Friday, December 16, 2011

Burung Hantu

Aku nak tanya ni. Kesukaan terhadap membeli-belah atas talian (online shopping) tu boleh diklasifikasikan sebagai hobi tak? Kalau boleh aku nak letak dalam biodata aku "Hobi :  Membeli-belah atas talian". Sweet tak? *kedip-kedip mata*

Bukannya apa. Online shopping ni bagi aku lah kan satu cara membeli-belah yang mudah, cepat dan menjimatkan masa. Time sibuk berkerja pun boleh apa. Sambil-sambil taip surat tu boleh je surf kedai-kedai online kejap. Window shopping jugak tu kan. Tapi kena jugak pandai memilih sebab kita tak boleh belek-belek dan cuba benda tu macam shopping kat kedai. Macam aku, aku suka beli barang yang tidak melibatkan pakaian dan kasut. Benda lain macam aksesori ke, handbag ke tu boleh. Tapi kena tengok jugak ukuran kalau ada. Sambil tengok-tengok tu boleh lah cuba ukur pakai pembaris ke apa untuk tau ukuran sebenar sesuai ke tidak dengan kita. Kalau nak beli baju atau kasut aku kena pegi kedai sebab kena try sendiri nanti beli-beli tak muat kan membazir. Not good not good. *geleng-geleng kepala*

Selalunya sebelum gaji aku suka meronda-ronda kedai online ni. Kalau ada barang yang berkenan di hatiku, aku akan booking dan bagitau kat owner kedai akan buat bayaran bila dapat gaji nanti. Dorang ok je. So kata sepakat dah diterima. Make sure bayaran settle dan barang pun akan dipos.




























Eeeeiiii...comelnya kan?

COACH Owl ID Lanyard ni aku beli secara online bulan lepas kat BeeBaaCLOSET. Bila ianya original COACH maka dapat agak kan harga dia macamana. Tapi pedulik hape aku. Janji hati ini puasssss... *sambil tepuk-tepuk dada. err motip?*




































Begini lah rupa pas kerja aku selepas berbaju baru. Sukaaaaa...sukaaaaaaaa..sukaaaaaaa..... >_<

Ntah apa motip aku blur-blur kan tu. Annoying tak? Orang tau gak aku kerja gomen kan. Ooh sila jangan naikkan harga barangan bila kami naik gaji ye... T_______T

No comments: