Thursday, December 1, 2011

Selamat Datang Disember!


Eh dah hujung tahun dah kan? Bukan main laju rasanya nak tinggalkan tahun 2011 ni. Tinggal sebulan je lagi kita nak melangkah ke tahun baru. Azam tahun ni dah tercapai ke belum? Entah. Rasanya macam tak dan je aku nak berazam tahun lepas. Consider bawak ke depan je lah. Ekekeke.

Bulan ni kalau ikutkan macam tahun-tahun lepas aku dah start pusing semua shopping complex. Carik hadiah. Bukan nak sambut Krismas lah. Tapi nak hadiahkan pada orang. Dah start pening-pening taktau nak pilih apa. Ada dua tarikh istimewa dalam bulan ni. Tapi kini............. Oh =__="


Tadi singgah ke blog Kak Emila. Tertarik pulak aku dengan satu entry dia ni pasal Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul. Aku tengok budak-budak zaman sekarang memang suka guna shortform yang kadang-kadang aku langsung tak faham. Contoh, "nuck upload pic bnyax pown ta leh...", "da tka num da...mlaz da...mlaz pkai  num toe...ta abz2 ad num ta knal kcau aqu!!!!" Kau faham? Ni aku copy paste dari status facebook anak saudara aku ni tau. Tu belum sms dia bagi kat aku. Lagi pening aku nak fahamkan.

Jom ramai-ramai kita support penggunaan bahasa melayu dengan betul. Errr walaupun kadang-kadang bahasa aku pun lebih kurang je tapi apa ada hal. Jom ramai-ramai letak lencana blog Kak Emila bagi tu jom. Terima kasih kak! :D


No comments: