Tuesday, April 17, 2012

Belajar


Kalau takda aral melintang patah, ini semester akhir degree aku. Mintak mintak lah semuanya ok. Empat tahun setengah dah kot. Lemau ahkak.

Abang pun ada cakap nak sambung belajar jugak. Tengah apply HLP JPA. Aku cam ooooo...eeeeee... Dalam bagi sokongan tu terpikir jugak lambat lagi lah aku kahwin. HAHAHA.

Mak dah semakin bingit. Mana taknya, anak saudara lelaki dah nak bertunang bulan lima ni. Umur baru 25 kot. Bulan enam pulak adik lelaki aku pun nak bertunang jugak. Umur baru 26 kot. Kemain rancak mak aku bercerita. Aku senyap. Kang dah mula bercakap kang macam laser... bertubi tubi mempertahankan diri. Ada jugak yang jadik anak derhaka kang.

Bab kahwin ni susah nak cakap lah. Senang cakap, kalau aku sorang yang nak tapi sebelah pihak taknak. Aku nak buat camna dow? Macam anak saudara dan adik aku tu. Dorang lelaki. Dorang yang buat keputusan samada nak masuk meminang atau tidak. Ditambah dengan desakan si perempuan jugak. Maksudnya dua dua dah bersedia. 

Aku dah lama sedia. Walaupun bab memasak tu macam ala ala je kan. Tapi kawan kawan yang dah kahwin kata lepas kahwin kang bab bab memasak ni akan jadik terrer. Itu aku pegang.

Rumusan disini, setiap ketentuan semua kehendak Allah swt. Mungkin ada rahmat disebalik semua ini. Aku sebagai hamba, dalam pada berserah tu kena jugak berusaha. Yetak?

Dalam pada tu, ada jugak tergerak dalam hati macam taknak pergi masa meminang tu. Tapi, jahat sangat rupanye. Keluarga tu beb!!!! Astagfirullahalazim. 


2 comments:

EMMYMAZLI said...

abg mana yg nak sambung belajar tu?? abg "R" ke? alaa... apa susah... terus terang jer leee... kalau tak nnt ko jadi tukun tau beh...

nkara said...

aku dah cakap beh...takan nak ulang 46kali kot...huhu