Friday, June 29, 2012

Seven


Gambar dua hari lepas. Pagi-pagi sampai ofis bukan buat kerja, berposing dulu bleyyy? Bukan selaluuuuu...

Ni budak-budak satu seksyen. The Corntoz Seven, tapi ada six je sorang lagi terpaksa cover jadik PA. Cam haram lah dok sini, PA gaji besor, siap ada elaun..kalau cuti suruh kita cover. Makin naik lemak tau. Geram betol. Kerja yang ikhlas pun jadik tak ikhlas sebab terpaksa. 

Hari ni bos-bos semua tarak. Dorang ada kursus kat Langkawi. Ni pun satu cilakatak. Siap bagi pesanan supaya siapkan kerja, ini amanah, brek brok brek brok... Tapi angkut semua bos. Sape nak sign surat segala? Bingai tak? Makin lama dok kerja sini makin seteress aku. Bukan stree sebab kerja, tapi stress dengan perangai orang-orang kat sini. Tapi tu lah...kalau dah kerja gomen tu camtu je lah. Ish, ish, ishhhh...

Isnin minggu depan final exam dah start. Paper petang cam biasa. Dah lama tak merasa exam pagi, asyik petang memanjang. Hari tu lecturer dah upload carrymark. Cam ok je nak dekat full marks. Tapi taktau lah jawap final ni camne. Harap-harap boleh lah. Tak target tinggi sangat pun. Agak-agak B+ pun dah ok, still lagi dapat maintain 3 pointer ke atas.

Eh tetiba berdebor pulak. Terus sign off. Tatah.

Wednesday, June 27, 2012

Tindakan semasa jerebu


Durian

Malam tadi misi mencari durian telah dijalankan. Mission accomplish.

Dari minggu lepas aku dah bising-bising nak makan durian. Padahal baru je melantak musang king minggu sebelum tu. Cik abang beli paket-paket kat Carrefour. Dia bagi aku sepaket. Sepaket je dah 20henget lebih, isi ada lah dalam 3-4 ketul kecik-kecik. Punya mahal tapi nasib baik sedap dan paling penting FREE. Kekekeke..

Malam tadi misi mencarik durian bersama cik abang. Kitorang carik kat Tol Bangi je. Nasib baik ada. Mula-mula ingat nak beli musang king. Musang king sekilo dia letak 28henget. Ada 3 bijik kecik je timbang dah 4 kilo tak ke dah 112henget? Melampau lah pulak. Ambik yang durian lain pulak, ntah spesis apa aku tak dengar apek tu cakap. Murah tak murah lah, sekilo 12henget. Beli 2 bijik 5 kilo dah 60 henget dapat diskaun 2henget. Kira ok lah, isi tebal, pahit-pahit sikit, memang tekak aku lah. Tu pun berjaya makan sebijik je makan berdua. Sebijik lagi nak makan malam kang. Kencing pun bau durian je. Sendawa jangan cakap lah. Dah minum air badak pun mamai lagi kepala aku. Hahahaha..

Apek tu cakap durian tu Raub mari. Perak dah musim ke weh? Teman nak balik kampung ni... 

Tuesday, June 26, 2012

Lega

Viva presentation dah setel. Punyalah tergagap-gagap sebab berdebar punya pasal. Start pukul 8.30 tapi group aku last sekali. Pukul 10 lebih gitu baru dapat present. Dah lah panel ada 3 orang, mana tak mengelabah??? Soalan bukan main banyak dow. Tapi alhamdulillah panel semuanya baik-baik belaka. Kelakar dan banyak bagi pandangan dan tak tanya merapu-rapu. Tengs jugak pada partner aku, Sarah yang banyak membantu aku yang mengelabah ayam ni. Huhuhu

Habis je presentation terus makan nasik lemak dalam lab. Punya kebulur dari pagi tak makan lansung. Aku lak dan-dan tu lah terceri-berinya. Berdebar punya pasal sampai nak bergambar dengan PM Dr Raufu Ambali kitorang punya lecturer merangkap supervisor pun tak sempat. Dah takde kenangan. Uh sedihhh...

Balik tu kitorang pergi melantak pizza kat Kajang. Si mak buyung tu lah teringin katanya. Aku yang mula-mula kata kenyang lagi tu cakap je...habis gak pizza aku kerjakan. Dasar kuat makan kan? Boleh pulak terjumpa pasangan 'manisnya kurma ini" dalam tu. Dorang satu family makan pizza sebelah meja kitorang. Kecik je Ustazah Nor Bahyah tu rupanya. Memula aku perasan laki dia. Aku cakap kat Sarah, "wei tu bukan laki manisnya kurma itewww...??" "Manisnya kurma ini lahhhh!!!" "Oh silapppp..." Ingat nak tangkap gambar dengan dorang tapi macam tak sopan lah pulak kan time orang nak makan ko beria-ia nak berposing bagai. So akhirnya kitorang blah tanpa berkata apa-apa. Ececeyyy...

Lepas tu pergi Tesco Kajang pulak. Sarah nak membeli-belah barang dapur katanya. Aku pun terjebak sama. Siap beli ground cinnamon kunun nak buat apple and cinnamon toasties macam dalam Happy Ichigo tu buat. Nampak lazat sangatttt...errr bila? bila? bilaaaaaa??? -___-

Balik je dah seret kaki. Penat kemain kot. Bangun sikit punya subuh, balik umah malam. Malam tu tido awal. Hati pun punyalah lega kemain lagi sebab viva dah setel. Pasni cuma nak antar yang hardcover binding. Semalam Sarah dah antar buat hardcover kat Seksyen 2. Sok or lusa aku ambik dan terus antar kat Dr Raufu. Pasni nak standby stadi paper micro eco pulak. Harap-harap semua berjalan dengan lancar. Pastu boleh kawinnnn...eh tak tak. Rahsiaaaaaa.... Hew hew hew

Friday, June 22, 2012

Butterflies in my stomach

Besok pagi-pagi ada viva presentation research report. Kecut perut dah ni. -___-

Kbai.

Friday I'm in Love

Syok pulak tengok citer ni malam tadi kat TV9. Rasanya start jam 8.30 malam. Tapinya...aku tengok dekat nak abis. Si Awang yang mencari cinta. Hari jumaat dapat cinta baru, hari khamis dah putus. Izara malam tadi pun ada. Kelakar dan comel. Baru 1st time tengok pun. Wajib tonton ni... Huhuhu

Aduh sakit perot pulak. Gara-gara Appleslym lah ni. Permisi dulu ya...

Thursday, June 21, 2012

Kenapa nak single?



Manisnya kurma itewwww...

Aku dah tengok Semanis Kurma ni dalam tv hari tu. Saja nak tepek kat sini pulak. Boring pulak dok buat kerja je. Layan Youtube lah kejap.

Takda siapa yang nak hidup membujang sampai ke tua. Ada...bukan takda. Tapi kat luaran nampak je happy tu, ce tengok dalaman dorang. Sikit sebanyak ada jugak terasa, terpilu tengok orang lain bahagia bersama keluarga, yang kita pulak dok kerja, kerja, balik umah terbongkang. Takda apa nak buat kan. Nak keluar ngan kawan hari-hari tu letih jugak. Jodoh tu tak sampai-sampai lagi. Mungkin tersesat jalan kot. Apa yang penting kena redha dan berusaha. Ececeh nasihat. Padahal aku pun sama. Jodoh depan mata tapi liat bebenor. Mak aku pun taktau nak kata apa dah. 

Aku bercakap ni sebab terdengar orang sebelah dok buat ketupat pasal pompuan lambat kawin. Wah kemain meriah kerja-kerja ketupat mereka. Siap naik nama makcik si jemah lah, kakak si polan lah, nama Nasha Aziz pun naik kauuuu... Hahaha. Aku senyap je. Malas nak join kang terasa hati pulak.

Allah bagi rezeki pada umat dia dalam pelbagai bentuk. Ada dalam bentuk kebahagian, perkahwinan, anak, kerja, pangkat, duit banyak....macam-macam. Mungkin rezeki aku bukan dalam bentuk perkahwinan, tapi bentuk-bentuk lain banyakkkkkkkk... Syukur alhamdulillah.

Ketupat bukan mengumpat

Pagi tadi datang lambat. Sakit perut punya pasal sebab berbuka makan mempelam. Bergelodak isi perut. Dah tu pulak hujan lebat. Dapat sambung tido sedap gak ni. Kenapa lah hari ni hari khamis bukan sabtu atau ahad? Demmm.

