Monday, April 23, 2012

Putihkan ketiak

Kelakar kot. Eh belum cerita dah kelakar. Ntah kelakar, ntah tidak.

Semalam shopping kat Pasaraya Darussalam dengan cik abang. Malas nak pergi jauh-jauh sebab bukan nak beli banyak barang pun. Dalam dia sibuk mencari barang, aku pun tumpang sibuk jugak carik barang sendiri. 

Carik punya carik tu ternampaklah kapur sirih. Ala kapur dalam bekas untuk orang makan sirih tu hah. Dah lama sebenarnya aku dok mencari kapur ni. Alang dah nampak tu aku rembat masuk dalam raga barang cik abang sekali. Dia tanya, ape tu? Aku sengih-sengih, kapur..aku jawab slow je. Nak buat apa dia tanya lagi. Ada lah...petua-petua, aku jawab slow. Elehhhh...nak putihkan ketiak lah tu. Kuat dowwww... Sambil gelak-gelak besar. Cisssss... Mana tau ketiak aku itam? Skodeng eh? Kuang asam betul lah mamat nih. Pantang orang ambik limau nipis dengan kapur sirih nak putihkan ketiak. Tapi memang betul pun. Hahahhahaha...

Ketiak aku takde lah itam sangatttt. Saje nak try petua tu menjadik ke tidak. Bak kata cik abang, nama pun ketiak takkan nak licin macam dahi. Hewhewhew.


p.s. Ada sebab Allah bagi ketiak kita tak putih licin, taknak bagi kita pakai sleeveless tunjuk aurat ketiak. :p

No comments: