Thursday, November 17, 2011

Nahas Ke Tempat Kerja

Kejadian berlaku pagi semalam ketika penjawat awam sibuk mengejar parking dan takut terlambat punch card di tempat kerja.




Menurut kata sumber-sumber gosip di pejabat, kereta kancil mahu membelok ke kiri. Pada masa itu terdapat sebuah bas yang berhenti dan mahu meneruskan perjalanan. Sang Kancil tersebut memintas bas itu dengan selambanya sebab sang kancil ingat dia telah berjaya mengalahkan Sang Nadi Putra. Malangnya Sang Kancil tersilap perhitungan maka berlaku lah adegan pergolekkan di tepi simpang tersebut dengan keempat-empat tayarnya ke atas. Amat tragis tetapi nasib baik tiada kehilangan jiwa berlaku. Pemandu kancil iaitu seorang wanita yang nyatanya bukan budak Wisma Sumber Asli telah terselamat. Sampai sekarang identiti sebenar wanita tersebut dirahsiakan mungkin kerana nak menjaga air muka kancilnya kot.



Untuk gambar lagi jelas. Mana tau ada sesiapa kawan-kawan yang kenal ini kancil kan. 





Bangun awal untuk jiwa selamat ke tempat kerja. Malang tidak berbau seperti durian. Perghh.. Dappppnyaaaaa durian. Hohohooo..  



2 comments:

SAYA BUKAN SAMDOL said...

hebak dia dapat buat kereta terbalik

nkara said...

tau takpe...stuntwomen ni..huhu