Monday, December 5, 2011

Skrin Bersih, Mata Jadik Sihat

Pagi ini kerja-kerja pembersihan skrin komputer telah berjaya dijalankan. Lagi lama kerja pembersihan ini ditunda, makin sakit mata aku menghadap skrin komputer yang berhabuk ni. Dulu-dulu, selain dari lap meja makcik cleaner akan lapkan skrin komputer sekali, tapi sejak dua-tiga tahun kebelakangan ni tak pernah dah. Jadiknya, terpaksa bersihkan skrin secara sendirian berhad. Takda hal pun, senang saje.




Alatan untuk kerja-kerja pembersihan. Beli saje dimana-mana kedai komputer, jangan di kedai basikal sudah ye.  Tak mahal pun. Ni aku beli RM6 je. Lagi murah lagi bagus, jimatkan wang anda.




Kerja pembersihan sedang dijalankan. Cara guna amat mudah banget. Goncang cecair pembersih (cleanser) dengan sesuka hati. Pastu ambik jarak dalam 30cm dari skrin dan sembur (spray). Pastu lap dengan kain yang dia bagi sekali tu. Takpun kalau taknak sembur terus ke skrin boleh sembur kat kain tu dulu then baru lap kain ke skrin. Mudah kan? :}




Ni pulak untuk sapu semua habuk kat celah-celah keyboard komputer tu. Siap ada berus lagi kan jadi gunakan saje dengan tenang. Segala jenis mak-nenek sampah kecik dalam tu akan keluar. Cuma banyakkan bersabar. Kerja leceh camni perlukan kesabaran yang kuat. Tadi aku sapu sikit-sikit je. Agak-agak yang tak keluar tu malas aku nak fikirkan. Lantak pi lah...


Mudah kan? Apa lagi...jom lap skrin komputer anda sekarang. Jangan tunggu lama-lama nanti sakit mata. Kehkehkehkeh... ;}



4 comments:

Cik Mon Kiera said...

terbaik. habuk pon boleh buat terbersin jugak. tak pasal kena asma. health first!

nkara said...

betol itu cik mon kiera..
sesame le kite jage kesihatan eh.. :)

qistinasafiah said...

Bagusnya..Sopan sangatlah guna berus untuk bersihkan keyboard, akak terbalikkan permukaan keyboard sambil hentak2, dengan harapan kalau rosak dapat baru, keh3..

nkara said...

tu kalau dapat lah kan?
kalau tak dapat???
kan ke susah nak buat keje...hehehe

(kadang2 hentak2 jugak, ni lah masalah kalau harta pejabat, cecuba harta sendri mesti jaga cam nyawa)

heheehhe