Tuesday, February 21, 2012

Salah pokok rambutan kah?

Sebuah kisah sedih yang mensayatkan hati. Begini ceritanya...

Dua minggu lepas, Kak Eya datang sini ambik mak nak bawak ke Melaka. Sebelum tu singgah Felda Sungai Kelamah, Negeri Sembilan rumah mak mentua dia. Sampai pun dah petang, so terpaksa la tidur kat sana semalaman. Petang tu jugak nak bawak mak berjalan ke rumah adik dia Acik Wat kat Felda Palong kira-kira sejam jugak nak kesana.

Memandangkan kereta aku dah block kereta Bang Ajeap, so kena alih sikit ketepi. Senang bawak satu kereta je (padahal aku malas dah nak drive). Jangan bengkang-bengkok. Bawak manual pening ok.

Mula-mula gostan (reverse) ok je. Tengok belakang pakai side mirror ok jugak. Nampak macam pokok rambutan tu jauh lagi. Gostan punya gostan... Krakkkkkkkkkkkk!!!  Omaigod!!! 




Keluar kereta tengok belakang, lampu si budak besi dah bersepai. Tsk.




Rongak. Lagi rongak poket aku. Tsk. tsk. 





Tak perasan batang pokok rambutan ni sebab kena tutup dengan pokok bunga. Adoi-doi-doiiiii...




Selepas kemalangan. 

Tu pun nasib baik lampu je yang pecah. Kalau kena body tu jenuh gak nak ketuk balik, nak spray cat balik. Sampai sekarang lampu tu belum ganti lagi. Gaji belum masyuk daaaaa...

Bila nak gaji ni? 

23 haribulan katanya. 

Budak besi je la yang shopping.... Sobs sobs sobs -_-"



No comments: