Thursday, June 21, 2012

Kenapa nak single?



Manisnya kurma itewwww...

Aku dah tengok Semanis Kurma ni dalam tv hari tu. Saja nak tepek kat sini pulak. Boring pulak dok buat kerja je. Layan Youtube lah kejap.

Takda siapa yang nak hidup membujang sampai ke tua. Ada...bukan takda. Tapi kat luaran nampak je happy tu, ce tengok dalaman dorang. Sikit sebanyak ada jugak terasa, terpilu tengok orang lain bahagia bersama keluarga, yang kita pulak dok kerja, kerja, balik umah terbongkang. Takda apa nak buat kan. Nak keluar ngan kawan hari-hari tu letih jugak. Jodoh tu tak sampai-sampai lagi. Mungkin tersesat jalan kot. Apa yang penting kena redha dan berusaha. Ececeh nasihat. Padahal aku pun sama. Jodoh depan mata tapi liat bebenor. Mak aku pun taktau nak kata apa dah. 

Aku bercakap ni sebab terdengar orang sebelah dok buat ketupat pasal pompuan lambat kawin. Wah kemain meriah kerja-kerja ketupat mereka. Siap naik nama makcik si jemah lah, kakak si polan lah, nama Nasha Aziz pun naik kauuuu... Hahaha. Aku senyap je. Malas nak join kang terasa hati pulak.

Allah bagi rezeki pada umat dia dalam pelbagai bentuk. Ada dalam bentuk kebahagian, perkahwinan, anak, kerja, pangkat, duit banyak....macam-macam. Mungkin rezeki aku bukan dalam bentuk perkahwinan, tapi bentuk-bentuk lain banyakkkkkkkk... Syukur alhamdulillah.

No comments: