Friday, April 27, 2012

Snogurt

Bulan lepas baru perasan ada kedai baru kat area Presint 15. Kedai tu belum ada signboard. Tapi design dia yang berkaler-kaler tu buat aku tertarik. Snogurt nama dia. Ala-ala Tutti Frutti aku tengok. Masa tu belum rasa nak masuk lagi, jenguk-jenguk dari luar je. Konsep pun macam TF jugak.

Hari tu boring nak balik rumah awal aku singgah Snogurt jap. Kedai dia depan Mydin je, sebelah kedai karpet. Signboard still belum pasang.


Snogurt (Snoggy Yogurt)

Kat situ ada 8 perisa. Tapi yang availabe cuma 6. Ada Vanilla, Chocolate, Mango, Wild Berries, Strawberry dan Banana. Aku pilih dua perisa. Wild Berries dengan Strawberry. Pastu tabur chocolate chips cam biasa aku dok tabur kat TF. Dalam gambar tu Cup D. Eh tak tak... Cup saiz besar (large) kot. Satu saiz tu yang ada nye pun. Aku punya cup ni total rm13.70. Ni kalau kat TF tak dapek jang...

Ok boleh layari laman web Snogurt  dan facebook Snogurtfan untuk maklumat lanjut. :))






Monday, April 23, 2012

Putihkan ketiak

Kelakar kot. Eh belum cerita dah kelakar. Ntah kelakar, ntah tidak.

Semalam shopping kat Pasaraya Darussalam dengan cik abang. Malas nak pergi jauh-jauh sebab bukan nak beli banyak barang pun. Dalam dia sibuk mencari barang, aku pun tumpang sibuk jugak carik barang sendiri. 

Carik punya carik tu ternampaklah kapur sirih. Ala kapur dalam bekas untuk orang makan sirih tu hah. Dah lama sebenarnya aku dok mencari kapur ni. Alang dah nampak tu aku rembat masuk dalam raga barang cik abang sekali. Dia tanya, ape tu? Aku sengih-sengih, kapur..aku jawab slow je. Nak buat apa dia tanya lagi. Ada lah...petua-petua, aku jawab slow. Elehhhh...nak putihkan ketiak lah tu. Kuat dowwww... Sambil gelak-gelak besar. Cisssss... Mana tau ketiak aku itam? Skodeng eh? Kuang asam betul lah mamat nih. Pantang orang ambik limau nipis dengan kapur sirih nak putihkan ketiak. Tapi memang betul pun. Hahahhahaha...

Ketiak aku takde lah itam sangatttt. Saje nak try petua tu menjadik ke tidak. Bak kata cik abang, nama pun ketiak takkan nak licin macam dahi. Hewhewhew.


p.s. Ada sebab Allah bagi ketiak kita tak putih licin, taknak bagi kita pakai sleeveless tunjuk aurat ketiak. :p

Thursday, April 19, 2012

Lesen Memandu

Aku tengah rajin ni. Gelap-gelap pun gigih menaip walaupun asyik backspace delete typing error. Ofis aku mengamalkan jimat tenaga di waktu tengahari. Hehehe.

Tadi renew lesen memandu. Boleh pulak terlepas pandang lesen tu dah mati 12 haribulan lepas. Ingatkan semalam. Semakin pelupa. Adakah faktor usia? Selamba je bawak kereta kulu-kilir pergi kelas. Abis kelas pergi pasar kat Stadium Shah Alam pulak. Tapi kelakar. Nak beli ironboard ikea sekali tengok dalam beg duit duit tinggal 7 henget. Terus cover kat pakcik tu kata duit tertinggal dalam kereta. Padahal cabut terus. Kahkahkah. Lawak atau sadis? Pastu pergi Tesco Shah Alam pulak. Ingat nak keluarkan duit tapi menyimpang beli roti. Ada lah berapa minit je kot parking situ terus pergi Jusco Equine Park pulak. Bukan beli apa pun. Ingat nak cuci kereta, sekali tak bukak. Tak perasan lagi tu lesen dah mampus. Nasib baik pakcik polis tak tahan. Huhuhu.

Pasal renew lesen balik. Malas nak pergi Alamanda, aku pergi pos ofis kat JPM je. Orang pun tak ramai. Cuaca pun elok sebab pagi tadi hujan kan. So redup je tak berkepam ketiak. Mula-mula tanya kalau renew dua tahun berapa henget. Akak tu kata 60 henget plus pelarasan tamat lesen ikut tarikh lahir 15 henget. Dalam beg duit ada 60 henget je ni. Pemalas nak keluarkan duit. Padahal dah sengkek. Tunggu masa je ni. Alih-alih renew setahun je lah. -_-"

Begini pengiraannya adik-adik;

Tamat lesen : 12.04.2012
Renew lesen : 19.04.2012 - 29.03.2014 (dia mula tarikh kau renew lesen)
Kiranya dapat lah dua tahun jugak kan lebih kurang.

Kadar setahun : RM 30
Pelarasan tamat lesen ikut tarikh lahir : RM 15
Kos proses : RM 2

Kalau nak dua tahun ke, tiga tahun ke, seploh tahun ke kau tambah lah ikut kadar setahun tu.

Iklan khidmat masyarakat : Jangan lupa perbaharui lesen memandu anda. Nanti kena saman padan muka. Harharharun...


Perak

Brrrrrr...sejuk gila mehhh. Hujan subuh lak tu. Kenapa lah kau turun pagi ni? Kenapa tak turun hari sabtu ke, ahad ke. Bikin aku rasa rugi nak bangun pagi pergi kerja.

Sonot lah orang-orang Perak sekalian. Cuti umum hari ni ek. Birthday Sultan Perak kata kan. Warga Perak yang merantau cam aku ni kena lah sambung kerja. Tapi takpe, hari tu hari wilayah kami dah bedal. Muehehehe.



Dirgahayu Tuanku!

SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM
SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH

Sumber : Sultan.Perak


Wednesday, April 18, 2012

Rintihanku


Kemain sekarang ye pengguna-pengguna android semua. Kalian dah boleh ber-Instagram bagai. Takyah ada iPhone pun mampu. Aku pulak ntah bila nak mampu ntah. Selagi takde orang bermurah hati nak meng-upgrade henpon makcik ni memang takde lah maknanyaaaaaaaaaaaaaaaaaa... Wah kemain panjang 'a' disitu.

Bila nak dapat iPhone ni... Takpun Samsung ke... Blackberry pun boleh lahhhh...

Dengar ke tidakkkkk???

Tuesday, April 17, 2012

Belajar


Kalau takda aral melintang patah, ini semester akhir degree aku. Mintak mintak lah semuanya ok. Empat tahun setengah dah kot. Lemau ahkak.

Abang pun ada cakap nak sambung belajar jugak. Tengah apply HLP JPA. Aku cam ooooo...eeeeee... Dalam bagi sokongan tu terpikir jugak lambat lagi lah aku kahwin. HAHAHA.

Mak dah semakin bingit. Mana taknya, anak saudara lelaki dah nak bertunang bulan lima ni. Umur baru 25 kot. Bulan enam pulak adik lelaki aku pun nak bertunang jugak. Umur baru 26 kot. Kemain rancak mak aku bercerita. Aku senyap. Kang dah mula bercakap kang macam laser... bertubi tubi mempertahankan diri. Ada jugak yang jadik anak derhaka kang.

Bab kahwin ni susah nak cakap lah. Senang cakap, kalau aku sorang yang nak tapi sebelah pihak taknak. Aku nak buat camna dow? Macam anak saudara dan adik aku tu. Dorang lelaki. Dorang yang buat keputusan samada nak masuk meminang atau tidak. Ditambah dengan desakan si perempuan jugak. Maksudnya dua dua dah bersedia. 

Aku dah lama sedia. Walaupun bab memasak tu macam ala ala je kan. Tapi kawan kawan yang dah kahwin kata lepas kahwin kang bab bab memasak ni akan jadik terrer. Itu aku pegang.

Rumusan disini, setiap ketentuan semua kehendak Allah swt. Mungkin ada rahmat disebalik semua ini. Aku sebagai hamba, dalam pada berserah tu kena jugak berusaha. Yetak?

Dalam pada tu, ada jugak tergerak dalam hati macam taknak pergi masa meminang tu. Tapi, jahat sangat rupanye. Keluarga tu beb!!!! Astagfirullahalazim. 


Monday, April 16, 2012

Kaolaurier FREE Sample


Hi Everyone, we are giving out sample on our latest product - Laurier Perfect Comfort! Click on link below to find out how to get a sample and how you can stand a chance to win an iPad 2! 



Nak dapat iPad2 tu macam payah sikit. Tapi kalau takat nak dapatkan sample tuala wanita tu ok lah. Tak susah mana pun. Klik je link kat atas tu. Isi details sikit done. Tunggu je lah seminggu dua kot sample tu sampai. 

Sekarang pad Laurier ni dah tak renyah. Dulu ingat lagi kemain benci betul bila tang nak mencuci kotoran tu. Ada gel lah ape lah. Nak basuh pun geli kan? So kureng lah sikit nak guna brand ni. Macam-macam brand aku pernah pakai. Tapi sekarang kalau tak Laurier, aku carik Kotex. Sebab dah senang nak cuci. Maklum lah akak kan bizi. Pftt.

;)



Thursday, April 12, 2012

Baskin Robbins


Lupa nak say big thanks pada Rabster sebab belanja Baskin Robbins hari tu. Errr...belanja ke kena pow? Muehehehe. 

Eh pehal kau privatekan blog? Tak invite aku pun. Kuangjak.



Kitorang beli yang handpacked ice cream in pints. Aku ambik flavors Cherry Jubilee + Black Forest. Dah beli BR angkut ke McD pulak. Again, kena pow lagi. Tak tak. Dia kata belanja sempena birthday aku. Wah so suwit wewit. 



Pasni nak beli yogurt flavor pulak. Taklah manis sangat kot. Hari tu punya 3 hari baru habis sebab very manis + makan sorang. -_-"


Tuesday, April 10, 2012

Sesiapa Berminat


Klik gambar kalau tak jelas penglihatan.

Cedok dari emel ofis semalam. Hari ni baru nak post entry. 

Kot ada sesiapa lagi yang berminat nak menyertai Program Selangkah Ke Alam Perkahwinan 2012 a.k.a program kahwin beramai-ramai secara 100 pasangan serentak. Masih dibuka sehingga besok yakni 11 April 2012

Nampak cambest kan? Ada ke yang nak ajak aku kahwin tapinya. Oh sadface.

Oye. Besok cuti umum sempena pertabalan Yang Dipertuan Agung. Oh tang ni memang BEST.

Death By Chocolate


Tengok dalam kalender pun jadiklah.

Rakan-rakan seSeksyenan sedang rancak membincangkan berkenaan gaji baru. Bukan taknak join tapi serabutlah. Orang kewangan cakap lain, sumber manusia cakap lain. Hish.

Tekak ni teringin pulak nak melantak frozen yogurt Tutti Frutti ni. Balik karang kena singgah jap beli. Ahaaa...hari tu ada nampak kedai ala-ala Tutti Frutti jugak kat Presint Diplomatik tu. Nama dia SnowGurt. Kena cuba ni. Mana tau kalau lagi murah, lagi yummeh.. Bila sen kurang boleh kesitu pulak. Ihiks.



Monday, April 9, 2012

Ambil Hati Mertua

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.


2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.


3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.


4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.


5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.


6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.


7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.


8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.


9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.


10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.


Thursday, April 5, 2012

It's Thursday!

Tuesday, April 3, 2012

Naik bas lebih praktikal


Kali kedua naik bas di Putrajaya. Hanya bayar tambang lima puluh sen sahaja anda sampai ke destinasi. Tanpa perlu hadap jem. Tanpa perlu tekan minyak, clutch dan brek. Tanpa perlu memaki pada mereka-mereka yang biul di jalanraya.

Tapi...pastikan naik bas yang betul ye. :B


p.s. rasa best pulak naik bas. cepat dan mudah. jimat pun jimat. huhu