Tuesday, November 29, 2011

Oghang Peghelih Mai Sini



Baca : Orang Perlis Datang Sini ;D

Yes, buruk benar bila orang berlagak key ell bercakap slanga utara kan? Nak ngeja bukan main susah. Sambil menaip sambil terbelit-belit lidah aku. Ni kalau Ann (kawan pejabat duduk belakang partition) nampak ni mesti dia ingat aku dah bertukar jadik orang kurang upaya. T___T

Semalam keluar bersosial dengan sahabat lama aku, Linda Sweet (errr patut kah aku letak perkataan itu?). Linda ni bekas kawan sepejabat aku dulu. Tapi dia orang lama lah. Masuk kerja dulu dari aku. Mula-mula kenal terus jadik geng. Tiap hari jadik driver babylis (nama kereta kelisa dia) sebab dia adalah seorang pembawa kereta yang pemalas. Faham tak? 

Sempena dia dapat cuti kebajikan (katanya cuti yang diberikan oleh ketua jabatan atas sebab-sebab tertentu, tapi bila kena call WAJIB balik semula ke pejabat walau apa jua keadaan pun. Faham?) kami pun plan mau ketemu. Port wajib mestilah Alamanda. Kenapa lah Putrajaya ni tak bukak shopping complex lain? Terseksa batinku sebagai penduduk tetap Putrajaya ni. Adoi.



Port mula-mula wajib serbu...


Sudah semestinya McDonalds! Linda cakap kat Perlis takda McD dan dia nak buat cadangan masa pilihanraya akan datang supaya kerajaan bina kedai McD kat sana. Hohoho..



Lepaih tu sini pulak...


Depa ni dok bergambaq ja.. Padahal bukan tengok Puss In Boots tapi Aku Bukan Tomboy! Kahkahkah.



Lepaih tu lagi...


Test suara pulak di Superstar Karaoke Box Alamanda. Depa ja yang nyanyi pun. Cheq sedaq sora cheq tak sedap tu sebab cheq diam ja. Cheq layan iPad ja. Pandai Linda bodek cheq na.. Dia takut cheq tamau ikut depa test sora kataq depa. HaHaHa.


Lepaih tu kami bawak Linda ke The Mines pulak. Lagipun aku pun dah lama tak jalan-jalan sini. Lepaih tu masing-masing rambang tengok kasut. Nasib baik cheq tak beli sebab cheq dah terbeli dua pasang kat Alamanda tadi. Mampuih!




Penat berjalan singgah A&W kejap menghilangkan dahaga dan lenguh-lenguh kaki. 



Malam tu balik dengan keletihan dan kena marah. Sekarang tengah melancarkan operasi "Ops Rajuk". >_<"



2 comments:

erkies said...

hari tu gi mcd, order spicy chicken mcdeluxe, dia bagi classic chicken mcdeluxe.. x sedap dap dap.. :(

bestnye korang jalan2 semalam..

nkara said...

tu la..
ko gi mana haaa?
dating eh????
hahaha