Wednesday, December 28, 2011

Saya Batuk

Bila tang malam makin menjadik-jadik pulak. Tak boleh nak tidur. Batuk kong-kong sampai tekak naik melecet. Perit sangat. Kalau tak tahan sangat telan ubat batuk kompom tidur tak ingat dunia. Tapi dah bangun batuk balik. Kong-kong-kong-kong #bunyik batuk la bukan bunyik hanjing 





























Ini makanan diaaaa...

Dok kepam lozenges Fisherman' Friend ni dari pagi. Tapi yang peliknya, orang batuk-batuk tak selera nak makan tapi aku tak. Selera tetap selera. Memang dah keturunan kuat mentekedarah kan? #sengih



Tuesday, December 27, 2011

Oh Terlebih Sudah



























Onyomak gesek gooooo...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

The result...
.
.
.
.
.
.




























Dia kata berat badan aku berlebihannnnn????? Oh demmmmmmmmm.... #pengsan



Jom serbu www.gayahidupsihat.my untuk tips menjaga badan dan pemakanan sihat...dannnn boleh kira berat jisim badan macam aku jugak. Tsk tsk tsk -_-"



SYABAS Beteee...


Minggu lepas balik kampong lagi. Takda plan pun. Ingat nak balik minggu ni je sebab nak buat kenduri 100 hari arwah ayah. Minggu ni patutnya nak basuh baju dan berehat kat rumah. Patutnya lah...


Sekalinyaaaaaaaa...terpaksa jugak balik kampong sebab air kena potong. Huuuwwwwaaaaaa.... Y_Y

Begini ceritanya...

Jumaat malam tu lepas kerja cam biasa keluar detim. Pergi Alamanda beli barang-barang sikit. Jam 8 gitew budak rumah call kata ada berita tak baik. Aku dah macam dapat tangkap sikit tapi control. Dia kata air kena potong dengan alasan dia lupa nak pergi bayar bil air yang berbulan-bulan tertunggak tu! Aku dah agak dahhhh... Hari tu bil letrik kena potong, ni air pulak. Adoyai kawan aku ni. Tu baru umur 30 kalau dah 60 kang taktau lah aku. Anak pun dia lupa letak kat mana nanti. Haihhhh...

Dari surat 'centa' SYABAS tu dorang potong air jam 10.30 pagi lebih kurang gitew. Persoalannya, kenapa lah Incik Syabas potong air kitorang hari jumaat? Dah lah nak cuti hari minggu lama. 3 hari woooo... Ke dorang sengaja mendajalkan kitorang supaya kitorang aware dan bayar on time? Oh kijamnya engkauuuuu...

So malam tu aku beli air mineral carrefour botol besar untuk 'cucian' malam tu. Tak mandi pun okkkkk... Pagi sabtu subuh-subuh sapie aku dah chow balik kampong. Still tanpa mandi jugak... Nak membuang pun tunggu berenti kat RnR. 

Moral of the story, sesibuk mana pun kita sila lah jangan lupa membayar segala tok nenek bil. Tak kira bil air ke, bil letrik ke, bil astro ke, bil kredit kad ke... Sila bayar on time. Bila dah kena potong cenggini, sesal pun takda guna. 


p.s. Start bulan depan biar aku yang setelkan segala bil rumah. Tapi potong duit sewa... ;)))





Friday, December 23, 2011

Cempedak

Balik kampong hari tu teman mak pergi 'rumah kecik'. Bukan jamban ok. Mak ada satu lagi rumah kat kawasan perumahan PPRT tu. Dapat corner lot, kawasan tanah agak besar dan dapat sebijik rumah kecik. Sekarang rumah tu mak sewakan. Daripada kawasan tanah tu terbiar je, mak dan ayah ada lah tanam pokok buah-buahan sikit. Ada rambutan, nangka, kelapa, ubi kayu, jering dan apa ntah pokok lagi aku tak ingat. 


Oh, pokok cempedak pun ada jugak. Banyak giler buah dia woohhh...








































Aku selaku mandur yang dilantik sendiri sedang mengarahkan Kak Eya masukkan cempedak dalam guni. Punya takut getah cempedak melekat kan, time melantak tak takut pulak? Grrrr....






Petik pakai tangan sudah. Buah banyak, pokok tak tinggi. Sengaja ambik yang belum masak sebab nak bawak balik ke Putrajaya. Nanti boleh peram mak kata. Kalau masukkan dalam kereta yang dah masak kang berbau satu kereta tak lalu nak drive pulak dok mensedut bau harum cempedak tu. 




Aku bawak tiga bijik cempedak. Balut pakai surat khabar dan masukkan dalam plastik. Bila dah sampai rumah keluarkan dari plastik, terus masuk dalam kotak. Kalau biarkan dalam plastik nanti dia lambat masak. Nak tau dah masak ke belum, tunggu sampai berbau satu rumah.




Perghhhh...memang kuat gila ah bau dia. Siap kopek semua, bancuh tepung, celup dan goreng. Layan panas-panas bersama Kopi Tenom O sambil tengok Tentang Dhia. ;) Nak pulak time tu hujan sejuk je kan. Memang terbaek oiiii...




Zaman Remaja Katanya

Eh sekarang pun remaja jugak. Tapi remaja veteran katanya. 

Macam biasa sampai ofis pagi-pagi layan fb dulu. Kena photo-tagged lah pulak dengan kawan masa diploma dulu-dulu. Mesti cam bacin je rupa paras aku. Takpa-takpa, tarik nafas panjang-panjang baru tengok.



























Gambar ketika merendek bersama-sama di Mydin, Klang. Masa ni kalau tak silap aku baru semester satu. Baru-baru dok kolej katanya. Muka naif je sekor-sekor kan. 

Boleh teka kan aku yang mana satu? Ce teka. Ce teka... Hihihihi ;)

Thursday, December 22, 2011

SBPA ditangguhkan pulak dah


Mengelupur sekor-sekor bila tau SBPA ditangguhkan. Ada yang suka dan ada jugak yang tak suka. Yang suka tu sebab boleh amik cuti hujung tahun ni. Maklum lah mak bapa sibuk nak balik kampong lah, beli baju sekolah anak lah bla bla bla... Cuti kami dibekukan sebab nak proses SBPA ni lah. Yang tak suka pulak dah penat balik sampai malam dan kerja hujung minggu untuk uruskan SBPA ni. Dannnn...paling penting semua orang dok mengelupur pasal gaji yang 'bakal' tak naik tahun depan. Ada pro, ada kontra.

Aku rasa SBPA ni tetap jugak jalan. Takan lah geng-geng 'Tertinggi' nak biarkan SBPA 'berkubur' kan? Sia-sia lah dorang sign opsyen premier tu. Gaji banyak dowhhhh... Ketua pun dah sign opsyen bersara untuk lantikan secara kontrak pulak. Takan dorang nak biarkan SBPA ni tangguh lama-lama. Ada yang mengamuk nanti kan?

Kita tengok lah besok-besok macamana. Ada berita gembira ke tidak. Harap-harap ada lah naik lagi sikit. Bukan tak bersyukur, tapi berharap dapat lebih sikit dari sekarang. Nak buat simpanan lebih. :)


Boleh baca :





Ringgit Malaysia Berwajah Baru


























KUALA LUMPUR -- Kakitangan Bank Negara menunjukkan Note baru Ringgit Malaysia wang kertas dan wang syiling keluaran terbaru yang akan dikeluarkan pada Julai tahun depan. - Sinar Harian


Berkaler-kaler duit baru ni kan. Macam duit Monopoly pun ada jugak aku tengok. Paling aku tak sabar nak tengok duit syiling baru tu. Camne lah rupa barunya duit lima posen tu kan. Eiiiii bestnyeeeee... Ehhh.. Overrrr siku nak?


#Aku adalah pengumpul duit lima kupang (posen) 


Tuesday, December 20, 2011

Kawanku Kawen

Balik kampong hari tu sempat jugak pergi kenduri kawen Limah kat Kampong Teluk Dendang. Kami dulu satu sekolah tapi tak berapa nak geng sebab dia lain kelas. Berbalas senyuman adalah dulu kot. Dah tua bangka ni baru ngam tu pun kenal kat fb. Dia ni kawan baik Yan yang merangkap kawan baik sekampong, sedarjah, serumah, seofis dengan aku. Dapat invitation kenduri pun pakai sms je. #Jimat belanja

Aku pergi kenduri tu dengan Aemy, kawan sebujangan. Janji pukul 12.30 dah pacak rumah dia tapi dekat pukul 1 baru sampai gara-gara nak berselendang bagai. Nasib baik dorang kata cun. #OKsilamuntah





Lepas makan terus menyibuk naik atas rumah nak tengok pengantin bersanding di pelamin. Ececeyyy. Boleh pulak pengantin lelaki takde berehat dalam bilik. Sabar lah bro, malam kang 'rehat' lah puas-puas. (Eh...pandai ko yek ;p)





Tetiba kitorang lak over bersanding boleyyyy... Mesti bebulu je Limah tengok kitorang time ni. Beria-ia Abang Photographer tu tangkap gambar kitorang. Suruh pegang bunga lah, pandang tepi jangan tengok kamera lah, tengok bunga lah... Haih macam-macam. Dah macam model sambilan pulak. #Modeldemokbolehlah -_-"




Gambar feveret. Aku, Aemy dan Yan ;))))

Yan sepatutnya jadik pengapit Limah tapi acara bersanding ter-awal sangat lari dari plan. Plannye nak bersanding pukul 12.30 tapi belah pengantin lelaki awal bebenor lah pulak datang pukul 11.40 dah bertandang. Yan pulak datang pukul 11.50 sebab malam nikah tu dia dah datang awal. Limah nikah malam sebelum tu pukul 11.45 malam, Yan pulak tercongok dari pukul 8 jadiknya dia ingat sanding pun mesti lari dari planning punya. Alih-alih awal lah pulak kan. Terpaksa lah carik pengapit on the spot. Aiyoooo...




Limah dan husbandnye. Wahhhh meleret senyuman kau Limahhhhh...!!!





























Wajib lah acara berposing bersama banner pengantin. Semakin demok rupa paras aku. Oh tidaaakkkkkkk... (macam lah selama ni pernah kurus) #Nak kurus oi




Hari tu jugak adalah hari jadi Yan. So sebagai hadiah persahabatan kita aku tangkap gambar ko bersama tarikh kawen Limah merangkap tarikh lahir kau jugak boleyyy??? Kahkahkahkah... #Keji kannn



p.s. 

Jangan tak percaya aku pun pandai masak jugak...

... Statement nak hot saja kan? #wink

Gila kagum dengan diri-sendiri kerana dapat bangun seawal jam 6 pagi (awal???) semata-mata nak mengoreng ubi kayu. Orginal from kampong tauuuu... Siap tertonggeng-tonggeng lah kan menarik ubi kayu ni depan rumah. Uuhhh kalau ada bakal mak mentua lalu ni mesti meleleh air mata melihat kegigihan seorang dara manis berbaju tshirt gedebos dan berseluar katok cina bukit menarik ubi kayu. Errrr... #oksilamuntahsekarang




Senang je kot nak mengoreng ubi kayu ni. Malam tadi dah siap potong-potong ubi tu sebab tau memang liat nak bangun subuh sapie. Lepas potong masuk je dalam peti sejuk lepas tu tidur nyenyak-nyenyak. 

Bukak je bijik mata terus ke dapur. Takyah basuh muka pun takpa bukan ada sesiapa nak tengok pun kan (dasar pemalas) thehehehe... ;p Masukkan garam dan sedikit serbuk kunyit dan gaul rata ubi kayu tersebut. Lepas tu goreng je dalam minyak yang panas. Wahhh senang kan? #kembangidung





























Bila dah kekuningan macam ni (errr...kekuningan ke kehitaman ni???) -____-" boleh lah diangkat dan ditoskan. Bolehlah dimasukkan dalam tupperware untuk dibawak secara bergaya ke ofis bagi kawan-kawan makan. ;)))




p.s. Pertama kali letak resipi dalam belog...hahahahahahahahaaaaa
#gelakkan aku.gelakkan aku ;p ;p

Monday, December 19, 2011

Kami Berkawan Baik




























Tengok... Siapa cakap kami tak boleh berkawan baik?



#Sitam adalah kawan baik Dodol.






Peace No War... ;)




Pemandangan Bawah Meja


























Errr... Indah ke tidak pemandangan bawah meja aku ni? T.T

Entah bila lah nak kemaskan kasut-kasut ni. Bukan pakai sangat pun. Tapi suka ada banyak kasut kat ofis kunun-kunun kalau kecemasan senang tak kalut nak carik kasut. Tu yang kat luar, dalam kotak belum tengok lagi tu. Belum tengok dalam kereta, dalam kat rumah jugak. #pengsan. Kasut ni kalau tak pakai lama-lama kang rosak jugak. Nak bagi orang, sayang. Nak buang, lagi lah sayang. Apa punya perangai lahhhh...

