Friday, May 4, 2012

Bengkel Rapi dan membebel sikit jer


Baca dalam facebook Majalah Rapi hari tu. Depa nak buat Bengkel Rapi Fun, Fit & Gorgeous You pada 9 Jun 2012 ni kat Karangkraf Shah Alam. Dah lama memendam rasa nak join sekali. So semalam chat dengan bebehku, Emmy kot-kot dia nak temankan aku. Dah lah ajak orang, pastu suruh orang tu call pejabat Rapi tanyakan kot ada yuran kena bayar. Punyalah gadis pemalu kan? Seperti sangkaan. Kena bayar yuran rm100 seorang ye. Terus berkira-kira.


Nak pergi ke tak eh?


Walaupun gaji dah naik 13%, belanja paras-paras idung je ni. Lori nak pindah barang pun belum carik. Perjalanan tak sampai 10 minit letak sampai 300. Barang bukan banyak pun. Mahal gilerrrr dowwww... Sesapa ada lori 1 tan ke, Triton ke, Hilux ke dan se-spesis dengannya untuk angkut barang aku? Kasik murah sudah lah... harga kawan-kawan. ;)

No comments: