Tuesday, January 31, 2012

Brand New by Emilie Mover




I see the world through brand new eyes
I see the light reflecting bright
From the faces and the things I see
Oh, now I see

And it's up to me to see it all through
But it's easy with you
Na na na...

And it's up to me to see it all through
But it's easy with you

I was crushed by the feeling and was sad
The water rushed into my breathing and I drowned
I fell asleep from below the city ground
Down to the bottom of the sea, I drifted down

But I could hear that you were calling from the moon
I didn't expect that you'd be calling me so soon
But then again, there's no reason to ask why
So I found my might and I jumped into the sky

I...
I...

And it's up to me to see it all through
But it's easy with you
Na na na...

I see the world through brand new eyes
I see the world through brand new eyes
I see the world through brand new eyes




Monday, January 30, 2012

Gula



Patut la makin 'manis' aku tengok diri aku dua tiga menjak ni. Tapi manis dengan gula rupanya. Cissskek...



Thursday, January 26, 2012

Untuk Warga Putrajaya



Kena hati-hati pasni tau. Pastikan pintu rumah sentiasa dikunci. Jangan nak bagi sebarang orang masuk ke rumah. Sekarang ni orang bukan takat rompak-rompak barang je. Dah sanggup nak membunuh sekali. Mintak simpangggggggg...!!!

Camna nak dok sorang-sorang camni? Takut la pulak... 
Tapi lagi takut dan risau bila mengenangkan emak yang tinggal sorang sejak arwah ayah takda. Hmmmmm... ;((((


Wednesday, January 25, 2012

Baucar Buku 1Malaysia


Adik-adik dah ambik Baucar Buku 1Malaysia?
Akak sudah. Tengok gambar gediks kat atas pun dah tau kan. Kemain lagik kau.

Ingatkan akak tak layak tau. Sedih akak. Baca punya baca syarat-syarat tu sekalinya terlayak pulak. Wah-wah kemain akak dan akak-akak yang lain serbu pejabat Bendahari sebelum exam hari tu. RM200 dik, kau mampu? 

Baucar pun dah separuh akak perabiskan membeli-belah di POPULAR hari tu. Nanti akak tunjuk apa akak beli okeh. Sukeeee sangatttt... 

Jangan lupa beli buku pelajaran tau. Valid sampai 31 Mac 2012 je untuk kita bershopping tau dik. Kang tak sempat jangan cakap akak tak kabo pulak. 


Kbai, adik-adik. Xoxo. ;)))  errrr buang tebiat ke ape minah ni???



Thursday, January 19, 2012

Inginku Gigit-Gigit Cuping Telinga Kecilmu





Matamu…Bibirmu..Pipimu dan Juga Senyum mu
Membuat Aku Lebur Hanyut Di Dalam Ghairah Kernamu
TubuhMu..
HarumMu..
Hatimu Oh Semua Aku Mahu


Inginku Gigit-Gigit Cuping Telinga Kecilmu (: kelakar kot
Luahkan Perasaanku
Membisikan Aku Cinta Kamu
Asmara Disetiap Pagi HariMu
Dengan Harapan Agar Kau Tahu
Semoga Kau Tahu


Ku GilakanMu
Aura Mu Memujuk Rayu Hatiku
Sering Bergoncang Jiwa Ini
Siang Malam Ku Gundah
Tiada Melihat WajahMu
Ku rindu
TubuhMu
Harum Mu
Hati Mu


Oh Semua Aku Mahu


Wednesday, January 18, 2012

Ceri Beri

Boleh pulak sang perut ni membuat onar saat-saat genting ni. Ceri beri ok. Kalau sakit lain boleh jugak mintak mc hospital kerajaan takyah ambik exam kan. Aku saspek bihun sup yang aku makan petang ahad tu. Agaknya dah tercemar. Bakteria sudah membiak-biak. Terus membiak kat perut aku pulak. Nah hasilnya... tiap jam nak ke pagi tu aku keluar masuk jamban.

Punya lah aku kontrol pemakanan taknak kena ceri beri ni. Jadik jugak tuh.. Haiyaaaaa... Dah lah paper last Seminar in Public Management petang tu. Dalam pala hotak aku nak cari pil Chi-Kit Teck Aun je. 





Macam biasa port sebelum masuk dewan exam kat kedai mamak Ali's Corner Seksyen 7. Order nasik goreng ayam mamak style. Masa dapat nasik tu aku dengan Sarah cam pelik sikit. "Nape nasik goreng ni itam?" Tanya kami kepada mamat Indon tersebut. Dia bilang, "Kan mamak tu hitam..."  Ohhh ok... T_____T

Sebelum exam tu sempat jugak lah 2-3 kali aku masuk jamban kat Dewan Raja Muda Musa tu. Alhamdulillah ceri beri tidak membuat onar semasa exam sedang berjalan. Kalau idak mau berpeluh-peluh aku. 

Berakhirnya exam 16 Januari 2012 yang lepas, maka habislah musim exam sepanjang 4 tahun aku sambung belajar ni. Fuh tak caya ok. Mintak-mintak takda paper yang sangkut so semester depan boleh proceed dengan thesis je. Yippie ye ye... ;)))



Friday, January 6, 2012

Langkah Pertama

Emmmchakkkkk!!



Terkujat tak dengan perubahan baru belog ni? Terkujat la...terkujat la... Hihihihi

Tu baru testing. Nuffnang pun belum letak lagi. Pening nak tengok coding so postponed dulu.


























Belog wajah lama.
Ingat nak buang polkadots kat side tu. Tengok la nanti camne. Tapi ok je kalau taruk situ kan. 


Oh nak bagitau ni. Belog akan berhibernasi selama seminggu mulai esok. Nak exam katanya. Kang tak study kang tak lulus pulak. Aku jugak yang susah. 

Sila mendoakan kejayaan aku eh... Tqvmkbai.

Thursday, January 5, 2012

Tahun Baru Ini


Lama tak update kot...


Ada ke set azam baru tahun ni? Aku sama je kot. Yang dulu pun tak berapa nak tercapai. Harap-harap tahun ni ada la rezeki lebih. Mana tau dapat mentamatkan zaman bujang. Ada jodoh tak kemana kan? Doakan je yang terbaik ok. :)))

Ingat nak buat revamp sikit kat belog ni. Ntah ada masa ke tak ntah. Tengok la nanti camna. Kalau semak je rupanya tu maknanya tengah gigih tukar layout sana-sini la tu. Dah la tak reti tapi bukan main nak tukar-tukar. Janji azam ok. Ni kira azam tahun baru jugak la ni. Heh.

Kerja di tahun baru macam biasa je. First day dah MC. Kannnnn... Awal-awal dah kelaut. Tapi niat baik tau. Bawak mak pergi medical check-up, alih-alih aku pun terjebak sama.

Masuk kerja semalam mood tarak mai. Buat kerja, kerja, kerja... Nak borak pun bukan ada orang. Semua dok sibuk uruskan persekolahan anak-anak. Yang takda anak cam aku ni kerja je la. Heh.

Hari ni mood kerja ada baik sikit. Malas nak fikir benda-benda tak penting. Masalah sentiasa ada kan? Terpulang atas kita samada pandai uruskan atau tidak. Nak serabut sangat pun bukan boleh settle time tu jugak. Baik rileks je. Sambil-sambil tu fikirkan mana yang patut. Yang tak patut kita ketepikan. Tak gitu?

Final exam pun dah dekat. Cuti pun dah apply. Minggu depan nak mentelaah habis-habisan (kununnya laaaa..). Doakan hati aku terang ok. Senang jawab soalan. Dipermudahkan olehNya. Dan dapat result gempak seh.

Terima kasih.