Thursday, May 3, 2012

Penimbang

Feningggg...feningggg...

Berat badanku semakin mencanak-canak naik. Pakhal weh? Aiks, lagi mau tanya. Time mentedarah tak ingat pulak ek. Sampai ofis jam 8 dah sibuk tanya kawan nak makan apa. Nasik lemak lauk kerang, ketiaw goreng, karipap sardin, roti canai bla bla bla... Acane nak kurus? Semua bikin lemak belake. Senam lagi lah takleh harap. Hok alohhhh...bak kata Johan.



Baru beli penimbang ni kat Guardian Presint 8 last week. Dengan harapan boleh membuat kawalan berat badan secara berkala. Tapinya...orang suruh timbang seminggu sekali. Ni takkkkkk...tiap-tiap hari dok atas penimbang. Bila berat bertambah, mula salahkan penimbang cap murahan. Bila maintain, urut dada kunun berjaya walaupun makan banyak tapi berat tak naik. Bila berat kurang, terbuntang mata tak percaya pastu muka berseri-seri sebab dah berjaya kurus tanpa perlu kawal makan dan bersenam...padahal lupa nak ekjas jarum kat 0. Puiiiii...

Setakat ni berat aku kat angka 69. Aaaaaaaaa pitammmmm... @_@

1 comment:

Nicaa said...

hahhaha.. eh penimbang tu salah kot... :P