Tuesday, December 27, 2011

SYABAS Beteee...


Minggu lepas balik kampong lagi. Takda plan pun. Ingat nak balik minggu ni je sebab nak buat kenduri 100 hari arwah ayah. Minggu ni patutnya nak basuh baju dan berehat kat rumah. Patutnya lah...


Sekalinyaaaaaaaa...terpaksa jugak balik kampong sebab air kena potong. Huuuwwwwaaaaaa.... Y_Y

Begini ceritanya...

Jumaat malam tu lepas kerja cam biasa keluar detim. Pergi Alamanda beli barang-barang sikit. Jam 8 gitew budak rumah call kata ada berita tak baik. Aku dah macam dapat tangkap sikit tapi control. Dia kata air kena potong dengan alasan dia lupa nak pergi bayar bil air yang berbulan-bulan tertunggak tu! Aku dah agak dahhhh... Hari tu bil letrik kena potong, ni air pulak. Adoyai kawan aku ni. Tu baru umur 30 kalau dah 60 kang taktau lah aku. Anak pun dia lupa letak kat mana nanti. Haihhhh...

Dari surat 'centa' SYABAS tu dorang potong air jam 10.30 pagi lebih kurang gitew. Persoalannya, kenapa lah Incik Syabas potong air kitorang hari jumaat? Dah lah nak cuti hari minggu lama. 3 hari woooo... Ke dorang sengaja mendajalkan kitorang supaya kitorang aware dan bayar on time? Oh kijamnya engkauuuuu...

So malam tu aku beli air mineral carrefour botol besar untuk 'cucian' malam tu. Tak mandi pun okkkkk... Pagi sabtu subuh-subuh sapie aku dah chow balik kampong. Still tanpa mandi jugak... Nak membuang pun tunggu berenti kat RnR. 

Moral of the story, sesibuk mana pun kita sila lah jangan lupa membayar segala tok nenek bil. Tak kira bil air ke, bil letrik ke, bil astro ke, bil kredit kad ke... Sila bayar on time. Bila dah kena potong cenggini, sesal pun takda guna. 


p.s. Start bulan depan biar aku yang setelkan segala bil rumah. Tapi potong duit sewa... ;)))





No comments: