Friday, February 24, 2012

Lagu frust untuk Lisa Surihani




Selamat pengantin baru untuk Lisa Surihani dan Yusry KRU ;)

Teringat pulak zaman sekolah menengah dulu-dulu. Kipas-susah-mati Yusry kot. Hahahaha. Siap kumpul segala tok nenek majalah or surat khabar yang ada gambar KRU especially Yusry. Potong gambar tampal depan pintu almari hostel. Siapa lagi banyak, lagi hot. Double extra kipas-susah-mati katanya. 

Tang lagu toksah cakap la...dah namanya peminat mesti la hafal okkkk. Bukan peminat katanya kalau nyanyi pun tak reti walaupun suara hancus. Nasib baik Yusry tak berapa pandai menari...kalau idak mau setiap steps aku hafal jugak tu. Takat menari lagu AWAS tu tarak hal la. Hahaahha. Kelakar dow.

Haih. Yusry dah dua kali kawen. Aku jugak tak kawen kawen lagi. Ingatkan dia nak masuk meminang aku. Sekalinya minang Lisa daaaa...

Pape pun, semoga perkahwinan deme ni bahagia sehingga ke hujung nyawa la hendaknya. Kepak kepak kebong kebong kepak kepak kebong kebong... Ada bunyi cam kompang tak???



No comments: