Tuesday, December 20, 2011

Jangan tak percaya aku pun pandai masak jugak...

... Statement nak hot saja kan? #wink

Gila kagum dengan diri-sendiri kerana dapat bangun seawal jam 6 pagi (awal???) semata-mata nak mengoreng ubi kayu. Orginal from kampong tauuuu... Siap tertonggeng-tonggeng lah kan menarik ubi kayu ni depan rumah. Uuhhh kalau ada bakal mak mentua lalu ni mesti meleleh air mata melihat kegigihan seorang dara manis berbaju tshirt gedebos dan berseluar katok cina bukit menarik ubi kayu. Errrr... #oksilamuntahsekarang




Senang je kot nak mengoreng ubi kayu ni. Malam tadi dah siap potong-potong ubi tu sebab tau memang liat nak bangun subuh sapie. Lepas potong masuk je dalam peti sejuk lepas tu tidur nyenyak-nyenyak. 

Bukak je bijik mata terus ke dapur. Takyah basuh muka pun takpa bukan ada sesiapa nak tengok pun kan (dasar pemalas) thehehehe... ;p Masukkan garam dan sedikit serbuk kunyit dan gaul rata ubi kayu tersebut. Lepas tu goreng je dalam minyak yang panas. Wahhh senang kan? #kembangidung





























Bila dah kekuningan macam ni (errr...kekuningan ke kehitaman ni???) -____-" boleh lah diangkat dan ditoskan. Bolehlah dimasukkan dalam tupperware untuk dibawak secara bergaya ke ofis bagi kawan-kawan makan. ;)))




p.s. Pertama kali letak resipi dalam belog...hahahahahahahahaaaaa
#gelakkan aku.gelakkan aku ;p ;p

No comments: