Thursday, April 19, 2012

Lesen Memandu

Aku tengah rajin ni. Gelap-gelap pun gigih menaip walaupun asyik backspace delete typing error. Ofis aku mengamalkan jimat tenaga di waktu tengahari. Hehehe.

Tadi renew lesen memandu. Boleh pulak terlepas pandang lesen tu dah mati 12 haribulan lepas. Ingatkan semalam. Semakin pelupa. Adakah faktor usia? Selamba je bawak kereta kulu-kilir pergi kelas. Abis kelas pergi pasar kat Stadium Shah Alam pulak. Tapi kelakar. Nak beli ironboard ikea sekali tengok dalam beg duit duit tinggal 7 henget. Terus cover kat pakcik tu kata duit tertinggal dalam kereta. Padahal cabut terus. Kahkahkah. Lawak atau sadis? Pastu pergi Tesco Shah Alam pulak. Ingat nak keluarkan duit tapi menyimpang beli roti. Ada lah berapa minit je kot parking situ terus pergi Jusco Equine Park pulak. Bukan beli apa pun. Ingat nak cuci kereta, sekali tak bukak. Tak perasan lagi tu lesen dah mampus. Nasib baik pakcik polis tak tahan. Huhuhu.

Pasal renew lesen balik. Malas nak pergi Alamanda, aku pergi pos ofis kat JPM je. Orang pun tak ramai. Cuaca pun elok sebab pagi tadi hujan kan. So redup je tak berkepam ketiak. Mula-mula tanya kalau renew dua tahun berapa henget. Akak tu kata 60 henget plus pelarasan tamat lesen ikut tarikh lahir 15 henget. Dalam beg duit ada 60 henget je ni. Pemalas nak keluarkan duit. Padahal dah sengkek. Tunggu masa je ni. Alih-alih renew setahun je lah. -_-"

Begini pengiraannya adik-adik;

Tamat lesen : 12.04.2012
Renew lesen : 19.04.2012 - 29.03.2014 (dia mula tarikh kau renew lesen)
Kiranya dapat lah dua tahun jugak kan lebih kurang.

Kadar setahun : RM 30
Pelarasan tamat lesen ikut tarikh lahir : RM 15
Kos proses : RM 2

Kalau nak dua tahun ke, tiga tahun ke, seploh tahun ke kau tambah lah ikut kadar setahun tu.

Iklan khidmat masyarakat : Jangan lupa perbaharui lesen memandu anda. Nanti kena saman padan muka. Harharharun...


1 comment:

SAYA BUKAN SAMDOL said...

ya Allah nasib baik igt pasal lesen tamat bulan 5 nanti haha makasih