Sampai ofis dekat pukul 9. Jalan relaks je. Gila sengal kan. Lantak lah orang nak cakap apa. Aku dah malas nak hidup dengan cakap-cakap orang. Janji kerja aku siap on time. Gaji aku bukan dorang bayar kan? Gomen bayar a.k.a korang-korang jugak yang bayar. Wakakaka. Eh.

Masing-masing layan blues je tadi. Faktor hujan ke atau faktor malas tu tak pasti. Ada yang tekun tengok pc, ada yang tekun membuat ketupat, ada yang tengah godek-godek beg duit. Ntah carik apa ntah dalam beg tu, carik duit selit-selit gamaknya. Maklum lah gaji minggu depan, tinggal balance-balance duit syiling je ada pun.

Tadi ada kawan citer. Bos dia kemain lah berlagak pernah pergi oversea. Boleh pulak sebelum dorang meeting bos dia siap buat tayangan slide gambar dia gi oversea. Gila saiko tak? Ok lah positif. Mungkin dia nak menaikkan semangat anak buah dia kot. Takpun dah takde sapa, so terpaksa share ngan anak buah. Kot lah. Memang takda salah dia nak eksyen, tapi nak eksyen pun biar lah berpada-pada. Kalau pergi tu sendiri tanggung pakai duit sendiri takpe jugak, ni gomen yang tanggung ok. Tu pun oversea bukan ke london ke, jerman ke, usa ke tapi ke india, thailand, indonesia je pun. Eh kalau bandung ok pe boleh shopping. Hahaha. Ok mungkin dia dapat jugak pergi. Kau ada? Oh ada aku kesaaahhhhhh... Dengar citer jugak dia dok melobi satu jawatan kat jabatan tu. Siap bagi-bagi hamper lagi. Macam-macam hal politik kat ofis ni. Bosang...bosang... 

Ni bukan mengumpat ye, ini ketupat. :-)

Wednesday, June 20, 2012

Positif kah aku?


Dah beberapa kali jadik camni. Padahal masa kena tu dah nasihat banyak kali pada diri sendiri jangan jadik lagi, beringat, jangan jadik lagi... alih-alih kang sama jugak. Sah makan semut satu tong, pelupa sangat.

Banyak benda dah aku buat silap. Banyak kali jugak beringat supaya benda tu tak berulang lagi. Tapi kita kan manusia. Tak pernah lari dari buat kesilapan yang selalunya kita sendiri yang carik masalah tu. Macam aku, kalau benda tu jadik sebab kebodohan aku sendiri memang sampai mati aku ingat. Terngiang-ngiang di ingatan gitew. Pastu mula lah meraban mensalahkan diri sendiri. Tapi nak salahkan diri sendiri pun benda dah jadik kan? Kena jugak belajar redha terima benda tu seadanya. Walaupun dalam masa yang sama susah bebenor nak melupakan. Kalau sekali-sekala benda tu terflash back balik, aku cuba tarik nafas panjang-panjang, dalam-dalam...dan cuba taknak ingat (kununnya padahal benda tu akan ulang tayang balik). Pandai-pandai lah handle ok. 

Dah sebulan benda bodoh ni asyik dalam ingatan aku. Salah sendiri. Yang nyata pasni aku takkan percayakan orang dan akan lebih berhati-hati. Cilakatak.

Redho. 

Sila go away plis... 

Tuesday, June 19, 2012

Sikit je

Ingat nak buat entry lagi. Kamera dah bawak. Kabel tinggal kat rumah. Hampeh kan?

Aku puasa ganti lagi hari ni. Ingat nak direct sampai hari khamis pastu sambung lagi minggu depan. Siapa suruh ponteng kan? Eh ini ponteng halal, takpe. 

Dah tutup lampu lah pulakkkk...baru nak menceceh. Penjimatan punya pasal.

Okbai.

Sediakan bekas sebelum baca

Serius ni. 

Sediakan bekas sebelum mula membaca. Mana tau kot-kot ada yang termuntah hijau. Aku baru nak belajar menromantikan diri ni. Buwekkk


Lately aku sensitif sangat. Merempan tak abis-abis. Hari elok, sok kang marah balik. Malam ni hangin, sok pagi kang ok. Faktor usia kah? Ke perangai mengada-ngada mengalahkan budak?

Contoh, pagi tadi dia call. Baru syok aku nak bercerita dia diam macam tengah sibuk buat kerja. Terus mati mood nak bercerita. Tang tu suara pun dah tukar tune. Darah naik ke muka. Sakit hati lah pulak. Padahal hal kecik je kan? Efeknya sampai ke malam kang.

Aku perasan jugak, dengan dia ni aku sangat banyak mencari pasal untuk bergaduh. Agaknya sebelum ni aku banyak bersabar, banyak memendam rasa, banyak mengalah. So yang ni aku nak pulun keluar kan semua sekali. Sampai puas hati. Keji kan?

Aku taknak macam ni sebenarnya. Letih bai. Ingat merempan-merempan ni tak penat ke? Penat otak, muka kedut, tak berseri dah asyik monyok je. Dah tak ceria hidup aku. Dan aku taknak sebab sikap buruk aku ni hubungan kitorang terjejas dan berakhir dengan sad ending. Tamau, tamauuuuuuu...

Tarik nafas panjang-panjanggggg... hembusssssss...
Istigfar banyak-banyak.

Saya marah-marah tak bermaksud saya tak sayangkan awak. Saya yang bersikap buruk. Bantu saya ok.

Sarang heyo, joesonghamnida... I love u, i am very sorry... :(


Monday, June 18, 2012

Makin botak kepala aku

Mana taknya...asyik-asyik megi megi megi... Bukan boleh ada stok megi kat umah. Selagi tak abis asyik ulang makan tu je. Jap kang megi goreng, jap kang megi sup, jap kang rendam pulak. Haih dah lah masalah keguguran rambut semakin berleluasa ni. Macam-macam produk rambut dah beli, tinggal tak pergi Yun Nam Haircare je.


 Apa motip ko letak frame minah bunga ni hah?

Ni kelmarin punya menu tengahari. Sanggup bawak megi datang ofis sebab malas nak singgah beli makanan, boleyyyy???

Megi rendam je pun tapi nampak sedap kan? Jangan tipuuuuu...tu telan air liur tu haaaaaaa...

Kelmarin datang ofis dah petang pun. Sementara nak tunggu kawan aku datang sempat jugaklah siapkan kerja sikit. Pastu kawan dah datang setelkan tesis sampai ke pukul 8. Patutnya hantar 20hb kang tapi aku dengan Sarah ni partner jarak jauh so susah sikit lah. Nak tak nak kena siapkan sabtu tu jugak sebab ahad nak kena hantar kat lecturer untuk confirmation. Ahad pun kebetulan aku ada kelas last so bagus sangat lah tu kan. Pasni standby untuk presentation tesis sabtu ni dan final exam 2 Julai kang. Pastu insyaAllah horey horeyyyy...

Eh aku puasa ganti hari ni. Ok nak balik memasak. Ecewahhh 


Tuesday, June 12, 2012

Ini bukan SPAM

Ada 2 entry spam aku dah remove semalam. Password blog pun dah buat baru. Habis emel aku kena hacked. Ajenye gampeng. Tu pun aku sedar ahad hari tu bila Sarah bukak emel dia ada emel dari aku. Menatang apa ntah dia tulis. Berbaur porno gak lah. Mentang-mentang aku buta IT, sesuka je dia memperalatkan akaun emel aku. Cis bedebah!

Minggu lepas, dalam sejarah aku kena sakit mata. Selama aku hidup membesar sihat dengan jayanya ni tak pernah okey kena sakit mata. Kalau alergik, lambat bukak contact lenses tu lain cerita lah. Ni piaw punya sakit mata. Tapi alhamdulillah jugak sebab sakit mata aku ni bukan hardcore punya yang bertaik mata 24jam, kalau bongkok sikit je rasa mata nak tercabut keluar or gatal-gatal cam nak korek je bijik mata tu. Oh no no. Nasib baik tidak. Lupa pulak nak snap gambar time sakit mata hari tu kan, aisey...

Aku dah malas nak memekak dalam blog ni. Rasa nak close terus pun ada. Tengok ar camna nanti...