Tuesday, June 12, 2012

Ini bukan SPAM

Ada 2 entry spam aku dah remove semalam. Password blog pun dah buat baru. Habis emel aku kena hacked. Ajenye gampeng. Tu pun aku sedar ahad hari tu bila Sarah bukak emel dia ada emel dari aku. Menatang apa ntah dia tulis. Berbaur porno gak lah. Mentang-mentang aku buta IT, sesuka je dia memperalatkan akaun emel aku. Cis bedebah!

Minggu lepas, dalam sejarah aku kena sakit mata. Selama aku hidup membesar sihat dengan jayanya ni tak pernah okey kena sakit mata. Kalau alergik, lambat bukak contact lenses tu lain cerita lah. Ni piaw punya sakit mata. Tapi alhamdulillah jugak sebab sakit mata aku ni bukan hardcore punya yang bertaik mata 24jam, kalau bongkok sikit je rasa mata nak tercabut keluar or gatal-gatal cam nak korek je bijik mata tu. Oh no no. Nasib baik tidak. Lupa pulak nak snap gambar time sakit mata hari tu kan, aisey...

Aku dah malas nak memekak dalam blog ni. Rasa nak close terus pun ada. Tengok ar camna nanti... 



1 comment:

Rai said...

janganla close!