Monday, March 26, 2012

Tsk tsk tsk...



Budak besi membuat perangai manja beliau. Mula-mula dah hint tersengguk-sengguk. Ingatkan masalah spark plug. Bila dah tukar baru dan check, apek tu kata masalah distributor. Seketul tu kalau recond dia kata 300 jugak lah. So postpone tunggu gaji baru nak tukar. Tak sempai gaji dah breakdown depan ofis. Mengagau jugak lah suruh orang tolong tolakkan.

Suruh pomen datang tengok kat ofis sebab kereta dah breakdown. Terus tukar sebijik distributor kena 250 kau. Huwaaaa... Meleleh jugak lah air mata setitik dua mengenangkan gaji belum lagi kan. Habis terus baki dalam bank.

Baru bawak sehari, still lagi tersengguk-sengguk. Panjat bukit masuk gear dua pun punya lah mengaum. Asap putih berkepul-kepul. Dorang kata minyak hitam dah terbakar sekali. Tah lah. Aku bukan reti sangat. Aku ye kan je lah.

Takut punya pasal nak bawak kereta terpaksa jugak bawak dia pegi klinik. Terus admit ICU. Top overhaul katanya. Kena tahan dalam dua minggu jugak lah pomen tu kata. Estimate price dalam 800 - 900. Tu kalau takda apa-apa. Kalau ada apa-apa mau seribu lebih gak tu. Wah kauuuu budak besi.. Kemain kannnn!!!

Tu baru dengar gaji baru nak naik. Belum naik lagi tu. Macam-macam pulak budak ni mintak. Tak sempat mak dia nak buat wishlists. Tsktsktsk...

Malam kang makan megi lagi lah jawabnya... -_-"



No comments: