Wednesday, June 27, 2012

Durian

Malam tadi misi mencari durian telah dijalankan. Mission accomplish.

Dari minggu lepas aku dah bising-bising nak makan durian. Padahal baru je melantak musang king minggu sebelum tu. Cik abang beli paket-paket kat Carrefour. Dia bagi aku sepaket. Sepaket je dah 20henget lebih, isi ada lah dalam 3-4 ketul kecik-kecik. Punya mahal tapi nasib baik sedap dan paling penting FREE. Kekekeke..

Malam tadi misi mencarik durian bersama cik abang. Kitorang carik kat Tol Bangi je. Nasib baik ada. Mula-mula ingat nak beli musang king. Musang king sekilo dia letak 28henget. Ada 3 bijik kecik je timbang dah 4 kilo tak ke dah 112henget? Melampau lah pulak. Ambik yang durian lain pulak, ntah spesis apa aku tak dengar apek tu cakap. Murah tak murah lah, sekilo 12henget. Beli 2 bijik 5 kilo dah 60 henget dapat diskaun 2henget. Kira ok lah, isi tebal, pahit-pahit sikit, memang tekak aku lah. Tu pun berjaya makan sebijik je makan berdua. Sebijik lagi nak makan malam kang. Kencing pun bau durian je. Sendawa jangan cakap lah. Dah minum air badak pun mamai lagi kepala aku. Hahahaha..

Apek tu cakap durian tu Raub mari. Perak dah musim ke weh? Teman nak balik kampung ni... 

1 comment:

Pink Lavender said...

wahh..
suka makan durian sampai sanggup mencari...

bw sini
jom follow makneng