Monday, November 21, 2011

Orang Pergi Haji Pun Dah Balik. Kau Baru Nak Cerita???


Ehek ehek ehek...
Bukan apa... Baru ada masa senggang nak bercerita. Draf entry dah separuh punya lah lama baru sekarang nak sambung balik. 




Perghhhh. Bukan takat air liur je yang meleleh ni serbaneka air pun boleh meleleh sama.


Ada nasik impit, ketupat, lemang, rendang ayam dan jugak rendang kuning ayam pencen. Malangnya ini semua bukan aku yang masak. Mak dengan kakak aku yang bertungkus-belemoih masak dari pagi hingga ke pagi. Maksudnya dari pagi sebelum hari raya haji tu sampai ke pagi hari raya haji. Gila tak? Sebabnya dorang malas nak masak malam. Semua pakat nak tidur awal. So subuh-subuh kena bangun masak. Dorang lah...aku cam biasa masih di atas katil sedang bermimpi sambil menikmati keenakan bau-bauan rendang di dapur. Hehehe. Paling aku suka rendang kuning ayam pencen tu lah. Kena berguru dengan mak ni. Kalau tak rugi wooo.. Mensesal tak berguna nanti.


Raya haji kali ni disambut tanpa Ayah. Selalunya masa nak raya camni Ayah lah yang kulu-kilir carik buluh lemang. Ayah kata kalau lemang takda bukan raya namanya. Oh nangis. Ingatkan raya ni taknak buat lemang dah, nak beli je. Tapinya masing-masing dok buat muka sedih sebab takleh masak lemang sendiri. Alih-alih Acey dah siap cari buluh lemang kat belakang rumah. Walaupun buluh tu sedikit kurus tapi apa ada hal. Janji raya ada lemang. Hoyeh hoyeh.




Mak tengah masukkan daun pisang dalam buluh lemang.




Buluh yang telah dipersiapkan. Lepas masukkan beras pulut dengan santan dalam tu and then boleh bakar. Kali ni kita bakar ye..selalunya pakai rebus dalam tin tu. Tin bawah taruk air pastu tutup atas dengan satu lagi tin. Disebabkan tin dah berlobang terpaksa lah buat proses pembakaran.




Siap buat ketupat lah kannnn... Raya puasa hari tu pun tak buat.




Dalam ramai-ramai hanya sorang je pandai anyam ketupat. Thihihihi.
Harapkan abang ipar aku ni sorang je pandai anyam ketupat..orang lain berbakat dalam menketedarah boleh lah.. Eheksss..


Raya haji pun dah rasa macam tak complete bila arwah takda. Macamana raya puasa tahun depan? Mesti syahdu gila kan? Sobs sobs sobs...Y_Y


No comments: