Thursday, March 29, 2012

Me + Birthday

happy birthday to me... 
happy birthday to me... 
happy birthday to me... 
happyyyyyy birthhhhdayyyyy toooooo meeeeeeee!!!




Alhamdulillah...
Allah memberi kesempatan untuk aku hidup sehingga kini.
Semoga kehidupan berjalan dengan lancar.
Semoga ada sinar disebalik semua dugaan selama ini.
Semoga dimurahkan rezeki Allah.
Semoga kesihatan berpanjangan.
Semoga bahagia yang ditunggu-tunggu akan muncul...

Aku, 
Selamat Hari Jadi yang ke-31 tahun.

Age is an issue of mind over matter.
If u don't mind, it doesn't matter.


Tuesday, March 27, 2012

Update budak besi


Pagi tadi lari jap tengok budak besi. Ape cer ntah kan. Dah lah tido luar. Kesian banyak nyamuk. Kekeekeke. 

Tadi tengok dorang dah bawak budak tu masuk. Tayar dah bukak. Dalam semua tu pun dah bukak and dah rendam. Dia cerita pasal piston. Dah goyang dia kata. So dia tanya nak overhaul turun enjin semua ke just nak tebuk. Kalau turun tu kang mau cecah 2k++ gak tu. Bajet dah lah takda ni. So suruh tebuk je lah. Tu pun makan 1k++ jugak tu kang. Adoi adoi...migrain dah menyerang ni.

Time tu aku senyap dah. Dalam kepala pusing-pusing mana nak cekau duit. Duit gaji dah lah ciput je. Tu belum bayar bil segala. Ntah apa nak makan sampai hujung bulan ni. Camne ni? Camne? Camneeeee???

Abang sayang kat sebelah sengih je. -_-"

Nampak gayanya birthday tahun ni takda hadiah lah. Aku punya birthday, si budak besi pulak dapat. Naseb nasebbb...

;(

Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...!!!


Monday, March 26, 2012

Tsk tsk tsk...



Budak besi membuat perangai manja beliau. Mula-mula dah hint tersengguk-sengguk. Ingatkan masalah spark plug. Bila dah tukar baru dan check, apek tu kata masalah distributor. Seketul tu kalau recond dia kata 300 jugak lah. So postpone tunggu gaji baru nak tukar. Tak sempai gaji dah breakdown depan ofis. Mengagau jugak lah suruh orang tolong tolakkan.

Suruh pomen datang tengok kat ofis sebab kereta dah breakdown. Terus tukar sebijik distributor kena 250 kau. Huwaaaa... Meleleh jugak lah air mata setitik dua mengenangkan gaji belum lagi kan. Habis terus baki dalam bank.

Baru bawak sehari, still lagi tersengguk-sengguk. Panjat bukit masuk gear dua pun punya lah mengaum. Asap putih berkepul-kepul. Dorang kata minyak hitam dah terbakar sekali. Tah lah. Aku bukan reti sangat. Aku ye kan je lah.

Takut punya pasal nak bawak kereta terpaksa jugak bawak dia pegi klinik. Terus admit ICU. Top overhaul katanya. Kena tahan dalam dua minggu jugak lah pomen tu kata. Estimate price dalam 800 - 900. Tu kalau takda apa-apa. Kalau ada apa-apa mau seribu lebih gak tu. Wah kauuuu budak besi.. Kemain kannnn!!!

Tu baru dengar gaji baru nak naik. Belum naik lagi tu. Macam-macam pulak budak ni mintak. Tak sempat mak dia nak buat wishlists. Tsktsktsk...

Malam kang makan megi lagi lah jawabnya... -_-"



Wednesday, March 21, 2012

Bulan Tiga

Hari ini, 21 haribulan tiga adalah hari jadi arwah Ayah. Kalau arwah masih hidup dah 87 tahun umur dia. Semoga arwah sentiasa dirahmatiNya. 

23 haribulan tiga pulak genap 6 bulan pemergian arwah.

29 haribulan tiga pulak lagi hari jadi aku. ;)

We miss you Ayah!!! 
AL-FATIHAH


Tuesday, March 20, 2012

6 Tahun


20 Mac 2006 - 20 Mac 2012


Dah 6 tahun rupanya kerja gomen. Dalam menyampah-nyampah tu kan. Eiiii...tak baik sungguh. Syukur patutnya ada kerja tetap, pendapatan tetap tiap bulan walaupun kadang-kadang dah paras masuk idung kesengkekannya. Syukur alhamdulillah ya Allah.

Kalau tak lalink aku ni post dalam fb tadi mampus aku tak ingat. Padahal tiap tahun wajib ingat tau sebab tiap tahun kitorang buat rotation celebrate anniversary ni. Tahun ni kau belanja aku, tahun depan aku belanja kau. Camtu lah tiap tahun. Tapiiiii kan... lalink aku ni berHUTANG tau. Hutang belanja tahun lepas tak settle lagi. Dengan alasan busy. Ececeyyyy... 

To my lalink Ina, happy our working anniversary... Kerja rajin-rajin ok. Aku dah boring dok sini, dah hantar surat tukar. Doakan aku dapat tukar cepat eh. Hikhikhik...

Oh lagi satu, bila ni bileeee??? Perut aku dah mintak diisi. Hewhewhew



p.s. happy 6 months anniversary too, cik abang... ;)



Kisah 3 Pontianak

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan. Terus dia berkata : “Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu?” Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, “Iya, nampak. “Satu kampung tu itu…habiissss aku kerjakan!!!!”

Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah.

“Nkorang nampak Bandar tu ?”, katanya dengan muker yg kerek “Iya, nampak”, yang dua ngangguk juga. “Satu bandar itu juga habiiissssss!!!”, kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram, "Ha ha ha hah”. Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya…

Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, “gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power”. Sambil mengosok gosok idong nya pontianak tu pun berkata , “Nkorang nampak tembok batu tu ?” “Nampak! Nampak!”, kata yang 2 ekor tu… 

“Err aku tadi tak nampak”.


Friday, March 16, 2012

Pesta Belon Panas



Pesta Belon Panas dah bermula di Putrajaya. Dari ofis dah nampak dah belon-belon panas di udara. Comel-comel. Ada si burung hantu, ada kek dua tingkat, macam-macam bentuk lah. Syok pulak tengok. Tapi nak pergi dekat tak kot. Malas pulak nak bersesak. Sejak jadi warga Putrajaya ni berlagak sungguh taknak pergi tengok. Pthuihhhh... Kang dah kena keluar dari Putrajaya kang baru lah mengelabah bersesak-sesak kan? Biasa lahhhhh tew...

Minggu ni dengan minggu depan busy menguruskan perpindahan ke rumah baru. Macam-macam pulak benda aku nak beli. Yang dah beli tu satu hal. Teruja kot dapat dok umah sendiri walaupun hakikatnya itu rumah kerajaan saje. Hakhakhak. Bulan-bulan bayar mahal woooo... Adhoiiiiii nye pon.





Jom ramai-ramai pergi tengok belon panas di waktu cuaca panas. Time hujan bahaya lah pulak kan. ;)


Wednesday, March 14, 2012

Kelas Tiga RK


Kawan sekelas dulu upload dalam fb. So aku pun upload ke sini. Untuk kenangan masa tua nanti. Eh bukan dah tua kew? Duhhhh...

Masa ni dah tingkatan tiga. Dulu tingkatan satu budak kelas tak sebanyak gini. Rancangan Khas katanya. Bukan untuk kanak-kanak kurang upaya ok, kanak-kanak genius katanya. Hukhukhuk...

Aku antara budak raksaksa masa tu. Nasib lah... Dah lah tak cantek, gemok pulak tu. Memang tak hot. Tapi itew dulu kot. Dush! Dush! Dush!!! Hikhikhikhik...



p.s. macam pernah post gambar ni kat sini. tapi malas nak carik balik. lantaklah...



Thursday, March 8, 2012

Happy Women's Day





Projek Pistol - Wanita Seluruh Dunia

Wahai wanita
Wanita yang berada di seluruh dunia
Tak kira bangsa
Umur atau rupa
Oh asalkan kau wanita

Kau buat ku gila
Bila kau menggoda
Bila kau mengada-ngada
Oh lirikan mata senyuman manisnya
Oh kau buat aku tergoda

[Korus]
Oh wanita seluruh dunia ku ingin kau tahu
Yang aku cinta kamu semua
Wahai permaisuriku
Dan walaupun ku tak mampu membahagikan diriku
Kepada wanita seluruh dunia
Lagu ini lagu cinta untuk kamu semua
Untuk kamu semua

Wahai wanita
Adakah kau mengerti apa yang aku kata
Kamu semua adalah inspirasiku bila ku berkarya
Ku tuliskan lagu hanyalah untukmu
Untuk buat hari kau ceria
Dan aku tak kisah mana kau berada
Ku ingin kau dengar ku berkata

[Ulang Korus]

Wahai wanita
Wanita yang berada di seluruh dunia
Tak kira bangsa
Umur atau rupa
Oh asalkan kau wanita

[Ulang Korus]

Lagu ini lagu cinta
Untuk kamu semua




Wednesday, March 7, 2012

Hose ke House?

Pagi pagi dah tergelak baca komen dari Cik Mai kat facebook.





Hose pun hose la Cik Mai oiiii... Hikhikhik ;p

Tuesday, March 6, 2012

Random


Banyak benda nak cerita. Tapi masa takda. Dah tu malas pun berganda ganda. Jadik marilah gunakan malas itu alasan utama belog tak ber update. Hikhikhik


Subjek untuk semester ni dah berjaya diregister. Kena jugak bawak dua paper. Satu memang wajib, satu lagi wajib plus salah sendiri. Salah sendiri sebab sebelum ni taknak clear awal awal. Dah last minute baru mengelabah. Padan muka aku. Ketawa kan aku. Ye la ye la...

Sampai sekarang tengah hangin dengan koordinator course. Last week suruh aku call balik untuk set appointment. Dari pagi semalam hingga sekarang langsung tak dapek call. Henfon off, fon ofis tak berangkat. Kemana kah dikau??? 

Minggu lepas dapat panggilan dari BPH. Dah dapat duduk kuarters. Horeyyy. Duit gaji jugak bakal mensusut berikutan pemotongan duit kuarters tersebut. Horeyyy horeyyy... ni BPH punya horeyyy lah. Tsk tsk tsk

Lepas ni kena ikat perut. Oh mampu kah? Balik kampong pun tak boleh tiap minggu dah. So mak kena datang sini kalau nak rindu kat anak dia ni. Hehehe



Arrrgggghhhh...ngantuknya bila dengar kawan sebelah berdengkur. Sedap ko tidur eh...

 


Thursday, March 1, 2012

Welcome March

I've figured out the secret of HAPPINESS.
Appreciation for what you've got whether it's a little or a lot.