhh...

Balik tu kitorang pergi melantak pizza kat Kajang. Si mak buyung tu lah teringin katanya. Aku yang mula-mula kata kenyang lagi tu cakap je...habis gak pizza aku kerjakan. Dasar kuat makan kan? Boleh pulak terjumpa pasangan 'manisnya kurma ini" dalam tu. Dorang satu family makan pizza sebelah meja kitorang. Kecik je Ustazah Nor Bahyah tu rupanya. Memula aku perasan laki dia. Aku cakap kat Sarah, "wei tu bukan laki manisnya kurma itewww...??" "Manisnya kurma ini lahhhh!!!" "Oh silapppp..." Ingat nak tangkap gambar dengan dorang tapi macam tak sopan lah pulak kan time orang nak makan ko beria-ia nak berposing bagai. So akhirnya kitorang blah tanpa berkata apa-apa. Ececeyyy...

Lepas tu pergi Tesco Kajang pulak. Sarah nak membeli-belah barang dapur katanya. Aku pun terjebak sama. Siap beli ground cinnamon kunun nak buat apple and cinnamon toasties macam dalam Happy Ichigo tu buat. Nampak lazat sangatttt...errr bila? bila? bilaaaaaa??? -___-

Balik je dah seret kaki. Penat kemain kot. Bangun sikit punya subuh, balik umah malam. Malam tu tido awal. Hati pun punyalah lega kemain lagi sebab viva dah setel. Pasni cuma nak antar yang hardcover binding. Semalam Sarah dah antar buat hardcover kat Seksyen 2. Sok or lusa aku ambik dan terus antar kat Dr Raufu. Pasni nak standby stadi paper micro eco pulak. Harap-harap semua berjalan dengan lancar. Pastu boleh kawinnnn...eh tak tak. Rahsiaaaaaa.... Hew hew hew

2 comments:

Cik Mai said...

suka aku baca entry nie..aku bagi A+..

p/s - kita kena wat reunion la wei...makan2 ke..

nkara said...

hahahaha...mintak2 masin la mulut ko mai..kite dapat A+ sama2..

bile wei?aku on je..idda kate nak mkn2 kat umah dia..pe kate kite serbu umah dia je...sume setel..hahahaa