Monday, February 20, 2012

Garden Cafe

Jumaat lepas ketika orang lelaki sibuk pergi ke masjid sembahyang Jumaat, kami berlima buat-buat sibuk ke Alamanda. Plan nak pergi karaoke. Bukan aku plan, kawan aku punya plan. Aku tukang follow walaupun tau memang takkan keluarkan suara punya. Tapi nak bagi moral support punya pasal, followkan ajew.

Sampai Alamanda, lapar perut la pulak. Ingat nak masuk Johnny. Aiseh renovate la pulak. Tapak punya tapak nampak satu cafe romantika english style gitew. Kawan kata situ best. Sebelum ni pun pernah dengar cerita pasal Garden Cafe ni. Ada satu lagi kat Midvalley. 




Nak duduk kat ala-ala buaian tu tak muat sebab kami berlima. Deco dia memang cantik. Nyaman je rasa. Tak ingat pulak nama yang aku order ni. Rasanya Chicken Terriyaki kot dan air cam biasa Honey Lemon Tea. Jaga suara la kononnya kan sebelum berkaraoke tu. Muahahaha. Harga ok je. Berpatutan jugak. Nanti nak try desserts pulak. Tak sempat nak rasa cake dia. Umphhh..

Lepas makan terus pegi Superstar Karaoke. Kami booked 1 jam je. Cukup la tu. Bukan nak nyanyi beria-ia pun kan. 2 orang je nyanyi pun... yang lagi 3 tu nyanyi dalam hati.

Next plan, nak main bowling pulak. Same time, same place. Kelongkang la jawabnya! 


4 comments:

Kiera Zainal said...

Bestnye. Nice!

erkies said...

Hehee.. saya pernah dating kat situu..

Cik Rose Cute said...

follow sini...

nkara said...

erkies,
tauuuuuu... ;)