Selipar Angry Birds pun ada? Sempat tu shopping kat Kedai Runcit Pak Lang sebelum balik petang semalam. Siap beli tepung gandum untuk buat cempedak goreng (macam kat sini takda jual tepung kan?LOL). Harga pun tak buang lagi, murah-murah rm5.50 only. #bwuek ;p


Friday, December 16, 2011

Burung Hantu

Aku nak tanya ni. Kesukaan terhadap membeli-belah atas talian (online shopping) tu boleh diklasifikasikan sebagai hobi tak? Kalau boleh aku nak letak dalam biodata aku "Hobi :  Membeli-belah atas talian". Sweet tak? *kedip-kedip mata*

Bukannya apa. Online shopping ni bagi aku lah kan satu cara membeli-belah yang mudah, cepat dan menjimatkan masa. Time sibuk berkerja pun boleh apa. Sambil-sambil taip surat tu boleh je surf kedai-kedai online kejap. Window shopping jugak tu kan. Tapi kena jugak pandai memilih sebab kita tak boleh belek-belek dan cuba benda tu macam shopping kat kedai. Macam aku, aku suka beli barang yang tidak melibatkan pakaian dan kasut. Benda lain macam aksesori ke, handbag ke tu boleh. Tapi kena tengok jugak ukuran kalau ada. Sambil tengok-tengok tu boleh lah cuba ukur pakai pembaris ke apa untuk tau ukuran sebenar sesuai ke tidak dengan kita. Kalau nak beli baju atau kasut aku kena pegi kedai sebab kena try sendiri nanti beli-beli tak muat kan membazir. Not good not good. *geleng-geleng kepala*

Selalunya sebelum gaji aku suka meronda-ronda kedai online ni. Kalau ada barang yang berkenan di hatiku, aku akan booking dan bagitau kat owner kedai akan buat bayaran bila dapat gaji nanti. Dorang ok je. So kata sepakat dah diterima. Make sure bayaran settle dan barang pun akan dipos.




























Eeeeiiii...comelnya kan?

COACH Owl ID Lanyard ni aku beli secara online bulan lepas kat BeeBaaCLOSET. Bila ianya original COACH maka dapat agak kan harga dia macamana. Tapi pedulik hape aku. Janji hati ini puasssss... *sambil tepuk-tepuk dada. err motip?*




































Begini lah rupa pas kerja aku selepas berbaju baru. Sukaaaaa...sukaaaaaaaa..sukaaaaaaa..... >_<

Ntah apa motip aku blur-blur kan tu. Annoying tak? Orang tau gak aku kerja gomen kan. Ooh sila jangan naikkan harga barangan bila kami naik gaji ye... T_______T

Thursday, December 15, 2011

Lightwriting by Liyana Fizi



Kalender 2012

Meh pakat-pakat rancang cuti untuk tahun depan dari sekarang. Kot-kot ada yang rancang nak naik pelamin ke, nak mentambah ahli keluarga ke (pe kes?), nak cuti-cuti Malaysia ke, nak cuti sesaje pun takpe. Semua bolehhhhh...





Azam tahun baru belum fikir lagi. Nak berazam yang senang-senang je lah. Azam beria-ia pun belum tentu lagi nak buat. Tahun depan nak buat ala kadar je lah. Mula fikir dari sekarang. Fikir...fikir...fikir...fufufufuh~



p.s. bos-bos takda pergi Sabah...pe lagi? (hiphiphoreiiiiiiii...)


Tuesday, December 13, 2011

Pilihan Dalam Tangan Anda

Pagi ini ada taklimat mengenai opsyen SBPA dan jugak penyerahan surat tawaran opsyen kepada semua pegawai. 




























Kualiti gambar tidak memuaskan berikutan keadaan henfon sedang nazak -.-" (bile ntah nak dapat henfon baru ;p)


Selesai jugak part semakan dan urusan surat tawaran. Lepas serah borang, tunggu dorang serah balik samada setuju terima atau tidak. Pagi ni sesi untuk pegawai-pegawai dulu, petang kang baru orang-orang sokongan (sekarang dah tukar 'kumpulan pelaksana').

Nanti kita cerita lagi. Dorang dah gelabah nak setting meja pulak. Macam-macam hal lah. Kbai.



p.s. CUEPACS kata jangan sign borang opsyen SBPA tu dulu. Camna ni? Nak sign ke tidak? T___T 




Monday, December 12, 2011

Tukar Mentol




p.s. kerja sooooo banyakkkkkk...help me! help me!

Friday, December 9, 2011

Mee Segera

Tetiba tekak teringin nak makan megi (maggi) pulak. Ngengade tau. Padahal bukan tak biasa makan kat rumah. Opsss...terbocor rahsia pulak. Biasa lah kan..orang bujang trang tang tang. ;B




























Makanan paling senang kot. Bukak plastik megi, lepas tu masukkan air panas. Taraaaaaa...terus masuk mulut. Nyum nyum nyum... Tapi cara aku lain sikit. Mula-mula masuk air panas, dah kembang sikit buang air panas tu. Lepas tu masuk air panas balik dan perencah. Kunun-kunun nak buang gam megi tu dulu. T__T

Tapi jangan makan selalu tak elok untuk kesihatan okeh. Aku pernah baca, kalau suka makan megi pastikan makan megi seterusnya lepas tiga hari supaya perut dapat hadamkan gam megi tu. Wallahualam.



P.s. Mahal kot Kelab PSM jual megi, RM1.50 sebungkus.. -__-"

Thursday, December 8, 2011

Pekeliling SBPA Ada Di Sini!

Mari muat turun Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) di portal rasmi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).








Selamat memilih opsyen... :)


Untung Ke Pilih SBPA?



PUTRAJAYA: Kajian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mendapati Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diterima baik oleh hampir 1.4 juta kakitangan awam kerana menawarkan faedah dan insentif baru termasuk skim gaji serta prospek perjawatan yang lebih baik. 


Sehubungan itu, jabatan menjangkakan hampir semua kakitangan akan memilih bertukar daripada Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada SBPA yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah. Beliau berkata, sebagai contoh, kakitangan awam Gred N11 akan menerima faedah kenaikan gaji 10.5 peratus, Gred U17 (10.9 peratus), Gred N27 (9.7 peratus) dan Gred J41 (9.5 peratus).


Abu Bakar berkata, kakitangan awam diberi tempoh bermula 16 Disember hingga 30 Disember untuk memilih sama ada kekal dalam SSM atau bertukar kepada SBPA dan tidak boleh menukarnya selepas tarikh itu. 


Menerusi SBPA, hierarki perkhidmatan awam akan mempunyai empat kumpulan, iaitu Kumpulan Primier yang menerima peruntukan gaji secara ‘single point’ tanpa kenaikan gaji tahunan, Kumpulan Pengurusan Tertinggi yang menerima konsep gaji minimum-maksimum dengan kenaikan gaji tahunan mengikut pencapaian prestasi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana (menggantikan Kumpulan Sokongan) yang kedua-duanya menerima peruntukan gaji sebaris dan tangga gaji untuk kenaikan gaji tahunan. 


Beliau berkata, skim itu turut membabitkan kenaikan gaji setara dengan gred kenaikan pangkat walaupun tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong bagi pegawai yang diiktiraf sebagai pakar dalam sesuatu bidang. 


SBPA juga memperkenalkan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PPROSPEK) mengandungi dua komponen, iaitu Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP) dan Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) sebagai mekanisme penilaian.





Semakin tak sabar nampaknya orang-orang gomen menunggu pekeliling keluar kan? Siap takleh bukak lah kan website JPA pagi ni. -_-"


P.S. Untung...Untung... Buku gaji dah dalam tangan. Sape mau tengok? Kehkehkeh... :B


Wednesday, December 7, 2011

Aqil Hafiy

Aku lupa nak share gambar adik Aqil masa kami pergi melawat dia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dua minggu lepas.

























Dengar cerita bos yang pergi melawat minggu lepas, duit untuk ubat sebanyak RM2k tu dah dapat dikumpul. Duit tu untuk ubat redakan bengkak kat pipi adik Aqil tu saje tau. Bila dah ok baru boleh buat pembedahan. Kos pembedahan baru dicover oleh kerajaan sebab mak ayah adik Aqil dua-dua kerja gomen. 


Ok nanti apa-apa aku update lagi. Tatah.

Tuesday, December 6, 2011

Still Remember



Happy Birthday To You... :) 





................... still remember

Monday, December 5, 2011

Skrin Bersih, Mata Jadik Sihat

Pagi ini kerja-kerja pembersihan skrin komputer telah berjaya dijalankan. Lagi lama kerja pembersihan ini ditunda, makin sakit mata aku menghadap skrin komputer yang berhabuk ni. Dulu-dulu, selain dari lap meja makcik cleaner akan lapkan skrin komputer sekali, tapi sejak dua-tiga tahun kebelakangan ni tak pernah dah. Jadiknya, terpaksa bersihkan skrin secara sendirian berhad. Takda hal pun, senang saje.




Alatan untuk kerja-kerja pembersihan. Beli saje dimana-mana kedai komputer, jangan di kedai basikal sudah ye.  Tak mahal pun. Ni aku beli RM6 je. Lagi murah lagi bagus, jimatkan wang anda.




Kerja pembersihan sedang dijalankan. Cara guna amat mudah banget. Goncang cecair pembersih (cleanser) dengan sesuka hati. Pastu ambik jarak dalam 30cm dari skrin dan sembur (spray). Pastu lap dengan kain yang dia bagi sekali tu. Takpun kalau taknak sembur terus ke skrin boleh sembur kat kain tu dulu then baru lap kain ke skrin. Mudah kan? :}




Ni pulak untuk sapu semua habuk kat celah-celah keyboard komputer tu. Siap ada berus lagi kan jadi gunakan saje dengan tenang. Segala jenis mak-nenek sampah kecik dalam tu akan keluar. Cuma banyakkan bersabar. Kerja leceh camni perlukan kesabaran yang kuat. Tadi aku sapu sikit-sikit je. Agak-agak yang tak keluar tu malas aku nak fikirkan. Lantak pi lah...


Mudah kan? Apa lagi...jom lap skrin komputer anda sekarang. Jangan tunggu lama-lama nanti sakit mata. Kehkehkehkeh... ;}



Friday, December 2, 2011

Lagu

Now Playing : Najwa Mahiaddin - Got To Go






This time I’m gonna live my life
I ain’t no stepford wife
No I ain’t perfect
Gonna find somebody who’s worth it
And no you ain’t that person
Coz i caught you constantly flirtin’
With my best friend (my best friend)
So I guess I’ll say goodbye
I’ll find me another guy
Why…. (why why why)
You always makin’ me
Cry….. (cry cry cry)
No I can’t stand it
No you can’t be my man
It don’t matter who you are
Even if you were a star
You’ve got to go (go go go go go go)
You’ve got to go (go go go go go go)
Read my lips I’m leavin’ and no no I ain’t teasin’
This time it’s for real
Gotta find you another girl
Coz this one sure ain’t stayin’ 
By the time you finish what you’re sayin’ I’ll be gone (I’ll be gone)
So I guess I’ll say goodbye
I’ll find me another guy
Why…. (why why why)
You always makin’ me
Cry….. (cry cry cry)
No I can’t stand it
No you can’t be my man
It don’t matter who you are
Even if you were a star
You’ve got to go (go go go go go go)
You’ve got to go (go go go go go go)
You’ve got to..
You’ve got to..
You’ve got to..
I dont want you hear, I dont want you hear anymore…
You’ve got to..
You’ve got to..
I dont want you hear, I dont want you hear anymore…
Why….
You always makin’ me cry….
No I can’t stand it
No you can’t be my man
It don’t matter who you are
Even if you were a star 
Baby
You’ve got to you’ve got to go (go go go go go go)
You’ve got to go (go go go go go go)
You’ve got to .. (go go go go go go)
You’ve got to go..


Thursday, December 1, 2011

Selamat Datang Disember!


Eh dah hujung tahun dah kan? Bukan main laju rasanya nak tinggalkan tahun 2011 ni. Tinggal sebulan je lagi kita nak melangkah ke tahun baru. Azam tahun ni dah tercapai ke belum? Entah. Rasanya macam tak dan je aku nak berazam tahun lepas. Consider bawak ke depan je lah. Ekekeke.

Bulan ni kalau ikutkan macam tahun-tahun lepas aku dah start pusing semua shopping complex. Carik hadiah. Bukan nak sambut Krismas lah. Tapi nak hadiahkan pada orang. Dah start pening-pening taktau nak pilih apa. Ada dua tarikh istimewa dalam bulan ni. Tapi kini............. Oh =__="


Tadi singgah ke blog Kak Emila. Tertarik pulak aku dengan satu entry dia ni pasal Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul. Aku tengok budak-budak zaman sekarang memang suka guna shortform yang kadang-kadang aku langsung tak faham. Contoh, "nuck upload pic bnyax pown ta leh...", "da tka num da...mlaz da...mlaz pkai  num toe...ta abz2 ad num ta knal kcau aqu!!!!" Kau faham? Ni aku copy paste dari status facebook anak saudara aku ni tau. Tu belum sms dia bagi kat aku. Lagi pening aku nak fahamkan.

Jom ramai-ramai kita support penggunaan bahasa melayu dengan betul. Errr walaupun kadang-kadang bahasa aku pun lebih kurang je tapi apa ada hal. Jom ramai-ramai letak lencana blog Kak Emila bagi tu jom. Terima kasih kak! :D