Wednesday, January 18, 2012

Ceri Beri

Boleh pulak sang perut ni membuat onar saat-saat genting ni. Ceri beri ok. Kalau sakit lain boleh jugak mintak mc hospital kerajaan takyah ambik exam kan. Aku saspek bihun sup yang aku makan petang ahad tu. Agaknya dah tercemar. Bakteria sudah membiak-biak. Terus membiak kat perut aku pulak. Nah hasilnya... tiap jam nak ke pagi tu aku keluar masuk jamban.

Punya lah aku kontrol pemakanan taknak kena ceri beri ni. Jadik jugak tuh.. Haiyaaaaa... Dah lah paper last Seminar in Public Management petang tu. Dalam pala hotak aku nak cari pil Chi-Kit Teck Aun je. 





Macam biasa port sebelum masuk dewan exam kat kedai mamak Ali's Corner Seksyen 7. Order nasik goreng ayam mamak style. Masa dapat nasik tu aku dengan Sarah cam pelik sikit. "Nape nasik goreng ni itam?" Tanya kami kepada mamat Indon tersebut. Dia bilang, "Kan mamak tu hitam..."  Ohhh ok... T_____T

Sebelum exam tu sempat jugak lah 2-3 kali aku masuk jamban kat Dewan Raja Muda Musa tu. Alhamdulillah ceri beri tidak membuat onar semasa exam sedang berjalan. Kalau idak mau berpeluh-peluh aku. 

Berakhirnya exam 16 Januari 2012 yang lepas, maka habislah musim exam sepanjang 4 tahun aku sambung belajar ni. Fuh tak caya ok. Mintak-mintak takda paper yang sangkut so semester depan boleh proceed dengan thesis je. Yippie ye ye... ;)))



No comments: