Thursday, June 21, 2012

Ketupat bukan mengumpat

Pagi tadi datang lambat. Sakit perut punya pasal sebab berbuka makan mempelam. Bergelodak isi perut. Dah tu pulak hujan lebat. Dapat sambung tido sedap gak ni. Kenapa lah hari ni hari khamis bukan sabtu atau ahad? Demmm.

Sampai ofis dekat pukul 9. Jalan relaks je. Gila sengal kan. Lantak lah orang nak cakap apa. Aku dah malas nak hidup dengan cakap-cakap orang. Janji kerja aku siap on time. Gaji aku bukan dorang bayar kan? Gomen bayar a.k.a korang-korang jugak yang bayar. Wakakaka. Eh.

Masing-masing layan blues je tadi. Faktor hujan ke atau faktor malas tu tak pasti. Ada yang tekun tengok pc, ada yang tekun membuat ketupat, ada yang tengah godek-godek beg duit. Ntah carik apa ntah dalam beg tu, carik duit selit-selit gamaknya. Maklum lah gaji minggu depan, tinggal balance-balance duit syiling je ada pun.

Tadi ada kawan citer. Bos dia kemain lah berlagak pernah pergi oversea. Boleh pulak sebelum dorang meeting bos dia siap buat tayangan slide gambar dia gi oversea. Gila saiko tak? Ok lah positif. Mungkin dia nak menaikkan semangat anak buah dia kot. Takpun dah takde sapa, so terpaksa share ngan anak buah. Kot lah. Memang takda salah dia nak eksyen, tapi nak eksyen pun biar lah berpada-pada. Kalau pergi tu sendiri tanggung pakai duit sendiri takpe jugak, ni gomen yang tanggung ok. Tu pun oversea bukan ke london ke, jerman ke, usa ke tapi ke india, thailand, indonesia je pun. Eh kalau bandung ok pe boleh shopping. Hahaha. Ok mungkin dia dapat jugak pergi. Kau ada? Oh ada aku kesaaahhhhhh... Dengar citer jugak dia dok melobi satu jawatan kat jabatan tu. Siap bagi-bagi hamper lagi. Macam-macam hal politik kat ofis ni. Bosang...bosang... 

Ni bukan mengumpat ye, ini ketupat. :-)

No comments: