Friday, April 27, 2012

Snogurt

Bulan lepas baru perasan ada kedai baru kat area Presint 15. Kedai tu belum ada signboard. Tapi design dia yang berkaler-kaler tu buat aku tertarik. Snogurt nama dia. Ala-ala Tutti Frutti aku tengok. Masa tu belum rasa nak masuk lagi, jenguk-jenguk dari luar je. Konsep pun macam TF jugak.

Hari tu boring nak balik rumah awal aku singgah Snogurt jap. Kedai dia depan Mydin je, sebelah kedai karpet. Signboard still belum pasang.


Snogurt (Snoggy Yogurt)

Kat situ ada 8 perisa. Tapi yang availabe cuma 6. Ada Vanilla, Chocolate, Mango, Wild Berries, Strawberry dan Banana. Aku pilih dua perisa. Wild Berries dengan Strawberry. Pastu tabur chocolate chips cam biasa aku dok tabur kat TF. Dalam gambar tu Cup D. Eh tak tak... Cup saiz besar (large) kot. Satu saiz tu yang ada nye pun. Aku punya cup ni total rm13.70. Ni kalau kat TF tak dapek jang...

Ok boleh layari laman web Snogurt  dan facebook Snogurtfan untuk maklumat lanjut. :))






1 comment:

~ eMaSuSiLa ~ said...

cup D?? besar punya :D