Friday, December 23, 2011

Cempedak

Balik kampong hari tu teman mak pergi 'rumah kecik'. Bukan jamban ok. Mak ada satu lagi rumah kat kawasan perumahan PPRT tu. Dapat corner lot, kawasan tanah agak besar dan dapat sebijik rumah kecik. Sekarang rumah tu mak sewakan. Daripada kawasan tanah tu terbiar je, mak dan ayah ada lah tanam pokok buah-buahan sikit. Ada rambutan, nangka, kelapa, ubi kayu, jering dan apa ntah pokok lagi aku tak ingat. 


Oh, pokok cempedak pun ada jugak. Banyak giler buah dia woohhh...








































Aku selaku mandur yang dilantik sendiri sedang mengarahkan Kak Eya masukkan cempedak dalam guni. Punya takut getah cempedak melekat kan, time melantak tak takut pulak? Grrrr....






Petik pakai tangan sudah. Buah banyak, pokok tak tinggi. Sengaja ambik yang belum masak sebab nak bawak balik ke Putrajaya. Nanti boleh peram mak kata. Kalau masukkan dalam kereta yang dah masak kang berbau satu kereta tak lalu nak drive pulak dok mensedut bau harum cempedak tu. 




Aku bawak tiga bijik cempedak. Balut pakai surat khabar dan masukkan dalam plastik. Bila dah sampai rumah keluarkan dari plastik, terus masuk dalam kotak. Kalau biarkan dalam plastik nanti dia lambat masak. Nak tau dah masak ke belum, tunggu sampai berbau satu rumah.




Perghhhh...memang kuat gila ah bau dia. Siap kopek semua, bancuh tepung, celup dan goreng. Layan panas-panas bersama Kopi Tenom O sambil tengok Tentang Dhia. ;) Nak pulak time tu hujan sejuk je kan. Memang terbaek oiiii...




No comments: