Wednesday, February 29, 2012

Leap Year


Saja taknak lepaskan peluang untuk post entry tarikh ni. Tarikh special kay. Empat tahun lepas ni baru jumpa balik. Kesian kan pada mereka-mereka yang lahir pada tarikh ni. Tiap empat tahun baru boleh celebrate birthday. Tapi takpa. Mereka pun special. ;)

Pagi tadi baru sedar cover dalam bonet belakang takda. Nope. Nope. Bukan hilang kena curik. Brader kedai Brothers Bangi terlupa pasang balik! OMG. Kalau lupa pasang benda tu ada dalam bonet takpa jugak. Ni tak pasang dan benda tu tinggal kat kedai. Boleh faham perasaan aku tak? Carelessnya sebab tak check sebelum blah. Mana taknya, ingat nak ganti lampu belakang yang pecah dilanggar pokok rambutan itu. Errr okay okay...aku yang melanggar pokok rambutan. Tunggu bukan main lama dekat 3jam gara-gara supplier dia silap hantar lampu. Dah silap tu bawak pulak lampu aku yang pecah tu sekali kununnya nak buat contoh. Tunggu punya tunggu muka memasing dah senget. Mula la rasa nak marah. Tanya punya tanya asyik on the way je. Dah hangin sangat tanya lagi suruh dia call orang tu. Rupanya kena tahan JPJ sebab dia naik motor. Tu nasib baik kena tahan JPJ, kalau terkangkang tengah jalan camno? Tunggu sampai lusa pun tak sampai-sampai. After half hour camtu dia datang. Confirm lampu yang aku nak takda. Pasang balik lampu pecah tu balik. Terus kitorang pegi makan sebab dah lapar sangat. Sarapan pun tak sebab nak settlekan lampu tu cepat-cepat baru nak makan. Alih-alih takda pulak. 

Dah satu kerja pulak aku nak pegi balik kesana jap lagi. Geramnyaaaaaaaaaa...


Tuesday, February 28, 2012

Zombie makan otak hang


Kuangjak betul si zombie ni !!!


Waktu rehat sekarang aku tak gi makan dah. Diet lah kununya. Taknak makan nasik. Padahal pepagi tadi meeting terrrr-paksa makan nasik goreng kampung dengan telor mata. Ok telah kantoi disitu kan. Jadiknya waktu senggang ni diisi dengan bermain game plants vs. zombie yang memang kuangjak punya zombie. Pantang lepa sikit habis askar-askar aku kena makan. Adoiyai.

Ok mau sambung lagi. Sejam je rehat ni. Masa itu sangat berharga. ;)




Monday, February 27, 2012

Nurul dan jawapannya

Ada sesiapa bermasalah dengan password untuk masuk ke student portal UiTM yang berwajah baru sekarang?

Nurul (sukati je aku panggil dia nurul) telah memberi bantuan pada aku tadi.




Hari ni dah start registration course untuk pelajar-pelajar lama. Line punyaaaaaaa la busy. Sampai sekarang aku takleh masuk. Dok loading memanjang. Huwaaaaaa...

Bila try login, tetiba kang appear password incorret pls try again. Kejap lagi kang boleh masuk, tetiba apprear 500, error bla bla bla... Ulang balik 48 kali tak lepas-lepas. Tadi lepas buat permohonan sticker kereta je. Aduhai.

Nak register satu subjek ni pun payah bebenor. Ingatkan lepas ofis hour orang dah kurang. Lagi sipot sedot ada la. Haih. Kena try lagi besok la. Takpon pinjam berukben housemate malam karang. Caucincauuuu..




Soal Jodoh



I LOVE U...
Tapi jodoh itu rahsia Allah 
:)

Friday, February 24, 2012

Lagu frust untuk Lisa Surihani




Selamat pengantin baru untuk Lisa Surihani dan Yusry KRU ;)

Teringat pulak zaman sekolah menengah dulu-dulu. Kipas-susah-mati Yusry kot. Hahahaha. Siap kumpul segala tok nenek majalah or surat khabar yang ada gambar KRU especially Yusry. Potong gambar tampal depan pintu almari hostel. Siapa lagi banyak, lagi hot. Double extra kipas-susah-mati katanya. 

Tang lagu toksah cakap la...dah namanya peminat mesti la hafal okkkk. Bukan peminat katanya kalau nyanyi pun tak reti walaupun suara hancus. Nasib baik Yusry tak berapa pandai menari...kalau idak mau setiap steps aku hafal jugak tu. Takat menari lagu AWAS tu tarak hal la. Hahaahha. Kelakar dow.

Haih. Yusry dah dua kali kawen. Aku jugak tak kawen kawen lagi. Ingatkan dia nak masuk meminang aku. Sekalinya minang Lisa daaaa...

Pape pun, semoga perkahwinan deme ni bahagia sehingga ke hujung nyawa la hendaknya. Kepak kepak kebong kebong kepak kepak kebong kebong... Ada bunyi cam kompang tak???



Thursday, February 23, 2012

Empat Tahun

Empat tahun dah berlalu. 

Pejam celik, pejam celik je kan? Tak sangka dah empat tahun aku sambung belajar ni. Ingatkan dulu lepas Diploma malas dah nak sambung belajar. Ingat nak kerja je. Gian nak pegang duit sendiri. Lagipun result tak berapa nak bagus. Nak belajar balik otak dah kematu kot. 

After masuk gomen aku dah niat nak sambung belajar lagi. Takan nak kerja kerani sampai pencen kan? Nak gak merasa jadik bos pulak. So lepas setahun dah kompom kerja aku apply ePJJ UiTM. Tu pun fening jugak pikir nak apply U mana. Paling murah tu la UiTM. Lagipun sebelum ni aku dari situ jugak. Masuk balik sana at least dapat credit exemption. So dah save satu semester.  

Now, tinggal satu semester lagi. Tinggal satu paper je lagi. Kelas start 1 April. Ada sebulan lagi nak berjoget joget pastu kompom kembali pening membuat tesis. Nasib baik jugak untuk tesis ni buat dua orang. Dah tentu aku berpartner ngan Sarah Ag. Terer okeih semester ni dapat straight As. Aku ado single A je. Hewhewhew. And sorang lagi sahabat aku, Idda dapat Dean's List semester ni. Tahniah korang!!! Aku tumpang bangga. Ikhlas. Kekeke.




Touch up apa yang patut sebelum exam bermula. Time paper managing change. Ni port peberet kitorang. Siap ada aircond lagi tau. Hahahaha.

Pasni dah takda final exam kat DRMM dah. InsyaAllah kita semua akan berjaya. Jom sambung joget joget!!!



Wednesday, February 22, 2012

Wow! ke tidak?

Untuk sesiapa yang takda plan nak kemana-mana hujung minggu ni boleh la bertandang ke mari. Hari tu dengar khabarnya nak ditunda ke bulan Mac. Tapi tadi tengok kat FB Perbadanan Putrajaya still lagi tarikh yang ini. Kot-kot takda hujung minggu kang korang pusing je stereng ke Alamanda. Ok tak idea aku? Muahahaha.




Karnival Wow! Putrajaya 2012 - Hot Air Balloon - Rasai pengalaman terbang tinggi di Putrajaya dengan menaiki Belon Udara Panas. 


Tarikh : 24 Feb 2012 (5.00-7.00 ptg) & 25-26 Feb 2012 (7.00-10.00 pg)
Lokasi : Tapak 5




Yayyyyy!


ALHAMDULILLAH... syukur ke hadratNya. 

Result exam dah keluar. Tengok kat emel masing-masing je. Senang. Takyah terklik-klik, menunggu loading tak ingat dalam portal tu.

Alhamdulillah semuanya LULUS dengan jayanya. Pointer pun naik. Punya la berdebar gila masa nak tengok tadi. Tapi berdebar-debar pun makan megi goreng tambah sambal paru walawei habis licin. Apa punya budak la kan. Kihkihkih.

Tinggal satu paper je untuk semester depan. InsyaAllah lepas tu grad. Yayyyyy!!! #jogetjoget



Tuesday, February 21, 2012

Salah pokok rambutan kah?

Sebuah kisah sedih yang mensayatkan hati. Begini ceritanya...

Dua minggu lepas, Kak Eya datang sini ambik mak nak bawak ke Melaka. Sebelum tu singgah Felda Sungai Kelamah, Negeri Sembilan rumah mak mentua dia. Sampai pun dah petang, so terpaksa la tidur kat sana semalaman. Petang tu jugak nak bawak mak berjalan ke rumah adik dia Acik Wat kat Felda Palong kira-kira sejam jugak nak kesana.

Memandangkan kereta aku dah block kereta Bang Ajeap, so kena alih sikit ketepi. Senang bawak satu kereta je (padahal aku malas dah nak drive). Jangan bengkang-bengkok. Bawak manual pening ok.

Mula-mula gostan (reverse) ok je. Tengok belakang pakai side mirror ok jugak. Nampak macam pokok rambutan tu jauh lagi. Gostan punya gostan... Krakkkkkkkkkkkk!!!  Omaigod!!! 




Keluar kereta tengok belakang, lampu si budak besi dah bersepai. Tsk.




Rongak. Lagi rongak poket aku. Tsk. tsk. 





Tak perasan batang pokok rambutan ni sebab kena tutup dengan pokok bunga. Adoi-doi-doiiiii...




Selepas kemalangan. 

Tu pun nasib baik lampu je yang pecah. Kalau kena body tu jenuh gak nak ketuk balik, nak spray cat balik. Sampai sekarang lampu tu belum ganti lagi. Gaji belum masyuk daaaaa...

Bila nak gaji ni? 

23 haribulan katanya. 

Budak besi je la yang shopping.... Sobs sobs sobs -_-"



Monday, February 20, 2012

Garden Cafe

Jumaat lepas ketika orang lelaki sibuk pergi ke masjid sembahyang Jumaat, kami berlima buat-buat sibuk ke Alamanda. Plan nak pergi karaoke. Bukan aku plan, kawan aku punya plan. Aku tukang follow walaupun tau memang takkan keluarkan suara punya. Tapi nak bagi moral support punya pasal, followkan ajew.

Sampai Alamanda, lapar perut la pulak. Ingat nak masuk Johnny. Aiseh renovate la pulak. Tapak punya tapak nampak satu cafe romantika english style gitew. Kawan kata situ best. Sebelum ni pun pernah dengar cerita pasal Garden Cafe ni. Ada satu lagi kat Midvalley. 




Nak duduk kat ala-ala buaian tu tak muat sebab kami berlima. Deco dia memang cantik. Nyaman je rasa. Tak ingat pulak nama yang aku order ni. Rasanya Chicken Terriyaki kot dan air cam biasa Honey Lemon Tea. Jaga suara la kononnya kan sebelum berkaraoke tu. Muahahaha. Harga ok je. Berpatutan jugak. Nanti nak try desserts pulak. Tak sempat nak rasa cake dia. Umphhh..

Lepas makan terus pegi Superstar Karaoke. Kami booked 1 jam je. Cukup la tu. Bukan nak nyanyi beria-ia pun kan. 2 orang je nyanyi pun... yang lagi 3 tu nyanyi dalam hati.

Next plan, nak main bowling pulak. Same time, same place. Kelongkang la jawabnya! 


Saturday, February 18, 2012

Lapan Belas Februari


Abang sayang,

I wish you all the HAPPINESS that you deserve...
not just on your birthday
but through the whole year!

♥ YOU... ;)

~ Sayang abang 





Friday, February 17, 2012

Terukir Di Bintang





Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu


Tuesday, February 14, 2012

Cold, Cold Heart

Bukak Google Chrome tadi nampak Google doodle video sempena Valentine's Day katanya. Ce bukak, ce bukak... Comel kot. Tapi yang ni aku amik kat youtube je. #Hewhewhew






Ok sambung kerja.

Aku tak sambut. Engkorang taktau la...


Dari zaman bercintun dulu lagi aku tak pernah celebrate benda ni. Nak celebrate apa pun kan? Boyfriend pun dah umur 22 tahun baru ada. Gila tak menarik kot aku dulu. Wakakakaka. Gelakkan diri sendiri.

Muda-muda dulu pun tak celebrate, apa kejadah pulak dah tua-tua cenggini nak celebrate pulak kan? Buang tebiat ada la. Menatang ni tak ingat, tak celebrate takpa. Janji kau celebrate aku punya birthday. Ada gak pekdahnya. ;)



Monday, February 13, 2012

Rest In Peace

Whitney Houstan dah mati rupanya semalam. \-.-/ Pasal apa dia mati sampai sekarang masih kabur-kabur. Ada yang kata berkaitan dadah lah.. masalah perkahwinan dengan Bobby Brown lah.. Pastinya dia je yang tau. Bawak semua dalam kubur.

Ni pun aku tau kat fb. Semalam ramai jugak yang post dalam fb pasal dia mati. Ingatkan menmain. Pasal mati ada ke orang buat main? Nampak nau tak up-to-date. Hewhewhew...




Pagi tadi otw ke ofis dengar lagu ni kat Flyfm. 



"If I should die this very day
Don't cry, cause on earth we wasn't meant to stay
And no matter what people say
I'll be waiting for you after the judgement day...
'Cause your love is my love
and my love is your love
It would take an eternity to break us..." :( ♥

- R.I.P. Whitney Houston (9.8.1963 – 11.2.2012) -

Thursday, February 9, 2012

Cambest je bawaku pergi ni...




Layan youtube lagi tak habis-habis. Nak story-mory takda mood kot.


Wednesday, February 8, 2012

Rajinikanth LIVE




Superb kan? Wedding ada Rajinikanth. Kau mampu???

Tapi sebenarnya ini bukan ori. Yang ori sudah tua dan sedikit gemok. Eh ke memang dah gemok? Kurang pasti di situ. ;p

Thanks Sarah... sebab ajak pergi wedding Ragu & Vasugi. First time siyut. Ekekekeke.