Thursday, January 5, 2012

Tahun Baru Ini


Lama tak update kot...


Ada ke set azam baru tahun ni? Aku sama je kot. Yang dulu pun tak berapa nak tercapai. Harap-harap tahun ni ada la rezeki lebih. Mana tau dapat mentamatkan zaman bujang. Ada jodoh tak kemana kan? Doakan je yang terbaik ok. :)))

Ingat nak buat revamp sikit kat belog ni. Ntah ada masa ke tak ntah. Tengok la nanti camna. Kalau semak je rupanya tu maknanya tengah gigih tukar layout sana-sini la tu. Dah la tak reti tapi bukan main nak tukar-tukar. Janji azam ok. Ni kira azam tahun baru jugak la ni. Heh.

Kerja di tahun baru macam biasa je. First day dah MC. Kannnnn... Awal-awal dah kelaut. Tapi niat baik tau. Bawak mak pergi medical check-up, alih-alih aku pun terjebak sama.

Masuk kerja semalam mood tarak mai. Buat kerja, kerja, kerja... Nak borak pun bukan ada orang. Semua dok sibuk uruskan persekolahan anak-anak. Yang takda anak cam aku ni kerja je la. Heh.

Hari ni mood kerja ada baik sikit. Malas nak fikir benda-benda tak penting. Masalah sentiasa ada kan? Terpulang atas kita samada pandai uruskan atau tidak. Nak serabut sangat pun bukan boleh settle time tu jugak. Baik rileks je. Sambil-sambil tu fikirkan mana yang patut. Yang tak patut kita ketepikan. Tak gitu?

Final exam pun dah dekat. Cuti pun dah apply. Minggu depan nak mentelaah habis-habisan (kununnya laaaa..). Doakan hati aku terang ok. Senang jawab soalan. Dipermudahkan olehNya. Dan dapat result gempak seh.

Terima kasih.


2 comments:

Cik Mai said...

chaiyok2..untuk exam..dan aku masih lagi bekerja..esok first paper..seram..

baincardin said...

Semoga segalanya dipermudahkan, amin...